BAB 10 - TARUHAN

4.4K 379 67
                                    


Cerita ini tidak digalakkan untuk bawah umur. Mengandungi bacaan matang seperti penderaan, kejam dan seksaan

_________________

"Papa, Hadif nak keluar malam ni dengan Afeefa.. Hadif janji sekejap je okay? " ujar Hadif sambil mengusap lembut tangan Qayyum.

Qayyum hanya diam. Dia terasa berat hati melepaskan Hadif pergi. Hati tuanya terasa akan berlaku sesuatu yang buruk.

"Hadif pergi dulu eh.. Kalau mama balik, dia tak bagi Hadif keluar" ujar Hadif lalu dia tergesa-gesa bangun.

Kalau Camelia balik ke rumah pasti dia tidak dibenarkan keluar. Dan pasti Afeefa kecewa.

"Difffff......"

Baru sahaja Hadif mahu memulas tombol pintu, Qayyum memanggilnya.

Qayyum menggeleng tanda tidak membenarkan Hadif pergi. Bersusah payah dia hendak menuturkan kata-kata itu. Hatinya tidak enak.

"ye pa..?"

Hadif kembali semula pada Qayyum. Dia melutut di sebelah kerusi roda bapanya. Tangannya mengusap lembut tangan Qayyum.

Qayyum hanya melemparkan pandangan sayu. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"papa lapar ke?"

Hanya gelengan yang Qayyum berikan. Dia tidak mahu Hadif berjauhan dengannya. Dia mahu Hadif di sini.

"papa nk pergi tandas?"

Sekali lagi, Qayyum menggeleng.

Berkerut dahi Hadif. Dia khuatir melihat bapanya. Kenapa Qayyum seperti tidak membenarkan dia pergi?

Bunyi deringan telefon menyebabkan Hadif mengalihkan pandangannya ke telefon bimbitnya. Segera panggilan itu dijawab.

"Hadif, awak lambat lagi ke? Kita dah lambat ni"

"ye, jap" jawab Hadif. Dia menggaru keningnya sambil melihat wajah bapanya.

"Jangan cakap tak jadi pergi eh, saya dah siap dah.. Nanti saya merajuk"

Hadif mengemam bibirnya sambil mengerling pada Qayyum. Dia rasa serba salah tapi dia tidak sanggup menghampakan Afeefa.

"baby..."

Hadif mengeluh. Akhirnya dia membuat keputusan yang melanggar prinsip hidupnya.

"ye, saya pergi"

Kali ini sahaja dia melanggar arahan Qayyum. Kali ini sahaja.

Selesai menjawab panggilan tadi, Hadif menghampiri Qayyum lalu dia menyalami tangan bapanya.

"Hadif pergi dulu ye papa"

Sempat Qayyum mengenggam tangan Hadif. Dia tidak mahu Hadif pergi ke party itu. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.

Hadif memandang tangannya yang digenggam oleh Qayyum tapi apabila melihat jam yang sudah mencecah jam 9, dia menolak perlahan tangan Qayyum.

"Hadif dah lambat. Hadif pergi dulu" ujar Hadif, lalu dia mencapai semula telefon bimbit beserta dompet dan berlalu pergi.

Qayyum hanya memandang sayu ke arah Hadif yang berlalu ke pintu.

"Diff...." gumamnya perlahan. Ini kali pertama Hadif melawan cakapnya.

Kadang-kadang cinta manusia boleh membuatkan kita bodoh.

-------

Sesampai sahaja Hadif di depan rumah sewa Afeefa, Afeefa terus masuk ke dalam keretanya.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now