Imbas kembali tiga minggu yang lalu.
"Dah tak ada benda yang kau nak sesal Hadif. Dah tak berguna. Useless" ucap Raihan. Matanya hanya merenung permandangan di hadapan. Airmatanya sudah kering di pipi. Dia bercakap seperti gaya dewasa walhal baru berusia 17 tahun. Tch, sekurang-kurangnya dia lebih matang daripada lelaki disebelahnya.
Hadif menunduk. Palang besi dihadapannya digenggam kuat. Matanya membengkak kerana tidak tidur. Dari semalam air matanya tidak berhenti mengalir. Puas dia mengelap tetapi air mata itu tetap mengalir jua. Berbakul-bakul makian dan rasa serba salah dilemparkan pada dirinya sendiri.
"Aku tak sangka kau buat kak Efa macam ni. Aku menyesal tak halang kak Efa daripada menikah dengan lelaki jahanam macam kau. Kak Efa nampak bahagia sebab akhirnya dia dapat kahwin dengan lelaki yang dia cinta. Kononnya bahagia rupanya derita." luah Raihan yang terbuku di dalam hatinya selama ini
Baru hari ini, Raihan sudi untuk bercakap dengannya. Sebelum ini lelaki itu hanya menayang riak benci kepadanya.
Hadif mengangkat mukanya. Dia memandang Raihan. Kenapa lelaki ini memanggil Afeefa 'kak Efa?'
Dia mengerutkan dahinya.
Raihan turut memalingkan mukanya menghadap Hadif sambil memandang tajam.
"Kenapa? Terkejut yang aku panggil dia kak Efa? Aku sepupu dan adik susuan dia. Tak ada benda yang pelik kecuali kalau kau rasa aku ni boyfriend dia."
Hadif kelu. Satu-satu kebenaran mula terbongkar. Tangannya dikepal sebelum dia menumbuk palang besi dihadapannya. Dia berteriak kesal bersama rasa yang berdosa setelah apa yang dia lakukan pada Afeefa.
Dulu dia pernah marahkan wanita itu kerana dia syak wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki ini. Hatinya yang memang cemburu buta dan panas baran hanya tahu menghukum wanita tidak bersalah.
Raihan membiarkan perlakuan Hadif. Dia berpeluk tubuh membiarkan perilaku Hadif yang bagai orang gila mencederakan diri sendiri kerana rasa bersalah.
Fahamlah dia, pasti lelaki itu pernah salah faham tentang status dirinya dengan Afeefa.
"Pernah tak kau dengar penjelasan dia? Pernah bagi dia peluang untuk bersuara?"
"Sekarang dia dah kritikal. Puas hati kau sekarang? Ini yang kau nak selama ni kan? Tak perlu menyesal. Tahniah anda berjaya" ucap Raihan sebelum dia berlalu pergi. Airmatanya yang turun dilap kasar. Dia tidak boleh terima seorang kakak yang selalu mengasihaninya, yang lembut dan rapat padanya dilayan kejam oleh lelaki yang kakaknya sendiri cintai. Dia tak terima dan tak boleh maafkan! Berbulan-bulan Afeefa menghalangnya daripada berjumpa dengan dirinya. Rupanya kakaknya tidak mahu dia tahu..
Kak Efa menderita selama ini.
Hadif mencengkam rambutnya ke belakang. Tubuhnya yang bersandar di dinding tapi mula melorot ke bawah. Tubuhnya terasa longlai.
"Aku minta maaf Azalea."
"Aku minta maaf"
"Aku berdosa dengan kau"
"Selamatkan dia, ya Allah"
Setelah lama dirinya tidak berpegang pada agama, namun kini dirinya mula melutut memohon pertolongan dari tuhan.
"Hadif, kalau suatu hari nanti saya dah tiada di dunia ni... Awak bencikan saya lagi tak?"
"Saya tak tahu berapa lama saya mampu bertahan untuk awak"
Mengingat kembali bisikan Afeefa sewaktu dia sedang pura-pura tidur dahulu buatkan dia terlalu takut akan kehilangan Afeefa.
Petang itu Thaqif turut datang melawati Afeefa.
"Kau buat apa datang sini? Berambus! Aku tak nak tengok muka kau!" tempik Hadif sebaik sahaja melihat muka Thaqif yang datang ke hospital. Menggelegak darahnya melihat wajah pucat Thaqif menghampirinya.
"Hadif... Aku minta maaf Hadif..." rayu Thaqif. Tubuhnya dipimpin oleh Encik Ali. Tubuhnya bukan larat lagi akibat penyakit dan kesan kemalangan tempoh hari, tetapi dia berkeras untuk berjumpa dengan Afeefa dan Hadif.
"Aku tahu aku salah. Aku menyesal Hadif. Aku nak minta maaf sangat-sangat. Kau kawan yang baik Hadif, kau baik sangat dengan aku. Sebab tu aku rasa bersalah. Aku cuba hapuskan rasa cinta aku pada Efa sebab aku tak nak khianat kau lagi. Lagipun Efa sangat cintakan kau. Aku cuba untuk nasihatkan kau supaya jangan buat dia macam tu selama ni, Hadif. Sebab dia tak bersalah langsung.
"Kalau kau nak sumbat aku dalam penjara sebab rogol Efa pun aku tak kisah Hadif, aku sanggup. Ini semua salah aku dari awal" luah Thaqif panjang sambil menangis hiba.
Hadif teringat semula bagaimana kelakuan Thaqif yang berubah mendadak. Bukan Thaqif tidak pernah nasihatinya dulu supaya tidak menyakiti Afeefa. Tapi dia yang degil.
Hadif hanya menunduk. Walaupun Thaqif bersalah kerana menipunya namun bukan semuanya salah Thaqif. Dia yang lagi bersalah kerana kejam menghukum Afeefa selama ini.
"Aku maafkan kau Thaqif. Aku maafkan semuanya." tuturnya perlahan. Hatinya terasa tenang dan lapang saat menuturkan kata itu. Dia ikhlas. Dia maafkan semuanya termasuklah kejadian empat tahun lepas. Dia maafkan.
"Aku minta kau jangan munculkan lagi diri kau depan aku. Tolonglah" ucap Hadif dengan nada merayu. Untuk lupakan segala penipuan dan pengkhianatan Thaqif selama ini agak mustahil secepat ini. Dia perlukan masa.
*******
Masa kini
Dalam kegelapan malam, satu susuk tubuh yang sedang tidur lena itu bergerak. Dadanya turun naik.
Tap.
Matanya tercelik luas memandang kipas angin yang berpusing di atas siling.
Fikirannya menerawang memikirkan mimpi tadi. Air matanya mengalir perlahan. Mimpinya itu sangat menakutkan dan menyedihkan. Dadanya masih berdegup kencang kerana ketakutan.
Ini bukannya sebuah pengakhiran hidupnya, tetapi sebuah permulaan.
*TAMAT*
10/11/2021
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...