Third Person.
Dian memanggil Harith.
"Ya, aku datang," jawab Harith dari jauh. Harith terpaksa berlari anak untuk hampiri si isteri.
"Kenapa?," tanya Harith dengan hairan.
"Saya rasa nak muntah. Macam mana ni?," tanya Dian cemas.
Harith terus membawa Dian ke tandas awam berdekatan. Harith hanya menunggu. Tak lama kemudian Dian keluar semula. Hilang sudah wajah ceria Dian sewaktu awal-awal datang ke taman ini.
"Dian, baik kita balik," cadang Harith.
Dian kelihatan hampa. Tadi dia nak berkelah di sini namun morning sickness dia menjadi-jadi. Dian terpaksa mengangguk. Harith memimpin lengan Dian ke kereta semula.
"Nanti kau dah okay sikit kita datang eh," kata Harith dengan nada memujuk.
Sewaktu kereta beredar dan melalui tepi taman, Dian hanya memandang ke luar tingkap dan memerhatikan keadaan yang harmoni dan ceria di sana.
Buih-buih sabun berterbangan ditiup oleh beberapa orang kanak-kanak. Ada sepasang pasangan sedang menunggang basikal bersama-sama. Selain itu, terdapat juga sebuah keluarga yang sedang berkelah. Di hadapan tasik, beberapa oranh sedang memancing sambil berbual-bual dengan orang sebelah.
Dian hanya mampu mengeluh. Dia teringin untuk bersantai di taman ini bersama Harith tapi kondisi kesihatannya tidak mengizinkan. Gerai aiskrim di bawah pokok yang sempat dia lihat menambahkan rasa kecewa Dian.
"Kita balik terus atau singgah mana-mana?," tanya Harith. Cuba untuk dengar Dian bersuara.
"Balik terus je lah. Saya mengantuk," kata Dian.
"Okay. Kau rehat dulu," kata Harith dengan tenang sambil memandu.
Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Harith tidak mahu menganggu Dian yang dalam mood kurang baik itu. Harith rasa simpati sebab dari subuh dia teruja nak datang sini. Harith tahu Dian nak dating dengan dia. Dia pun sama tapi keadaan tak mengizinkan, nak buat macam mana lagi kan?
"Babygirl, cheer up. Nanti kita tengok movie kat rumah eh?," pujuk Harith.
Dian menoleh ke tempat duduk pemandu. Dia memandang Harith dengan tak puas hati. "Apa awak kata? Tengok movie? Jangan nak mengatal. Saya tak ada mood!," kata Dian.
Harith terpinga. "What? Menggatal?,"
Kemudian dia tersedar. Baru dia faham yang Dian salah faham. Harith hanya tergelak. "I mean real watching movie not having s-ehem ehem. You know?," terang Harith.
"Okay. Entah salah siapa yang cipta term macam tu. Kan orang dah salah faham," rungut Dian.
Harith hanya tersengih tak bersalah. Akhirnya mereka tiba ke destinasi. Harith memandu kereta masuk ke dalam kawasan rumah dan mem-park-kan kereta di garaj.
Harith keluar dari kereta dan terus pergi ke sebelah penumpang bagi membukakan pintu untuk Dian. Dian tersenyum terima kasih dan seperti biasa Harith hanya mengangguk ringkas.
"Jom,"
Tangan Dian dicapai. Mereka melangkah bersama-sama masuk ke dalam rumah.
"Saya nak tukar baju jap. Awak nak teman?," tanya Dian. Saja.
"Mestilah na--,"
"Saya gurau je. Awak tunggu tau. Nanti saya turun. Sementara tu awak pasanglah netflix kat TV," kata Dian sambil tersenyum mengusik.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...