2 MINGGU KEMUDIAN
AFEEFA memandang raut wajah Hadif yang sedang menukar cadar bilik. Lelaki itu sibuk ke hulur hilir membersihkan rumah. Afeefa tersenyum sambil mengusap perutnya yang sudah sedikit membuncit. Dia duduk menyandar di sofa bilik.
Hari ini Hadif mengambil cuti kerananya. Hadif kata, selagi tiada pembantu, selagi itu dia sendiri yang akan buat kerja rumah kecuali memasak. Dia mahu Afeefa sendiri masak. Dia suka masakan wanita itu. Dia sendiri tidak boleh mengatasi kehebatan skill memasak Afeefa walaupun dulu dia selalu memasak untuk Qayyum.
Layanan Hadif hanya biasa. Tiada berubah. Itupun Afeefa cukup bersyukur. Terasa bahagia walaupun Hadif tidak berlembut dengannya. Sekurang-kurangnya Hadif tidak menyeksa dan memukul.
Setelah siap menukar cadar katil, Hadif menarik keluar baju t-shirt putihnya dari tubuh tegapnya lalu baju itu dilontar ke dalam bakul pakaian kotor. Dia mencekak pinggang menghadap penghawa dingin. Apabila keringat peluhnya sudah agak kering, dia mencampakkan separuh badannya pula ke atas katil, kakinya dibiarkan berjuntai ke bawah. Dia tidak mahu kotorkan cadar yang baru ditukar. Belakang tangannya diletakkan di atas dahi. Dia mengeluh penat.
Afeefa mengangkat mukanya apabila mendengar keluhan dari Hadif di atas katil.
"Penat betul" ujar Hadif sendiri tetapi didengari oleh Afeefa.
Afeefa berdiri. Dia melangkah ke arah suaminya yang kelihatan letih.
"Awak nak saya urut badan awak ke?" soal Afeefa.
Hadif menggeleng. Dia menutup matanya dengan lengannya. Penat betul sampai rasa malas hendak mandi.
"Awak tak nak mandi ke?" soal Afeefa lagi.
Hadif senyum senget. Mindanya mula berfikiran nakal. Dia seakan mahu bermanja dengan Afeefa.
"Kau mandikan aku boleh?"
Wajah Afeefa membahang.
"B-boleh..."
🌸🌸🌸🌸
Afeefa memusingkan badannya apabila Hadif membuka seluarnya tanpa segan silu.
Hadif menggeleng. Bukannya dia tidak memakai apa-apa. Dia ada pakai boxer di dalam.
"Dah, cepatlah. Aku tunggu ni" ujar Hadif. Dia sudah masuk ke dalam tab mandi. Tidak sabar mahu dimandikan. Rasa mahu dimanjakan itu membuak-buak. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia mahu dibelai dan dimanja. Mungkin dulu dia tidak pernah dimanjakan sejak kecil. Selepas sahaja umurnya mencecah 4 tahun, semuanya dia buat sendiri. Papa lumpuh, dia yang jaga. Mama Camelia hanya tahu marah dan pukul dia sahaja.
"Mama, Adif lapar... Nak makan.. "
"Mama..." tangan kecil itu menggoyangkan tangan Camelia yang terjuntai di sisi katil.
Camelia mendengus. Dia menyebak rambut panjangnya ke belakang. Dari tadi mama,mama! Menyesal dia tidak suruh bibik kerja sampai malam. Bibiknya bekerja hanya pada waktu siang sahaja, ini kerana dia tidak mahu perbuatan terkutuknya terkantoi oleh orang lain. Tak sangka, bila malam semuanya memenatkan. Semua benda kena dibuat termasuklah menjaga budak 4 tahun ini dan menjaga suami lumpuhnya! Menyusahkan betul! Tubuhnya dikalih ke tepi. Mahu sambung tidur.
"Ishhh, mama! Mama! Bisinglah! Mama nak tidur. Pergilah buat sendiri!"
Bibir Hadif tercebik menahan tangis. Perutnya sudah lapar, muka dan badannya sudah comot kerana belum mandi. Nasib dia sudah pandai kencing dan berak sendiri di dalam tandas selepas dipukul dengan penyangkut baju oleh mama akibat membuang najisnya di atas katil.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...