Cerita ini tidak digalakkan untuk bawah umur. Mengandungi bacaan matang seperti penderaan, kejam dan seksaan
______________
Muka Hadif dan telinganya kemerahan akibat malu. Afeefa menarik pinggang Hadif ke hadapan agar mendekatinya.
Lagi membahang muka Hadif. Afeefa memang gila! Dia meneguk air liurnya berkali-kali apabila dadanya bertemu dengan dada Afeefa. Perlahan-lahan matanya menyorot ke bahagian dada Afeefa.
Terasa tubuhnya terasa hangat dan terasa denyutan yang kuat di bahagian bawah tubuhnya. Tangannya terasa ringan ingin memegang tubuh Afeefa yang seksi itu, tapi ditahan. Tangannya dikepal.
Ini salah!! Dia tidak pernah menyentuh perempuan sesukati hatinya seperti Irwan.
Hadif semakin mengerutkan dahinya, apabila terasa dirinya semacam. Apa yang dia minum tadi?
Dia terasa mahu sesuatu.
"Azalea, sa-saya nak balik..."
What?!
Afeefa mendongkol geram.
"Kenapa? Awak cakap, awak cintakan saya"
Hadif menggeleng, dia tak tahu! Kenapa tubuh dia lain macam. Dia nak balik! Dia tak mahu rosakkan tubuh wanita yang dia cinta. Dia bukan seperti Irwan! Dia tak mahu jadi seperti Irwan!
"Awak mainkan saya Hadif?" Soal Afeefa sedih. Matanya berair.
"No! Bukan macam tu! Saya cintakan awak, cuma sekarang saya rasa lain! Saya tak nak buat sesuatu yang tak baik pada awak" ucap Hadif cemas. Dia tak mahu Afeefa salah faham.
Jarinya pantas menyeka air mata Afeefa.
"Sorry! Saya tak bermaksud pun—" ucap Hadif putus-putus apabila Afeefa memeluk erat tubuhnya.
"Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak Hadif" bisik Afeefa pada telinga Hadif. Jarinya mengelus bahu Hadif.
Melihat dorongan dari Afeefa membuatkan Hadif semakin berani. Dia menunduk sedikit dan melekapkan bibirnya pada leher jenjang Afeefa.
Afeefa tersenyum sinis melihat rakan-rakannya yang lain. Bukan seorang, tapi ramai.
Dengan rasa terburu-buru, Hadif membuka bajunya di hadapan Afeefa. Nafasnya termengah-mengah bersama degupan jantung yang laju. Mukanya sudah merah menahan bahang di dalam badannya.
"Azalea.. " ucap Hadif dengan nafas yang laju. Rasa denyutan di seluruh badannya semakin kuat.
Matanya menjalar ke seluruh tubuh Afeefa sehingga dia mengenggam kuat tangannya di tepi pehanya. Masih menahan rasa yang semakin menggila.
Tubuh Afeefa ditolak ke atas katil. Dia merenung tubuh seksi wanita itu.
Ingatannya menerawang ke masa lalu.
Segala yang dia lihat sejak kecil hingga dewasa ini membuatkan nafsunya membuak-buak. Dia dididik dengan perkara jijik. Sanggup Camelia dan Irwan membuat perkara terkutuk itu di hadapannya tanpa rasa malu. Dari kecil dia sudah dipamerkan dengan perkara itu.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...