Dian.
Jemari runcing aku lincah menari di atas papan yang dihiasi dengan warna hitam putih ini. Aku tersenyum nipis sambil memejamkan mata. Not terakhir yang akan menamatkan persembahan ini ditekan. Aku menghembus nafas panjang dengan senyuman yang kekal di bibir.
Serentak dengan itu, semua di dalam dewan ini berdiri dan menghadiahkan aku tepukan gemuruh. Aku berdiri sambil mengangkat sedikit kain labuh yang aku pakai. Aku tersenyum manis dan menunduk sedikit.
Kemudian aku berdiri tegak memandang seluruh dewan yang hadir untuk menyaksikan persembahan aku ini. Aku tersenyum lega apabila senyuman dan reaksi positif mereka terlakar di wajah masing-masing.
Dan di situ pandangan mata aku tertangkap pada pandangan seseorang yang berdiri di tepi dewan. Dia menghadiahkan senyuman dan aku membalasnya dengan senyuman nipis tanda hormat.
Kemudian tanpa melengah majlis, aku melangkah dengan langkah yang penuh lemah lembut dan berkeyakinan untuk menuju ke belakang pentas. Fikiran aku sentiasa terasa lapang selepas dan ketika bermain piano. Aku cintakan kerjaya aku sekarang.
Semasa aku sedang berehat di belakang pentas, pengurus aku datang ke arah aku sambil membawa sebotol air mineral. "Here you go, Dian,"
"Thanks, babe," balas aku sambil tersengih. Khadijah hanya mengangguk dan menghulurkan telefon pintar aku yang dia pegangkan ketika aku di atas pentas. "Ayah kau call," Wajah aku berubah namun aku tampal senyuman. "Terima kasih, Dijah," huluran Dijah aku capai.
"Kalau kau nak balik dulu pun tak apa. Aku boleh je bagitahu pengurus persembahan tadi yang kau tak sihat," kata Dijah dengan senyuman memujuk.
"Thank you so much, Dijah!," aku hargai sangat-sangat. Mesti Dijah tahu yang aku tak berapa ada mood kalau dapat panggilan daripada sesiapa. Hanya orang terdekat yang ada nombor pribadi aku dan pastinya... aku tak berkenan bila didesak untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Aku menukar pakaian di tandas awam. Gaun berwarna ungu lembut yang cantik dan labuh meleret itu aku lipat dan masukkan ke dalam beg yang aku bawa. Aku melihat pemakaian aku sekarang. Gaun ringkas yang berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans biru gelap yang kelihatan agak lusuh. Fesyen lah sangat. Hujung tudung bawal putih yang panjang ini aku sangkutkan ke atas bahu secara bersilang.
Kemudian pintu tandas ini aku buka. Aku berdiri di hadapan cermin besar yang ada di dalam tandas awam ini. Beg galas aku buka dan aku keluarkan lip stick yang berwarna coral pink. Pewarna bibir itu aku oleskan ke bibir lalu aku kemamkan bibir aku supaya warna merah jambu itu sekata.
Tanpa berlengah aku melangkah keluar dari sini. Angin malam di station minyak ini menyejukkan fikiran aku yang sedikit bercelaru. Aku menuju ke kereta yang aku parking di tepi jalan tadi.
Pintu kereta dibuka dan enjin dihidupkan. Aku keluarkan telefon dari beg galas. Nombor Encik Ahmad Fahmi, ayah aku dicari.
Dengan nafas panjang, nombor itu aku tekan. Tanpa perlu menunggu lama... talian bersambung. "Assalamualaikum, ayah!,"
"Waalaikumussalam, anak ayah ni. Kenapa kamu tak angkat tadi?,"
Aku hanya tersenyum. Aku rindu nak dengar suara ayah... nak jumpa ayah. Tapi, tak balik-balik. Dian... Dian... Aku mengutuk diri sendiri. "Dian ada atas pentas tadi. Dijah, manager Dian yang pegang phone Dian. Ni Dian call balik bila nampak miss call dari ayah. Hm... ayah call Dian sebab apa?," tanya aku dengan nada berhati-hati pada ayat terakhir.
"Ayah rindu anak ayah seorang ni. Dia ni sibuk memanjang lepas tu tak nak balik-balik. Entahlah," aku tersenyum lucu bila ayah merungut macam ni. "Macam mana tu. Hish anak ayah ni," balas aku bergurau.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...