Harith.
Senyuman aku melebar.
Dian memandang aku dengan pandangan blur. Aku buat tak tahu. Tangannya di tarik untuk masuk ke dalam rumah.
"Kenapa awak nampak teruja sangat ni? Bukan sepatutnya saya ke?,"
"Ya, suprise untuk awak. Excited untuk saya," jawab aku mudah.
Dian hanya angkat bahu. Namun dia tersenyum juga. Semua barang-barang bayi yang telah dibeli aku angkut ke tingkat atas untuk diletakkan dalam bilik bayi.
Bilik yang kosong ini aku perhatikan. Nantilah kemas dan hias elok-elok. Nah, bukan bidang aku.
Kemudian aku turun semula ke tingkat bawah.
"Tukar baju,"
"Ha?," respon Dian.
Dian bangun dari sofa. Dia berdiri sambil memandang aku dengan tertanya-tanya. Aku tergelak kecil.
"Saya ada sediakan gaun untuk awak,"
"Err... Kita dinner kat rumah je kan?," tanya Dian pelik.
Aku mengangguk. "Awak masuk je dalam bilik tetamu tu. Saya dah letak gaun tu atas katil. Lepas dah siap pakai, pergi belakang rumah. Saya tunggu," arah aku ringkas.
Walaupun Dian terpinga namun dia tetap nampak teruja. Dia tersengih. "Wow. Rith, special nya malam ni,"
"Of course,"
Dian tersenyum sebelum melangkah ke bilik tetamu yang aku katakan tadi. Sebaik sahaja pintu bilik yang berada di tepi tangga itu tertutup, aku segera ke dapur.
Suit hitam lengkap berserta kemeja hitam itu aku capai. Aku letak atas kabinet dapur sebelum pergi shopping tadi. Well, Dian tak perasan pun.
Aku terus mencabut t-shirt dan seluar jeans yang aku pakai. Kemeja itu aku sarungkan ke badan. Butang pertama dan kedua kemeja hitam dibiarkan saja tanpa dibutang. Suit disarungkan selepas itu. Selesai sahaja aku bersiap, aku terus membetulkan rambut supaya lebih kemas.
Aku tergelak perlahan. Gila. Dulu, aku tak pernah terfikir yang aku akan buat benda macam ni untuk perempuan. Now, here I am.
Aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan sebiji kek coklat. Makanan untuk dinner ni dah sediakan di meja makan. Aku ada minta tolong Hanna. Bukan dia masak. Jangan salah faham. Adik aku tu nak masak? Lambat lagi.
Spagetti, steak, salad, pudding, dan macaroni cheese.
Aku order je. Heh. Ada niat nak masak sendiri tapi faham-faham lah.
Sekarang ni aku menuju ke belakang rumah dengan kek di tangan.
Suasana malam di kolam renang terasa sejuk dan gelap. Tapi aku dah pacakkan tiang. Semua tiang itu dililit oleh lampu kecil berwarna kuning yang berjurai. Kawasan ini jadi terang.
Disebabkan aku takut Dian sejuk, aku dah sediakan alat pemanas berdekatan dengan meja makan.
Meja bulat kecil dan dua kerusi. Alas meja berwarna putih berjalur merah di tengahnya. Lilin memenuhi jalan ke meja itu. Meja tu aku letak bawah atap yang sepatutnya ada tempat buaian.
Ruang belakang rumah aku ini boleh tahan luas. Dengan kolam renang segi empat sama yang besar, rumput hijau di hujung ruang dari kawasan tepi kolam renang hingga ke pagar tinggi yang mengelilingi rumah ini.
Menghadap ke depan kolam renang ialah rumah aku sendiri. Kawasan sepanjang beberapa meter yang mengabungkan sisi lain kolam renang dengan dinding rumah pula lantai bermozek yang tidak licin namun nampak mewah dan moden. Di sepanjang kawasan itu, ada meja kayu, bangku bersandar, buaian panjang bercat putih yang berkaki, dan kerusi panjang yang terletak di tepi kolam; untuk berbaring. Di atasnya, ada atap diperbuat daripada kayu yang berbentuk bulat dan leper.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...