"TUNGGU dulu..." tahan Qayyum.
"Kenapa?" soal Hadif bingung.
Qayyum serba salah untuk mengungkapkan kata-kata itu.
"Ibu ada dekat dalam... Kamu tahu kan? Ibu–" ucapnya.
Hadif mengangguk perlahan. Faham, ibunya masih belum menerima semua ini. Ibu sayangkan Afeefa seperti anaknya sendiri. Ibu terlalu marahkan dirinya kerana tidak menyangka dia memperlakukan Afeefa seburuk itu selama ini. Ibu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Malah memandangnya pun tidak sudi.
"Abang Hadif!"
Mereka berdua serentak menoleh ke tepi. Memandang wajah Afeena yang menuju ke arahnya.
Afeena teruk memeluk tubuh Hadif.
"Feen rindu abang! Abang–"
"Lepaslah!" Hadif merungkaikan perlukan Afeena dan menolak kasar tubuh wanita itu ke belakang. Muka Hadif sudah merah menahan marah.
"Abang–" Mata Afeena berair. Teganya Hadif menolaknya.
"Kau memang tak malukan? Kau dah fitnah kakak kau macam-macam, burukkan Lea pada aku, bunuh anak aku, kau boleh datang dekat aku macam tak bersalah?!" tengking Hadif. Mahu sahaja Hadif memukul wanita tak tahu malu ini, tapi dia sudah berjanji mahu berubah dan menahan barannya.
Afeena kelu.
"Uncle rasa kamu patut pergi dari sini. Jangan tunjuk muka kamu depan kami semua lagi. Dah sebulan lebih Afeefa dekat sini, kamu tak melawat dia langsung. Kamu datang sini semata-mata nak jumpa Hadif dengan muka tak malu kamu! Kamu patut bersyukur kami tak ambik tindakan pada kamu" ucap Qayyum.
Sebulan Afeena hilangkan diri selepas kesnya memukul anak muridnya di tadika. Dia terus diberhentikan kerja serta merta. Dia terlalu stress memikirkan Hadif sehingga memukul anak muridnya yang bising di dalam kelas. Seminggu jugalah dia duduk di lokap. Mujur tidak ke penjara.
Selepas itu, Afeena terus keluar rumah. Iris dan Fakhrul pun malas hendak ambil tahu lagi.
Afeena mengetap giginya. Berani orang tua ini menghinanya. Tunggulah, dia akan buat orang tua ni terkejut beruk!
Afeena senyum sinis. "Sorrylah uncle, saya tak boleh jauh dari Hadif lagi. Hadif kena bertanggungjawab dengan apa yang dia buat dekat saya!"
Hadif menggeleng sinis. "Kau nak aku bertanggungjawab apa?"
"Feen mengandungkan anak abang. Dah 6 bulan."
Mereka terkedu. Hadif mengerling tubuh Afeena. Baru perasan yang Afeena memakai jubah dan sedikit berisi. Perutnya juga sudah nampak besar walaupun bajunya longgar.
"Kau merepek apa? Jangan nak menuduh aku lah!" lengan Afeena dicengkam oleh Hadif.
"Hadif, sabar." ucap Qayyum.
"Abang tak ingat ke, kita pernah tidur bersama? Seminggu sebulan abang hilangkan diri?! Lepas dapat apa yang abang nak, abang hilangkan diri! Feen serahkan maruah diri Feen sebab Feen sayangkan abang! Tergamak abang buat Feen macam ni!" ucap Afeena kesal. Dia menunjal-nunjal dada Hadif.
"Kau tak ada bukti."
Afeena segera membawa keluar telefon pintarnya. Gambar mesranya bersama Hadif ditunjukkan kepada mereka. Tak percaya sangat kan?! Ambik tengok sendiri!
"Ni gambar kita berdua! Feen takkan jadi macam ni sebab abang!"
Terbuntang mata Qayyum melihat gambar Afeena mencium pipi Hadif dan beberapa gambar mesra mereka. Berpelukan sana sini. Dulu Hadif cakap dia hanya gunakan Afeena sebagai alat untuk cemburukan Afeefa sahaja, tapi bila tengok gambar itu, buat dia macam separuh percaya.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...