BAB 16 - IBU SEBENAR

3K 215 14
                                    

"Hadif.."

"sini jap"

Hadif yang sedang tekun melipat baju itu berpaling melihat bapanya yang seakan mahu bertanya.

Tanpa membiarkan bapanya menunggu lama, dia segera melangkah ke arah bapanya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah bapanya dengan perlahan-lahan.

"Hadif ada sorokkan sesuatu dari papa ke?"

Hadif terkedu. Tak mungkin bapanya tahu. Tak. Papa tak boleh tahu!

Laju dia menggeleng.

"Kenapa badan Hadif lebam-lebam. Kenapa Hadif dah tak seceria dulu?" soal Qayyum sambil mengusap kepala Hadif. Dia tidak tahu siapa yang sanggup buat anak kesayangannya begini. Apa salah anaknya?

"Hadif gaduh sikit je" ujarnya perlahan. Sengaja menipu. Biar dia sendiri yang pendam, dia tidak mahu papanya tahu.

"Astafirullahalazim, macam mana boleh gaduh? Mereka buli Hadif ke?" Qayyum menggeleng. Dia tidak mahu bertanya lebih, dia tahu bukan salah anaknya. Dia percaya Hadif. Hadif takkan mulakan. Hadif selalu beralah.

"Maafkan papa sebab tak boleh tolong Hadif." tubir mata tuanya bergenang. Dari dulu asyik menyusahkan Hadif. Dia berjanji jika dia sembuh dia akan cari bekas isterinya dan bimbing Hadif ke arah islam.

Dia juga salah, dulu Wardah selalu menolongnya mengenal islam sewaktu dia berhijrah ke agama islam tapi selepas bercerai dengan Wardah dia mula lupa islam. Mula leka.

Hadif hanya tunduk. Dia mengemam bibirnya. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Hatinya kosong. Terngiang-ngiang apa yang mereka lakukan padanya dulu.

"Jangan sedih lagi. Papa tahu anak papa sedih, biasalah tu. Papa muda-muda dulu pun selalu gaduh." Qayyum cuba memeriahkan suasana apabila melihat Hadif hanya senyap.

"Ni, macam mana dengan kawan Hadif tu? Siapa nama dia? Azalea?" soal Qayyum tiba-tiba.

Hadif tersentak, terus matanya memandang Qayyum tajam. Dia tak suka nama Afeefa disebut. Rasa marah itu meluap-luap. Matanya mula merah mencerlung Qayyum.

"Hadif?"

"Hadif marah papa ke?" Qayyum menyoal lembut. Tidak tahu kenapa Hadif begitu marah apabila mendengar nama Afeefa itu. Tidak pernah dia nampak Hadif semarah ini. Waktu Hadif marah Irwan dahulu pun tidak begini.

Hadif mendengus perlahan. Sedar, dia perlu mengawal rasa marahnya pada papa. Papa tak tahu apa-apa. Dan tidak boleh tahu.

"Jangan cakap pasal dia lagi"

Qayyum tersentak.

"tak apalah, papa faham". Qayyum senyum nipis. Mungkin gaduh dengan Afeefa agaknya.

--------

Hadif hanya memerhati tindak tanduk papanya yang berada di atas kerusi roda dari celah pintu. Sekejap tunduk, sekejap kepala mendongak ke depan, sekejap jari telunjuk terangkat ke atas dan akhir sekali pandang kiri kanan. Berkerut dahinya.

Mungkin ini yang bapanya belajar dari ustaz yang datang tadi kot. Solat? Tak pernah dia lakukan. Kalau tuhan ada mengapa tuhan tidak mengabulkan doanya supaya mama berubah? Mengapa hidupnya malang begini? Mengapa tuhan tidak tolong dia waktu susah? Mengapa?

Tipulah jika dia tidak merasa sesuatu sewaktu bapanya membaca buku bertulis arab itu. Dia rasa hatinya sangat tenang, dia suka mendengar ayat-ayat bahasa arab itu mengalun dibibir bapanya. Rasa Indah.

Tapi cepat-cepat ditepis rasa itu. Mama betul, tuhan itu tidak wujud. Dia tidak perlukan solat, dia tidak perlukan tuhan. Sudah beberapa hari Qayyum mengajaknya solat tapi dia sendiri berkeras duduk dalam bilik. Dia tidak mahu belajar agama dengan ustaz.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now