THAQIF meletakkan surat perletakan jawatan di atas meja Hadif. Dia menghembus nafas lega. Mujur sahaja Hadif tidak datang pejabat hari ini. Senang dia pergi dari hidup mereka tanpa perlu menjawab soalan dari Hadif.
Mungkin ini yang terbaik daripada dia terus rasa bersalah. Untuk seketika ini biarlah dia pergi menjalani rawatan. Selepas semuanya selesai, dia akan bongkarkan semua kejahatannya dahulu.
Tunggu sekejap sahaja, Efa. Aku janji aku akan bersihkan nama baik kau!
"Arghh!"
Thaqif mengerang sakit apabila terasa kepalanya berdenyut sakit. Segera dia beredar dari bilik Hadif. Dia perlu sedikit masa lagi.
Dia tidak mahu Hadif tahu penyakitnya. Cukuplah dia terhutang budi dengan Hadif dahulu. Dia tidak mahu perkara bertambah buruk lagi-lagi selepas diugut perempuan iblis itu.
Imbas kembali
"Aku yang salah. Aku yang rogol Efa. Gambar tu, aku yang edit selebihnya. Efa tak salah langsung. Aku minta maaf tipu kau..."
Perempuan dihadapannya seakan terkelu. Jadi selama ni?
Gambar dan video asal tanpa diedit ditonton dengan perasaan jijik. Jelas, Afeefa dipaksa dan disakiti.
"Aku menyesal. Aku tak tahu macam mana nak betulkan semua ni! Hadif makin bencikan dia. Apa yang aku perlu buat Feena?!"
Afeena diam sejenak. Afeefa dibuang keluarga. Hadif makin bencikan Afeefa? Jadi inilah peluangnya! Bibirnya terjongket sinis. Rasa kasihan pada kakaknya dibuang jauh. Kesian, dari dulu asyik malang. Ish ish ish..
Kejadian dimana Thaqif menyerahkan gambar dan video aib Efa kepada Afeena dulu merupakan detik awal Afeena bersubahat dengannya. Semasa itu, Afeena tidak tahu perkara sebenar.
Afeena membenci kakaknya kerana gambar itu. Dia jijik dengan Afeefa. Semua itu kerana Thaqif. Disebabkan itulah, dia mahu jujur dengan Afeena dan berharap Afeena membantunya untuk pulihkan keadaan. Tapi dia bodoh, dia tidak tahu Afeena berhati iblis.
"Kau tak perlu buat apa-apa. Diam je. Tak payah buka mulut langsung"
Thaqif terpampang.
"Kau gila ke Feena. Itu kakak kau! Kau tak kesian ke? Ini bukan salah dia"
Afeena buat-buat tidak tahu. Dia memandang kuku panjangnya.
"Kau nak masuk penjara? Dan kau tak takut kalau abang Hadif tahu kau dah rogol isteri dia?"
Thaqif terdiam.
"T-tapi ini semua salah aku! Aku sanggup korbankan semuanya"
Afeena mendengus. Lagi-lagi Afeefa! Dia muak! Kenapa semua orang sanggup lakukan apa sahaja untuk kakaknya?!
"Okay fine! Buatlah. Kalau kau nak tengok Efa semakin merana. Aku boleh buat apa sahaja. Aku akan bagitau yang kau cintakan Efa dan gambar tu ialah gambar zina Efa dengan kau. Waktu tu, kalau kau bagitau perkara sebenar pun, semua orang takkan percaya. Semua orang percayakan aku, mereka takkan percayakan kau."
Mula-mula dia tidak percaya namun Afeena seorang yang nekad. Afeefa keguguran semuanya dirancang oleh Afeena. Itulah membuatkannya semakin tersepit. Antara perlu jujur atau Afeefa semakin terseksa?
"Menyesal aku subahat dengan kau dulu Feena!"
"Ingat Thaqif, kalau kau berani bocorkan rahsia tu. Aku akan pastikan kau masuk penjara dan abang Hadif bencikan kau kerana khianat dia!"
******
"Ma-makanan d-dah siap" tutur Afeefa dengan tergagap-gagap. Jarinya dimain-mainkan sambil menunduk lantai. Kasihan Afeefa, pertuturannya menjadi gagap kerana terlalu takutkan Hadif. Kerap sahaja wajah mulusnya dilempang keras.
Hadif tidak membalas. Dia menutup skrin telefonnya lalu berdiri dan berjalan menuju ke dapur. Sempat bahu Afeena dilanggar semasa di muka pintu. Menyampah melihat wajah itu.
Afeefa terkedek-kedek mengikut langkah Hadif dari belakang walaupun seluruh tubuhnya masih sakit namun dia tetap melangkah. Sampai di meja makan, dia terus mencedokkan lauk pauk di atas pinggan kaca milik Hadif dan sedikit lauk dan nasi di atas pinggan kecil.
Seperti biasa, dia berdiri bersebelahan dengan Hadif sambil menatang pinggan kecil yg berisi makanan tadi. Tidak banyak hanya nasi sesudu, lauk pauk sesudu dua.
"Makan" arah Hadif. Dia duduk menyandar di kerusi dan berpeluk tubuh sambil mendongak melihat Afeefa yang sedang merasai makanan itu. Hadif terlalu paranoid untuk makan masakan Afeefa sehingga Afeefa sendiri harus mencuba masakan itu dihadapannya. Takut Afeefa meracuni makanannya.
Afeefa menurut, dia menelan makanan itu. Apabila selesai dia memandang wajah Hadif.
Hadif pula, apabila melihat tiada apa yang berlaku dan berpuas hati, barulah dia mengangguk kecil.
"Duduk sini" arah Hadif sambil menepuk-nepuk pahanya menyuruh Afeefa duduk di atas pehanya.
Afeefa terpinga-pinga.
Melihat tindakan Afeefa yang teragak-agak membuatkan Hadif terus menarik lengan Afeefa untuk duduk di atas pehanya.
Afeefa berdesis sakit. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.
"Kenapa? Luka kau tak sembuh lagi ke?" soal Hadif. Boleh pula lelaki itu bertanya walhal kejadian dia menyebat tubuh Afeefa menggunakan tali pinggang itu baru dua hari lepas. Masih lagi merah dan terluka. Terseksa dia, setiap kali mahu mandi dan membuka baju. Malam-malam dia akan menangis seorang diri kerana kesakitan.
Afeefa mengangguk laju bersama mata yang berair. Hendak bangun takut Hadif marah.
"Bangun..."
Afeefa bangun perlahan-lahan. Dia menekur melihat lantai.
"Kenapa tak sapu ubat? Oh aku tahu, supaya orang tahu yang aku pukul kau. Bila kau sakit, kau raih simpati orang lain dan cakap aku pukul kau. Macam tu?" soal Hadif sinis. Matanya memerhati raut wajah Afeefa yang lesu dan lebam. Lengan Afeefa yang terdedah itu juga mempunyai kesan libasan.
Laju Afeefa menggeleng.
"T-tak! S-saya dah sapu ubat. B-belakang je t-tak sapu lagi. T-Tak sampai. S-sumpah!"
Hadif mengeluh. Pandangan tajam tadi berubah menjadi sedikit lembut.
"Lepas aku makan, tunggu dalam bilik nanti aku sapukan ubat."ujar Hadif sebelum dia mula menyuapkan makanan di dalam mulutnya.
******
"NOMBOR yang and dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sebentar lagi..."
Jarinya kembali menekan simbol panggilan.
"Nombor..."
Sial. Hanya operator panggilan yang menjawab.
Hadif mencekak pinggangnya, berjalan ke hulur-hilir sambil telefon pintarnya ditekap pada telinga kanannya.
"Mana kau pergi ni Thaqif?" soalnya sendiri. Hadif terkejut apabila membaca surat perletakan jawatan daripada Thaqif. Thaqif tidak berbincang apa-apa pun dengannya langsung. Beratus kali nombor telefon Thaqif cuba didail tetapi tidak pernah di angkat. Apartmentnya juga kosong.
Kehilangan Thaqif sungguh misteri. Mana lelaki itu pergi? Kenapa tiba-tiba?
"Kau pergi mana Thaqif?"
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...