Awal pagi lagi Wardah sudah membuka kedai makannya yang diusahakan bersama rakannya, Fatimah. Dia bersyukur walaupun kedai makannya itu kecil namun tetap ada pengunjung. Ini sahaja pendapatannya.
Membuka kedai makan kecil di kampung bukan senang. Ada sahaja mulut yang mengata. Lagi-lagi mulut perempuan yang mengata dia memakai susuk atau memasukkan sesuatu dalam makanan. Dulu dia pernah diserang kerana mereka mencemburuinya. Suami mereka kerap melepak di kedai makannya.
Dia juga pernah dicemuh orang kampung kerana dia janda.
'Muka cantik tapi kena cerai! Apalah! Mesti perangai teruk. Sebab tu laki dia cari lain'
Wardah pernah berputus asa untuk meninggalkan kampung ibunya namun dorongan dari rakannya membuatkan Wardah cekal dan tabah sehingga hari ini. Dia perlu kuat untuk Hadif Qalish. Dia mahu mencari anaknya yang berada di bandar. Kata-kata orang kampung ini sudah lali di telinganya.
"Assalamualaikum, ni Puan Mawardah ke?"
Wardah yang baru sahaja mahu mengelap meja itu terhenti. Dia mengangkat mukanya melihat seorang lelaki muda yang berdiri di hadapannya.
"Waalaikummussalam, ya saya" jawab Wardah lembut. Dia menegakkan badannya.
"Ini ada pesanan untuk puan" tutur lelaki itu sambil menyerahkan satu kotak bersederhana besar. Wardah mengerutkan dahinya. Rasanya di tidak beli barang shopee pun minggu ini. Nak kata orang beri pun, sepanjang 22 tahun disini tiada siapa pun menghantar barang pada dirinya.
"Er, tapi saya tak beli barang online pun rasanya"
"tapi ini alamat dan nama puan kan?" soal lelaki itu. Dengan ragu-ragu Wardah menyambut juga pemberian lelaki itu. Dia memeriksa nama dan alamatnya yang ditulis menggunakan tangan itu.
Pelik. Kotak itu dibalut rapi berserta kad ucapan dan tidak dinyatakan kurier penghantaran dari syarikat penghantaran seperti poslaju, J&T, Gdex semua tu. Siapa pulak yang hadiahkan dia ni?
"Ya. Ni semua betul tapi kenapa-" Wardah mengangkat kepalanya. Kemudian dia memandang kiri dan kanannya. Mana budak lelaki itu pergi? Cepatnya hilang.
"Siapa tadi tu Wardah?" soal Fatimah yang baru sahaja keluar dari dapur. Tadi dengar suara Wardah berbual dengan lelaki.
"Entah, ada budak lelaki muda ni hantar tadi. Baru nak tanya dia dah hilang"
Fatimah tersengih.
"Peminat kau kot. Kau kan banyak peminat dekat kampung ni."
"Aku tak tahu siapa yang hantar barang tu pada aku. Semalam aku pergi bank tau. Akaun bank aku pun tiba-tiba banyak pulak duitnya. Aku pelik" ucap Wardah. Hairan dia.
Fatimah mencapai kad ucapan kecil di kotak itu.
"Ni ada kad ni. Cuba kau baca" ujar Fatimah lalu dia menyerahkan kad kecil itu kepada Wardah.
"Happy mother's day mom"
Terlepas kad itu ke atas meja sejurus sahaja ucapan pada kad itu dibaca. Mata Wardah bergenang. Dengan segera, kotak itu dibuka dengan cermat. Ada beberapa helai pakaian dan tiga buah kotak kasut.
"Kenapa ni Wardah?" soal Fatimah risau.
Beberapa helai jubah muslimah yang dilipat kemas itu ditarik keluar. Dipeluknya pakaian itu di dada sambil matanya menitis air mata.
"Ya Allah...Anak aku. Ini hadiah dari anak aku Timah" Ucapnya lemah sambil tersenyum. Air matanya turun tanpa segan silu.
Dari jauh, sepasang mata hazel itu hanya memandang mereka dari dalam kereta. Tubir matanya turut bergenang. Kali ini dia pasti, ibunya bukan seperti mama tirinya. Betul kata Thaqif, Wardah amat merinduinya.
"Sure taknak turun?" soal Thaqif di sebelah. Selepas sahaja dia hantar bungkusan itu pada Wardah, dia terus berlari masuk ke dalam kereta. Suruh Hadif sendiri hantar? Memang sampai mereput dia menunggu.
Hadif diam. Kepalanya masih berpaling ke tingkap melihat wajah ibunya.
"Aku nak bawa ibu aku pada papa aku. Tapi bukan sekarang" ujarnya perlahan.
"Kalau kau cakap macam tu tak apalah." ucap Thaqif sebal. Hadif ni ego betul. Jumpa jelah apa susah?Terus kereta dipandu laju.
'Suatu hari nanti Hadif akan jumpa ibu. Hadif janji akan bawa ibu jumpa papa. Kita akan bersatu semula'
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...