BAB 58 - RUMAH

3.5K 267 78
                                    

SESEKALI Hadif mengerling ke tepi melihat wajah keterujaan Afeefa sambil dia memandu menuju ke rumah ibunya. Afeefa hanya melihat ke luar tingkap tetapi Hadif dapat melihat reaksi muka Afeefa dari tepi yang sangat gembira melihat suasana di luar. Mungkin kerana Afeefa sudah lama berkurung di dalam rumahnya.

Jari Afeefa melakar sesuatu di cermin tingkap keretanya. Entah apa yang ditulis oleh Afeefa tetapi wanita itu tersengih suka melukis menggunakan jari telunjuknya itu. Hadif mengemam bibirnya daripada tersenyum. Dia kembali melihat ke hadapan tanpa menoleh ke Afeefa lagi. Dia takut dia akan tersenyum lagi melihat muka Afeefa. Tak sepatutnya dia gembira melihat wajah Afeefa yang gembira. Dia patutnya marah dan bertegas seperti selalu.

Sampai sahaja di depan rumah ibu Hadif, Hadif sempat menahan Afeefa keluar.

"Tunggu kejap" pergelangan tangan Afeefa ditarik lembut.

"Ingat aku pesan dekat rumah tadi? Kalau ibu aku tanya kau pergi mana, cakap kau pergi bercuti dengan kawan-kawan kau dekat Pulau Pangkor"

Afeefa mengangguk.

Hadif melepaskan tangan Afeefa. Dia menarik muka Afeefa pula. Dia ingin melihat kesan lebam di muka Afeefa yang sudah ditutupi dengan concealer. Nasib Afeefa pandai menutupinya, jika tidak pasti ibu akan bertanya.

"Sakit lagi ke?" Hadif menyoal lembut.

Afeefa hanya menggeleng perlahan. Kemudian dia menolak perlahan tangan Hadif yang berada di pipinya. Dia tidak faham kenapa sejak akhir-akhir ini, Hadif seakan berlembut dengannya? Dia tidak mahu terbuai dengan layanan Hadif lagi. Dia tahu Hadif akan menyakitinya lagi dan lagi.

Afeefa keluar dari kereta. Dia terus melangkah ke arah ibu dan papa Hadif yang baru melangkah keluar dari pintu rumah.

Hadif mengepal tangannya. Kenapa? Kenapa dia berlembut dengan Afeefa tadi? Kalau dia tahu Afeefa akan layan dia acuh tak acuh sahaja pasti dia takkan berlembut seperti tadi!

Tapi, sebenarnya kau serba salah dengan Afeefa kan, sebenarnya? Lepastu kau beria takut Afeefa semakin benci kau. Bukan ke kau tak kisah?

*****

Melihat Afeefa yang keseorang di luar, Qayyum menghampiri wanita itu perlahan.

Dari makan tengahari tadi, Qayyum melihat wajah Afeefa yang tidak ceria seperti dulu. Wajahnya hanya menunduk ketika makan. Itu yang membuatkan Qayyum hairan.

Selepas makan tadi, Afeefa meminta izin daripada Hadif ke halaman belakang rumahnya untuk melihat ikan di kolam. Suka betul Afeefa dengan ikan dia.

"Efa okay dengan Hadif?" soal Qayyum. Dia mengambil tempat di sebelah Afeefa yang dari tadi termenung melihat ikan koi di dalam kolam.

Afeefa tersentak. Dia tersenyum nipis. "Okay je papa. Kami okay. Kenapa?"

Qayyum mengangguk kecil. Dia tersenyum lagi. "Tak ada apa, cuma Hadif macam sorokkan kamu dari kami. Dah berbulan-bulan kami nak jumpa kamu tapi dia tak bagi"

Lagi sekali Afeefa tersentak.Tapi pantas dikawal dengan menggelengkan kepalanya. Afeefa tersenyum lucu.

"Papa ni buat lawak pula. Taklah, Efa yang busy sikit lagipun Efa perlu tenangkan diri. Efa yang bersalah sebab asingkan diri dengan semua orang. Efa cuma nak masa"

Qayyum tersenyum lega. Dia ingat Hadif berbuat sesuatu yang buruk. Tak mungkin Hadif yang senaif itu akan mendera Afeefa kan? Muka Hadif terlalu polos. Walaupun layanan Hadif kelihatan dingin terhadap Afeefa tadi dia tahu Hadif jalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Tak pelik kenapa Hadif kekok dan dingin, kerana Hadif tak pernah bercinta.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now