Bab 50-Epilog

10.8K 358 75
                                    

Dian membuka sampul surat itu. Nafas panjang dihembus perlahan. Dia cuba kumpul kekuatan.

Lipatan surat itu akhirnya dibuka. Dian duduk di birai katil.

Tulisan yang agak berangkai itu ditatap dengan pandangan berkaca. Jarinya menyentuh tulisan itu dengan senyuman sebak.

Tulisan Encik Fahmi. Ayah dia.

Surat yang ditinggalkan arwah ayah Dian untuknya. Baru hari ni Dian ada kekuatan untuk membacanya. Puan Lisa membaca surat sendiri sehingga dua tiga hari berperap dalam bilik dan menangis. Rin pula hampir menghancurkan persahabatannya dengan Harith kerana surat Encik Fahmi kepadanya. Hubungan Rin dan Airil juga hampir retak kerana surat ini.

Tapi, surat Encik Fahmi untuk Rin itu umpama memberi penutup dan ketenangan pada akhirnya. Soalan Rin selama ini berjawab. Pelikkan macam mana surat yang arwah tinggalkan memberi kesan macam tu. Mungkin Encik Fahmi yang pendiam itu ada bicara sendiri yang tidak terungkap. Jadi dia hanya mampu menulis kepada anak-anak dan isterinya sebagai salam perpisahan.

Dian menarik nafas panjang. Matanya tertumpu pada rangkap pertama.

Anak ayah,

Dian tersenyum sebak. Rasa rindu itu kembali menyerang keseluruhan ruang hatinya. Dia membaca setiap tulisan itu.

Anak ayah,

Ayah minta maaf, sayang. Selama ni ayah tipu Dian. Ayah bersalah. Ayah tahu ayah tak patut tipu Dian sepanjang dua puluh tahun Dian hidup.

Afra Dian, ayah semakin tenat. Ayah akan menghadap Ilahi tak lama lagi. Ayah tahu Dian akan sedih dan rasa bersalah. Ayah kenal sangat dah dengan anak kesayangan ayah sorang ni. Dian jangan menangis ya. Ayah tahu Dian kuat. Ayah tahu Dian sayang ayah. Ayah pun sayangkan Dian.

Ayah sentiasa doakan kebahagiaan Dian. Ayah gembira Dian dah berbaik dengan Rin. Ayah rasa tenang bila ada orang boleh tengok-tengokkan Dian. Ayah tahu Dian boleh berdikari, tapi Dian kan anak kesayangan ayah. Ayah nak yang terbaik untuk anak ayah.

Waktu ayah bawa diri dari keluarga ayah sendiri... Selepas penceraian ayah dengan Mama Lisa kamu... Selepas ayah jauhkan diri dari kamu. Ayah rasa bersalah sangat-sangat sebenarnya bila kamu tahu ayah tipu kamu sampaikan ayah tak tahu macam nak hadap kamu.

Ya, ayah pengecut. Tak, ayah tak nak kamu rasa bersalah atau apa. Semua ni memang salah ayah. Ayah yang hampakan keluarga kita. Kamu tak pernah salah hanya sebab kamu marahkan ayah. Kamu ditipu Dian. Ayah tahu kamu takut sangat ditipu. Ayah minta maaf.

Ayah tak nak kamu terpaksa maafkan ayah hanya sebab ayah ada penyakit. Ayah tak nak sebab tu ayah tak bagi penjelasan atau pujuk kamu langsung. Ayah layak ditinggalkan. Rin, Lisa, dan kamu sendiri layak marahkan ayah. Ayah tak kisah, nak.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now