Bab 39-Surat Rin Untuk Airil

6.9K 359 47
                                    


"Disebabkan kau... Kau! Aku dan Airil tak boleh ada anak! Ni semua salah kau! Kau buat aku merana! Kau lelaki tak guna! Kau kawan durjana! Kau tak guna, Harith Aizad! Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Aku benci kau!,"

Harith tergamam. Dia terkedu. "Aku...,"

Seteruk ini? Dia ke penyebab Rin dan Airil tak boleh ada anak? Tak. Apa yang dia buat hanyalah satu perkara kecil. Dia buang surat Rin. Itu je!

Airil hampiri Rin dari belakang.

"Naressa Airin, emosi awak tengah tak terkawal. Cuba bertenang dulu," pujuk Airil.

Rin menggeleng. Air matanya dikesat.

"Patutlah awak tak pernah jawab soalan saya. Dah banyak kali saya tanya pasal hal dulu. Kenapa awak buat saya macam tu kalau awak pun suka saya. Tapi awak tak jawab. Rupanya sebab ni! Awak pun tak tahu apa yang jadi dulu! Awak tak tahu kenapa saya tinggalkan awak," kata Rin dengan penuh emosi.

Airil tak halang Rin pergi dari hidup dia dulu sebab Airil tak tahu sebab apa Rin bawa diri. Rin pula bawa diri sebab kononnya persahabatan dia orang dah hancur sebab dia yang musnahkan. Sebab Rin mengaku dan luahkan yang dia sukakan Airil lebih dari seorang kawan dalam surat tu. Kiranya macam luahkan perasaan tu satu taboo dalam persahabatan. Disebabkan salah faham ni, bertahun-tahun Airil dan Rin berjauhan.

Harith hanya kaku dan cuba hadam ayat Rin yang sebelumnya tadi. Rin akan benci dia selamanya? Dia takkan dimaafkan sampai bila-bila?

"Tak... Rin...," Airil seperti hilang kata.

"Awak nak lindungi lagi Harith? Awak tak faham ke perasaan saya? Kalau kita tak berjauhan selama bertahun-tahun, mungkin kita akan kahwin lebih awal! Dan mungkin kita masih ada peluang untuk dapat anak. Tapi disebabkan salah faham antara kita yang jadi disebabkan Harith... Kita lambat jumpa kembali! Dan sekarang lihat! Saya tak boleh mengandung. Saya tak boleh dapat anak!," jerit Rin sekuat hati. Penuh perasaan. Air matanya mengalir deras.

Dian faham apa yang Rin rasa. Dia memegang erat pemegang tangga. Perasaan Dian bercampur baur bila saksikan semua ini. Tiga sekawan yang sedang dalam keadaan tegang.

Airil beristighfar perlahan. Dia sedar Rin tengah dalam amarah yang amat sangat. Rin hanya lepaskan kata-kata yang tak masuk akal. Dan Rin lempiaskan kepada Harith.

Namun lain pendapat Harith. Dia diselebungi rasa kesal yang amat sangat. Dia rasa benci dengan diri sendiri. Apa yang dia dah buat... terlalu teruk.

Airil kesian kan Harith. Selama ni dia diam je walaupun hubungan dia dan Rin masih belum sepenuhnya pulih kerana dia tak bagitahu kebenaran. Airil tak pernah bagi sebab sebenar kenapa dia biarkan Rin pergi. Jawapannya mudah saja. Sebab Airil juga salah faham. Airil orang yang banyak fikir. Bila Rin kata dia nak pergi dulu, Airil tak boleh buat apa-apa. Dia tak tahu dia nak buat apa. Surat tu dia tak dapat jadi dia tak tahu pun yang Rin juga sukakan dia. Jadi dia hanya boleh pandang langkah Rin yang menjauh dan harap ini yang terbaik untuk mereka. Mungkin Rin nak ambil ruang dari semua orang. Itu yang Airil fikir! Bukannya sebab dia tak balas cinta Rin.

Tapi Airil tetap rahsiakan semuanya sebab Airil tahu... Yang Rin dapat maafkan dia dengan mudah. Tapi lain kalau semua ni berpunca dari Harith. Airil sanggup tanggung kesalahan seorang diri.

"Aku benci kau!," kata Rin dengan tajam.

Rin memandang Harith dengan penuh benci lalu keluar dari situ. Airil dibelakang memandang Harith dengan simpati lalu mengikut langkah Rin. Dia perlu tenangkan isterinya itu. Hari ni terlalu... serabut.

Harith berpaut pada sofa.

"Aku... Ni teruk sangat ke?," tanya Harith dengan nada sayu.

Dia memandang lama pintu rumah. Kemudian dia tersedar. Dia segera menoleh ke arah tangga.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now