BAB 45 - BADRUL

3.6K 236 28
                                    

"ARGHHH!!!"

Semua barang yang berada di atas mejanya ditolak jatuh ke atas lantai. Hadif mencengkam rambutnya.

"Kau lelaki lembik"

"Sakit? Sikit je. Nanti kau biasalah"

"Terima kasih atas servis tip top kau"

"Penakut"

"Pengecut"

Thaqif masuk melulu ke dalam bilik Hadif. Sudah kecoh di bahagian Human Resources apabila Hadif memaki hamun pekerja disitu kerana mengambil Badrul bekerja disitu. Kecut habis semua pekerja disitu kerana tidak menyangka yang bos mereka yang pendiam itu menjadi panas baran begitu.

Bukan Thaqif tidak tahu yang Badrul bekerja di situ tetapi dia sendiri yang merahsiakan dari Hadif kerana tidak mahu terjadi seperti ini lah. Dia tahu Hadif akan mengamuk besar.

Badrul pun tidak tahu yang dia bekerja disini juga sebagai PA Hadif. Dia tidak mahu Badrul bocorkan semua rahsianya. Dia takut dan dia belum bersedia. Semasa Badrul direman oleh polis 4 tahun lepas, dia sudah mengugut Badrul supaya tidak membocorkan rahsia mereka. Jadi, Badrul hanya mengaku dia sendiri yang berniat bukan kerana Thaqif yang menyuruh.

Pintu bilik terus dibuka tanpa diketuk.

"Ya Allah, Hadif"

Thaqif meluru masuk. Terpampang dia melihat bilik Hadif yang berselerak. Wajah Hadif dipandang dengan serba salah.

"Kalaulah aku tak bodoh buat kau macam ni dulu Hadif."

Wajah Hadif kelihatan sangat tertekan dengan rambut yang tidak terurus.

Tubuh lelaki tinggi lampai itu dihampiri.

"Hadif..." Thaqif menyapa.

Hadif diam. Dia termenung memandang mejanya yang sudah kosong tanpa sebarang kertas atau pen kerana semuanya sudah dilemparkan kebawah.

Dia membiarkan kekura tangannya menitiskan darah pekat. Sudah pecah cermin di tandas dibiliknya tadi akibat ditumbuk bertalu-talu olehnya.

"Hadif, aku minta maaf. Semua ni salah aku" ucap Thaqif. Dia masih berdiri di hadapan Hadif yang sedang duduk termenung.

Namun Hadif masih diam. Dia masih mengelamun. Kata-kata Thaqif dia abaikan. Telinga seakan tuli.

"Aku tak akan maafkan dia sampai aku mati. Sama juga dengan perempuan sial tu. Kalau bukan sebab rancangan bodoh dia, aku takkan jadi macam ni. Aku akan seksa dia cukup-cukup" ucap Hadif tiba-tiba. Dia memandang tajam ke arah Thaqif.

Lidah Thaqif kelu. Dia menelan air liurnya. Lagi sekali, rancangannya untuk memberitahu Hadif perkara sebenar dibatalkan.

"Kosongkan jadual aku hari ni. Aku tak masuk pejabat lepas ni" ujar Hadif. Seraya itu dia bangun dan berjalan menuju ke arah pintu.

"Hadif...."

Langkah Hadif terhenti. Dia memandang wajah Thaqif yang seperti gelisah. Mukanya masih tegang seperti tadi.

"Apa lagi?!"

"Please, jangan sakitkan Efa lagi. Cuba terima dia. Maafkan dia. Selagi kau tak buat semua tu. Hidup kau tak tenang" ucap Thaqif. Dia tahu, Hadif pasti akan mengerjakan Afeefa sebaik sahaja balik dari pejabat ini. Bukan sekali dua, dia disuruh Hadif untuk mencari doktor apabila Afeefa tidak sedarkan diri. Ubat-ubatan pun dia sendiri yang belikan. Nak suruh Hadif, sampai Afeefa mati pun dia takkan beli.

Hadif tergelak sinis. "Jangan harap aku akan maafkan dia. Dan kalau kau tolong perempuan tu lagi, aku akan buat dia lebih dari tu." ucapannya sebelum dia memulas pintu dan keluar dari situ. Pintu sempat dihempas kuat, sekuat hatinya yang membara.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now