TUBUH Afeefa yang terbaring layu itu dihampiri perlahan. Menggigil tangan Hadif membuka ikatan tali pada pergelangan tangan Afeefa. Perasaannya bercampur baur. Adakah dia sedang marah? Adakah dia takut kehilangan wanita ini? Adakah ini salahnya kerana membenarkan Benjamin menyentuh dan memukul Afeefa? Atau dia cuma simpati? Dia keliru.
"Azalea..." Hadif memanggil perlahan. Pipi yang bengkak itu ditepuk perlahan. Teruk Afeefa dipukul oleh Benjamin tadi. Kejam sangat ke perbuatannya? Dia hanya tidak mahu Benjamin memandang rendah terhadapnya kerana egonya pantang dicabar.
"Lea. Bangun.." ucap Hadif sekali lagi. Mata Hadif sudah bergenang melihat keadaan Afeefa begitu. Ini semua salahnya! Bodoh Hadif! Ini salah kau! Setitik demi setitik air matanya jatuh.
"Lea. Kau bangun sekarang."
"Azalea.." Lengan kurus Afeefa digoncang perlahan.
Afeefa masih tidak respon. Mata wanita itu tidak terbuka langsung. Muka Afeefa menjadi hodoh dengan bengkak yang mula berwarna ungu kehitaman. Bengkak mata sebelah, bibir terluka. Sekali pandang, tidak cam langsung itu Afeefa.
"Azalea..." kali ini lengan Afeefa digoncang lebih kuat dari tadi.
Melihat tiada respon daripada Afeefa membuatkan Hadif cemas. Pantas dia mengambil pergelangan tangan Afeefa dan menekan nadi.
Syukur, masih berdenyut. Afeefa hanya pengsan. Mukanya diraup. Kalau Afeefa jadi apa-apa tadi dia tidak boleh maafkan dirinya.
🌸 🌸 🌸 🌸
Hadif mengetap bibirnya. Sakit hati melihat Afeefa dipukul teruk sehingga pengsan. Rambut Afeefa juga dipotong begitu rupa. Rambut Afeefa yang sudah pendek itu dipegang.
Tak guna punya Benjamin. Dia paling suka rambut Afeefa! Kenapa lelaki itu potong pendek dan buruk begini! Dia yang tidak benarkan Afeefa memotong rambut ini kerana dia suka melihat Afeefa berambut panjang.
Hadif menghela nafas. Dia menunduk memegang tangan Afeefa. Tangan kecil itu diusap perlahan
"Ma-maaf." tutur Hadif perlahan. Dia menunduk memandang tangan wanita itu.
"Maafkan aku" Sesungguhnya dia sangat menyesal membenarkan Benjamin menyentuh Afeefa.
Lama dia menatap tubuh Afeefa. Dari hujung rambut sehingga kaki. Teruk Afeefa dipukul. Selama ini dia tidak pernah kisah tentang Afeefa. Yang dia tahu menyakiti dan terus menyakiti. Kejam sangat ke dia selama ini? Dia hanya balas dendam terhadap perbuatan Afeefa terhadapnya sahaja.
Anggota badan Afeefa dilap dengan kain basah dengan berhati-hati. Risau perbuatannya akan menyakiti tubuh Afeefa. Luka dan lebam pada badan Afeefa juga sudah dirawatnya tadi. Afeefa juga sudah dipindahkan ke bilik sebelahnya untuk memudahkan dia memantau Afeefa.
Siang sudah menyapa namun tiada tanda-tanda Afeefa mahu bangun. Hadif duduk bersandar sambil memeluk tubuhnya. Dia tidak tidur semalaman. Hanya menunggu Afeefa bangun dari semalam. Dia terlalu takut dan tidak boleh bertenang.
Hadif mengurut belakang lehernya yang terasa lenguh. Jam di dinding diperhati. Sudah menginjak 8 pagi. Dia perlu mandi dan menukar pakaian. Lagipun harini dia ada meeting. Terpaksa dia meninggalkan Afeefa dengan hati yang berat.
🌸 🌸 🌸 🌸 🌸
Pulang sahaja daripada meeting tadi dia terus balik ke rumah kerana risaukan wanita itu. Sudah sedarkah?
Sampai sahaja di garaj, telefon yang tidak berhenti berbunyi itu diambil. Ada berpuluh-puluh misscalled dari Afeena dan ibunya. Panggilan dan mesej dari Afeena diabaikan. Tiada kepentingan. Yang lebih penting, ibunya. Kenapa ibunya call?
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomansaHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...