Dian.
KEPALA aku pusing. Aku sedikit mamai. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.
"Ha?," tekstur lembut yang kulit tangan aku sentuh di sisi badan ini menghairankan aku.
Aku cuba untuk duduk. Kepala aku yang bagaikan berpusing dipegang. Mata aku sedikit terbeliak. Dengan kalut, badan sendiri disentuh. Nasib baik.
Nasib baik aku masih lengkap berpakaian. Tudung di kepala pun masih terletak elok. Tapi soalannya sekarang... kenapa aku ada atas katil ni?
Aku membetulkan awning tudung yang serabai ditiup angin malam. Aku tahu apa yang aku buat ni amat berbahaya. Seorang perempuan macam aku yang tak tahu apa-apa teknik mempertahankan diri ambil angin pada waktu malam di kawasan macam ni? Ni namanya cari nahas... Tapi aku perlu angin pantai yang segar ni untuk lapangkan fikiran aku.
Aku gembira dengan berita pertunangan Rin semalam. Tapi aku terfikir dan teringat pada Harith. Aku tahu tak ada sebab aku perlu fikir pasal dia. Malangnya aku risau. Aku risaukan Harith. Macam mana perasaan dia sekarang?
"Stop, Dian!," monolog aku. Aku cuba hilangkan serabut aku. Harith ialah musuh abadi. Dia dah seksa hidup aku sampai aku pindah sekolah. Dia seorang yang jahat. Aku kena anggap dia macam tu selepas semua yang dah dia buat. Harith benci Dian... dan sebaliknya. Aku kena refresh balik minda aku.
"Apalah kau ni, Dian?," aku soal diri sendiri.
Risaukan orang asing tanpa sebab? Sia-sia betul! Hish. Aku membersihkan sedikit pasir yang ada di tepi pantai ini. Kemudian aku duduk dan memeluk lutut sendiri. Laut malam yang bergelora di pandang. Mendamaikan. Aku rasa tenang. Senyuman di bibir aku terlakar. Berseorang rupa-rupanya sangat menenangkan.
Dah sepuluh tahun aku tak bersua muka dengan Harith, tapi kenapa aku masih teringat-ingat tentang dia?
"Harith, kalau saya jujur yang saya sebenarnya sukakan awak... Apa reaksi awak ya? Awak mesti tak rasa terjejas apa-apa. Mungkin awak akan tergelak dan make fun out of me. Dan mungkin bukan awak je. Semua orang akan gelakkan saya dan anggap saya dah hilang akal. Pasal inilah saya pendam perasaan saya dulu. Awak mesti dah dapat call dari Rin. Abang awak dan kakak saya? Sekarang ni apa perasaan awak? Saya rasa macam nak pujuk awak. Nak ada dengan awak. Mestilah awak kata saya ni gila dan hilang akal. Well... saya pun rasa macam tu. Tapi bila abang awak dan saya punya kakak dah bertunang... apa yang awak akan buat?," aku merepek sendiri.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...