BAB 22 - MEMINANG

3.4K 203 36
                                    


BIP. BIP. BIP.

Bunyi alarm dari telefon membuatkan Afeefa mencelikkan matanya yang sukar untuk dibuka. Penuh bertahi mata kerana suhu badannya yang tinggi.

9.00 p.m.

Dia tidur selepas waktu maghrib tadi kerana terlalu mengantuk selepas makan ubat. Walaupun tidak elok tidur waktu begitu, namun dia tetap terlena dek penangan ubat-ubatan yang dibeli oleh Afeena, adiknya di farmasi.

Telefon diambil dengan gerakan yang lemah lalu ditutup alarm yang bingit itu kemudian selimut yang menutupi tubuhnya ditarik dan dia menjejakkan kakinya ke lantai. Alhamdullillah hari ini, demam dia sudah agak kebah berbanding tiga hari yang lepas.

Afeefa melangkah ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Nasib dia set alarm untuk solat isyak, kalau tak terbabas hingga esok.

Selesai sahaja melakukan solat isyak, Afeefa turun ke tingkat bawah untuk membasahkan tekaknya yang kering. Botol air yang bersaiz 1 liter turut dibawa ke dapur. Dia memang jenis suka bawa botol air dalam bilik sebab malas nak turun naik ke dapur tapi botolnya kosong pula. Lupa isi petang tadi. Dengan malas, botol itu dipeluk dan dibawa ke dapur.

Selesai sahaja minum dan mengisi penuh air dalam botol dia berlalu keluar dari dapur untuk naik semula kebilik. Taknak makan. Diet. Dalam menuju ke arah tangga, dia melalui ruang tamu. Kelihatan Fakhrul dan  Iris sedang duduk bergelak tawa di situ.

"Efa. Tunggu sekejap. Mama dengan papa nak bagitahu sesuatu ni" sempat Iris menahan Afeefa daripada berlalu disitu.

"Kenapa mama?" soal Afeefa hairan.

"Sinilah. Duduk sini" ujar Iris sambil menepuk ruangan antara dia dan suaminya. Pasangan suami isteri itu sungguh berseri malam ini. Perkara apa yang buat mereka suka sangat ni?

Mahu tidak mahu, dia melangkah juga di sofa dan duduk diruang tengah antara papa dan mamanya. Botol air dipeluk ke dada.

"Feena mana?" sempat Afeefa bertanya sambil memerhati sekeliling.

"Dia dah naik atas. Ada hal katanya"

"ouh" jawab Afeefa pendek. Dia sudah berbaik dengan Afeena selepas sahaja dia balik kesini semula. Dia sudah memaafkan Afeena tentang arwah Rafael dahulu. Tetapi dia tidaklah terlalu rapat. Biasa sahaja. Tiada kata-kata kesat yang dilemparkan pada Afeena lagi. Mulutnya juga sudah jarang untuk menaikkan suara. Memang benar, islam itu mengajarnya untuk sentiasa bersabar dan tenang.

Iris dan Fakhrul saling berpandangan menghantar satu isyarat. Terjuih-juih mulut Fakhrul untuk menyampaikan sesuatu pada Iris. Namun Iris membalas dengan satu cubitan di peha Fakhrul.

"Ada apa ni? Macam penting je" soal Afeefa. Dia tersengih melihat wajah cemberut Fakhrul yang setelah dicubit oleh Iris. Dia memandang pasangan suami isteri itu silih berganti.

"Demam Efa dah okay?" soal Encik Fakhrul. Tangannya mengusap lembut rambut lebat anak sulungnya. Bersyukurnya dia apabila Afeefa yang dahulunya tidak menutup aurat kini sudah bertudung litup. Tenang hatinya apabila melihat sikap Afeefa yang sekarang, lebih tenang dan mudah mendengar kata. Sewaktu dia menghalau Afeefa keluar dari rumah dahulu, dia rasa sangat bersalah. Bukan niatnya untuk berbuat begitu. Dia hanya mengertak sahaja tetapi tidak sangka Afeefa keluar dari rumah betul-betul.

Iris berdehem.

"Petang tadi ada orang jumpa mama dengan papa. Dia datang merisik Efa."

Mata Afeefa membulat. Hatinya berdegup kencang.

"s-siapa nama dia? Thaqif ke?" soal Afeefa. Baru sahaja demamnya kebah dia dah rasa mahu demam semualah. Cepat betul Thaqif merisiknya, katanya mahu bulan depan.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now