BAB 21 - UGUTAN

3.7K 224 55
                                    


TOK-TOK.

Bunyi pintu diketuk kedengaran. Afeefa mengangkat mukanya dari menatap buku lakarannya.

"Masuk" arah Afeefa. Pensil kayu yang dipegangnya tadi diletakkan ke tepi. Dilihatnya salah seorang pekerjanya sedang membawa sejambak bunga rose merah menuju ke arahnya.

"Ada orang hantar bunga ni pada cik" ujarnya lalu diberi ke Afeefa.

"saya keluar dulu cik" pinta pekerja itu. Afeefa hanya mengangguk. Kad ucapan kecil yang terselit celah-celah bunga itu diambil.

'i miss you baby. Please forgive me- Thaqif'

Kad tadi digenggam kuat. Muka Afeefa sudah pucat. Kenapa lelaki ini muncul semula selepas lama menghilang? Dia sudah bersyukur saat Thaqif memberitahu yang dia akan pindah ke luar negara bersama keluarganya. Thaqif pemusnah hidupnya.

Ya. Thaqif yang merogolnya dahulu. Entah setan apa yang merasukinya sehingga dia bertindak gila.

Afeefa menyesal kerana mempercayai Thaqif selama ini. Thaqif berfikiran bahawa apabila dia merogol Afeefa, Afeefa akan bersetuju untuk berkahwin dengannya. Thaqif sengaja buat begitu supaya Afeefa menjadi miliknya namun Afeefa tetap menolak cinta Thaqif.

Teringat kembali kejadian sewaktu dia tertekan dan terperuk di rumah sewa. Adli dan Qisya tidak tahu apa-apa. Bukan dia tidak mahu beritahu mereka tetapi Thaqif sudah mengugut untuk menyebarkan video mereka. Lagipun Afeefa sungguh malu dan terasa terhina. Nasiblah dia tidak mengandungkan anak haram dari benih Thaqif.




4 tahun ke belakang.

Dirumah sewa Afeefa.

"Aku ada belikan bubur tadi. Kau boleh tak pujuk Efa makan? Aku dah pujuk tadi, tapi dia tak nak" pinta Qisya. Dia sedih melihat sahabatnya begitu. Afeefa tidak pernah berlakuan begini.

"Shuhh baby, don't cry lah" Adli memeluk lengan Qisya apabila melihat mata kekasihnya sudah bergenang.

Afeefa yang berdengar ucapan mereka itu tersentak. Badannya automatik kaku. Apa yang Thaqif buat disini?

"Tak apalah, biar aku cuba pujuk" Bubur tadi diambil dari tangan Qisya lalu dia menghampiri Afeefa.

"Efa..." suara Thaqif menyerunya cukup buat dia rasa takut. Tilam di belakang rasa terhenyak. Pasti Thaqif berada di belakangnya.

"Kau makan ye. Penat Qisya belikan. Kami semua risau dekat kau" pujuk Thaqif. Tangannya masih memegang lengan Afeefa kemudian bibirnya didekatkan pada cuping telinga Afeefa sambil lengan Afeefa diusap perlahan.

"kau makan sekarang. Kalau tak, aku rogol kau lagi sekali dekat sini. Kau lap air mata kau sekarang, aku taknak dorang syak apa-apa" bisik Thaqif. Afeefa menahan esakannya. Dengan pantas dia mengelap air matanya dan bangun bersandar di kepala katil.

"Kau makan eh, aku suapkan" Thaqif tersenyum. Bubur yang panas tadi dikacau laju. Disumbatnya ke dalam mulut Afeefa walaupun masih panas.

Adli dan Qisya hanya tersenyum kerana menyangka mereka baik-baik sahaja.

Thaqif keluar negara itupun kerana dia takut yang Afeefa akan membuat laporan polis. Sungguh licik lelaki itu.

Afeefa menangis lagi. Teresak-esak dia memikirkan masa hadapannya. Kelmarin dia menangis kerana Hadif. Hari ini kerana Thaqif. Kalaulah Qisya dan Adli ada di dunia ini, pasti dia mengadu kepada mereka. 3 tahun lepas, pasangan suami isteri itu telah kemalangan dan maut disitu. Afeefa tidak teman untuk mengadu. Dia hanya ada tuhan untuk mengadu. Bukan dia tidak rapat dengan ahli keluarga tetapi dia agak janggal mahu bercerita. Dahulukan dia pernah dihalau keluar. Jadi hubungan kekeluargaan itu agak hambar. Namun dia bersyukur kerana papanya membenarkan dia tinggal semula di rumah.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now