BAB 24 - TRAUMA

5.1K 239 40
                                    

Selepas majlis akad nikah semalam, mereka berpecah. Kata ibu dan mama lepas majlis resepsi esok baru Hadif bawa Afeefa tinggal di rumah Hadif.

Hari ini pula majlis resepsi. Rasa nak tercabut otot mulut Afeefa kerana senyum. Dia menoleh kearah Hadif yang duduk di tepinya. Ketika ini mereka berada di atas pelamin, jadi memang wajib senyum.

Tetapi dia sahaja beria senyum, Hadif macam biasa. Muka kosong tak senyum tapi ramai peminat.

Banyak wanita yang menggedik mahu berswafoto dengan Hadif. Hadif pula hanya menurut, nasib Hadif tak senyum juga semasa berswafoto dengan wanita-wanita tadi, kalau tidak pasti dia sudah cemburu.

Nanti bila anak mereka tengok gambar album mereka berkahwin, mesti akan bertanya "kenapa baba tak senyum pun?", apa Afeefa nak jawab. Afeefa tersengih sendiri.

Setelah semuanya tamat, masing-masing sudah keletihan. Semua pakat-pakat beransur pulang. Batang hidung Afeena langsung tak nampak. Mana pulak adik dia ni?

Mata Afeefa melilau mencari kelibat adiknya namun wajah Thaqif yang muncul. Afeefa ketakutan. Takut Thaqif akan buat perkara yang gila disini. Dia pasti Thaqif pasti akan marah bila dapat tahu yang dia sudah berkahwin dengan Hadif.

Secara automatik, dia menggengam tangan Hadif di tepi untuk meminta secebis keberanian. Namun Hadif menepis tangannya sambil mendengus rimas. Afeefa tergamam. Matanya bergenang. Sampai hati Hadif?

"Hai Hadif, congratulations" ucap Thaqif tenang. Dia tersenyum tersirat. Afeefa tahu Thaqif tak akan berdiam diri. Dia kenal Thaqif.

"Thanks" jawab Hadif pendek.

"By the way Efa, dah jadi isteri orang ni perangai behave sikit. Aku ingat lagi, kau kan suka lepak rumah jantan kalau ada waktu free. Lepas ni kau kena minta izin husband kau lah. Husband kau ni garang tau" seloroh Thaqif. Puas dia melihat muka Afeefa yang cemas. Sengaja dia berkata begitu, mahu melihat reaksi Hadif dan Afeefa.

Dan macam yang dia jangka, Hadif mengetap rahangnya menahan rasa. Pasti Hadif termakan dengan penipuannya tadi. Dia sakit hati dengan Hadif.

Boleh pula Hadif beritahu yang dia mahu menikah dengan Afeefa sejam sebelum majlis. Mana dia tidak mengamuk. Gagal rancangan yang dirancangnya selama ni! Dia ingat Hadif takkan kahwin dengan Afeefa. Rupanya ini yang dirancang Hadif. Patutlah selalu sibuk. Sibuk uruskan perkahwinan dia dengan Afeefa.

2 hari sebelum majlis pernikahan Afeefa dan Hadif.

Hadif melihat jam tangan di pergelangan tangannya. Sudah pukul 3 pagi. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Pintu kereta dibuka lalu dia berlalu keluar. Tidak lupa juga, semua tingkap dibuka lalu enjin dimatikan. Biar Thaqif panas dan sedarkan diri. Hadif tidak mahu keretanya berbau busuk.

Hadif melabuhkan punggung di bonet kereta hadapan. Dia baru sahaja mengambil Thaqif yang mabuk dari kelab malam. Dia tidak minum minuman memabukkan itu. Dia tahu jika minum minuman itu akan membuatkan diri ketagihan dan jangka yang panjang boleh membuatkan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan sebagainya. Seram Hadif dengar. Dia mahu hidup panjang lagi.

Sunyi dan dingin pada malam ini. Hadif kagum melihat keindahan alam yang dihiasi bintang-bintang kecil di langit manakala di bawah langit pula penuh dihiasi lampu-lampu buatan manusia yang terdapat di kota raya. Indah bukan? Ciptaan tuhan itu tetap diatas dan tinggi darjatnya walaupun manusia sering mencuba untuk meniru dan bersaing dengan tuhan. Benda itu tidak pernah akan sama dan sempurna.

Jika manusia mencipta penghawa dingin untuk menyejukkan udara panas di rumah, Allah hadirkan angin yang jauh lebih dingin dan damai daripada penghawa dingin.

Jika manusia mencipta cahaya lampu indah dan berwarna warni, Allah mencipta bintang yang berkelipan dan bulan yang menerangi langit yang gelap gelita.

Jika manusia mencipta campuran cat berwarna yang cantik dan berwarna warni, Allah mencipta sang pelangi yang akan muncul setelah hujan berhenti. Pelangi cantik, tetapi tidak boleh disentuh. Betapa mahalnya ciptaan tuhan.

Hadif menghembus nafas berat. Hatinya tidak tenang menafikan kewujudan tuhan tetapi dia sedar tuhan itu memang benar wujud. Dendam dan ego membutakan hati dan matanya.

"Kau buat apa singgah sini? Aku ingat aku dah sampai rumah" ujar Thaqif. Dia keluar dari kereta dengan keadaan terhuyung-
hayang. Bibirnya tersengih suka terbayang wajah Afeefa.

Thaqif duduk di sebelah Hadif. Dia melihat Hadif yang berpeluk tubuh melihat langit.

"walaupun aku bencikan dia, tak bermakna yang aku akan lepaskan dia untuk lelaki lain. Dia yang mulakan permainan ni, jadi dia sendiri yang akan akhirkan" tiba-tiba Hadif menyuarakan kata-kata itu. Perempuan yang dimaksudkan itu tentu Afeefa, siapa lagi?

"Kau nak buat apa?"

Hadif mendiamkan diri. Dia sibuk melihat permandangan kota raya dari atas bukit ini. Tempat yang sama. Tempat dia bertemu dengan Afeefa yang menangis kesedihan.

-----

"tak sangka ini rancangan yang kau rancang rupanya" bisik Thaqif pada Hadif. Dia melemparkan senyuman seperti memberi sokongan yang penuh pura-puraan pada Hadif manakala Hadif hanya berdiam diri. Malas membuka mulut.

Malam.

Afeefa agak kekok untuk membuka hijabnya. Walaupun baru empat tahun dia berhijab namun hatinya masih segan. Nak tak nak, tetap dibuka juga.

Logik tak kalau dia cakap, dia dan Hadif memang tak bercakap langsung? Hanya dia yang bercakap, Hadif hanya angguk, geleng atau diam saja.

Dikerlingnya Hadif yang sudah tidur membelakanginya. Letih betul nampaknya. Lega hati Afeefa, dia memasuki bilik air untuk mandi. Dia letih dan tubuhnya melekit .

Selesai sahaja dia mandi dan solat isyak, dia menapak ke arah katil dengan berhati-hati. Risau harimau di atas katil itu bangun. Perlahan-lahan Afeefa melabuhkan badannya dia atas tilam yang embuk itu, dikerling sekali lagi ke arah Hadif. Yes! Hadif masih tidur membelakanginya.

Dengan senyum yang memekar, Afeefa mengambil remote untuk menutup lampu kamar biliknya kecuali lampu tidur di sisi mejanya. Afeefa takut gelap. Setelah itu, Afeefa membelakanginya Hadif dan menutup matanya. Hari ini, hari yang bahagia buatnya.

Tiba-tiba ada satu tangan yang memeluk pinggangnya erat.

"Siapa suruh kau tidur dulu" ucap Hadif perlahan di belakang telinga Afeefa. Bibirnya tersenyum sinis.

Afeefa terkaku. Takut-takut dia berpusing ke belakang.

"Aku dah lama tunggu saat ni. Saat yang aku tunggu 4 tahun lepas" ujar Hadif sambil menatap mata bundar Afeefa dengan pandangan nafsu yang membara. Kali ini, Afeefa takkan boleh lari lagi! Dia mahu Afeefa ingat detik malam ini. Tangannya mula menyelusur masuk ke dalam baju Afeefa.

Nafas Afeefa berubah kencang disertai dahi yang mengalir peluh cemas. Muka Hadif bertukar menjadi muka Thaqif. Bayangan Thaqif merogolnya dahulu berputar kembali. Dengan segera dia menampar muka Hadif.

"Jangan sentuh aku! Lelaki tak guna!"

Pang!

Muka Hadif terteleng ketepi. Hadif berdecit, lidahnya menolak pipi dari dalam. Berani Afeefa tampar suami dia sendiri? Dengan pantas, dia menolak bahu Afeefa ke bawah membiarkan hanya dia yang berada di atas. Kedua-belah tangan kecil Afeefa digenggam kuat dan ditekan di atas kepala.

Nafas Hadif bertukar menjadi deras. Dia benci penolakan dari Afeefa. Matanya tajam menikam merenung wajah Afeefa.

"Kau milik aku, Azalea!"

"Malam ni, kau akan serahkan hak aku!"

Nafas mereka bersatu dalam keadaan terpaksa. Hadif dengan dendamnya manakala Afeefa dengan rontaan ketakutan akibat trauma masa lalunya.

Air mata Afeefa mengalir jatuh. Mahu atau tidak, dia perlu membuang rasa takutnya demi Hadif.

VOTE AND COMMENT. ❤️

1. Agak-agak apa plan Thaqif lepas ni?

2. Agak-agak Hadif lembut hati tak maafkan Efa?

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now