BAB 30 - BUDAK

4.8K 314 77
                                    

GAMEBOY - BAHARI

Ay, it's okay
I'll be your Gameboy, long as you enjoy me, it's okay
I'll be a Gameboy, I am your Gameboy
Ay, it's okay
Dab pif 'cause you wanna play 'til the mornin'
Ay, all day
I am your Gameboy, I am your Gameboy
I am your Gameboy, I am your Gameboy

I'll be so good to you
You'll never leave me, I know
I'll be so good to you
You'll never wanna let go
Lay there while you stare
I'll do whatever you want

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

Afeefa termenung. Sejak dua menjak ini dia asyik termenung memikirkan halatuju rumahtangganya yang sedang bergolak. Hadif seratus peratus sudah berubah. Jika dulu dia seorang yang naif dan baik hati sekarang Hadif menjadi manusia yang kejam dan tidak berhati perut.

Dia menyalahkan diri kerana disebabkan rancangan dia dan Thaqif, Hadif menjadi mangsa. Hadif berubah begini kerananya.

Kesan lebam dibadannya disorok dengan baju berlengan panjang. Menutup kesan cela yang buruk. Hendak disapu ubat? Sudah dia lakukan tetapi hanya sia-sia kerana keesokan harinya pasti dia akan dipukul oleh Hadif kembali. Jadi, sebarang luka atau lebam ditubuhnya hanya dibiarkan tanpa dirawat. Kerana semua itu hanya sia-sia.

Satu keluhan dilepaskan. Satu pil kecil dimasukkan di dalam mulut dan ditelan bersama air. Dia mengambil pil perancang kerana dia yakin Hadif tidak mahu anak bersamanya. Lagipun, rumahtangganya masih berantakan.

Dia tidak mahu bayinya yang tidak bersalah akan dihina oleh Hadif dan takut Hadif menyuruhnya gugurkan kandungannya. Baik dia cegah awal-awal. Biarlah ketika ini, dia tidak mengandung walaupun dia teringin mahukan zuriat. Hadif pasti tidak mahu zuriat daripadanya.

Telefon pintar dibuka. Dia menghantar mesej ke mama dan papa. Dia hanya mampu menghantar mesej sahaja. Call tidak diangkat. Pasti mama dan papanya masih bencikan dia.

"Mama papa sihat? Efa rindu dekat semua orang"

"Efa minta maaf sebab selalu menyusahkan mama papa"

"Efa bukan anak yang baik"

Beratus-ratus mesej yang dihantar namun mereka tidak pernah membalas. Mujur nombornya tidak disekat. Dapatlah dia melepaskan rindu.

"Kau mesej siapa?"

Afeefa tersentak. Dengan tergesa-gesa dia menutup skrin telefonnya dan memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Segera Afeefa berpusing kebelakang untuk melihat Hadif yang berdiri satu meter di hadapan.

Wajahnya ditundukkan apabila berhadapan dengan Hadif.

"Aku tak suka ulang banyak kali Lea" ujar Hadif tegas. Afeefa menggelengkan kepala. Takut Hadif memikirkan perkara buruk tentangnya.

"Saya mesej mama papa saya"

"Tipu"

"Tak. Sumpah tak." Afeefa menggelengkan laju.

"Give me your phone" ujar Hadif serius sambil menghulurkan tangannya.

Melihat Afeefa yang seakan tidak mahu memberi telefon itu, Hadif melangkah mendekati Afeefa dengan muka tanpa perasaan.

Semakin Hadif ke depan, semakin dia kebelakang sehingga badannya berhenti di hadapan singki.

"Kau nak kena hukum lagi ke?" soal Hadif. Kedua-dua belah tangannya mengepung tubuh Afeefa di singki itu. Dia merapatkan tubuhnya dengan wanita itu. Oh, ini yang dia mahukan. Wajah ketakutan Afeefa. Terasa diri dia sangat berkuasa.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now