Afeefa berjalan keluar dari rumah sewanya seorang diri. Rasa sejuk pada malam itu mencengkam ke tulangnya. Tubuhnya dipeluk bagi menyebarkan haba.
Jam sudah menunjukkan angka 3 pagi, tapi dia masih belum mahu tidur. Untung sahaja kawasan perumahannya terletak berhampiran bukit. Dia mendaki bukit tinggi itu seorang diri.
Entah kenapa hatinya mahu ke situ, padahal dia seorang yang takut gelap. Mungkin kerana rindukan arwah Rafael, dia berjalan kesini. Dulu mereka selalu lepak disini juga.
Sampai sahaja di atas bukit itu, terlihat seorang lelaki sedang duduk disitu. Kelihatan lelaki berhoodie itu mendongak langit. Kusyuk dia melihat bintang di langit itu.
Afeefa perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Mata dikecilkan melihat lelaki misteri itu. Dek kerana gelap, sukar untuk dia mengecam.
"Macam kenal."
Kerana kesejukan, Afeefa terbersin kuat hingga lelaki berbaju hitam itu terkejut, lantas dia berpaling ke belakang melihat Afeefa yang menekup mulut dan hidungnya.
Terkedu Afeefa apabila melihat gerangan tersebut. Patutlah dari belakang boleh kenal.
"Hadif?"
Hadis tergesa-gesa bangun untuk beredar dari situ namun sempat pergelangan tangannya ditarik oleh Afeefa.
"tunggu dulu!"
Hadif kelihatan tidak selesa dengan pegangan Afeefa, lantas dia memandang tangan Afeefa di pergelangan tangannya. Dia memandang sekilas Afeefa kemudian dia menunduk kembali.
"lepas"
Afeefa termalu sendiri lalu dia melepaskan pergelangan tangan Hadif.
"awak buat apa dekat sini?" soal Afeefa.
Hadif diam. Memang dia jarang bercakap orang yang tidak rapat dengannya lagi-lagi perempuan. Dari dulu memang dia anti dengan perempuan. Bukan benci tapi tidak percaya.
Melihat Hadif yang menunduk dan diam membuatkan Afeefa mengetap bibirnya.
Susah sangat ke nak pandang muka aku yang cantik ni?!
Afeefa gerutu sendiri.
"teman saya dekat sini boleh tak?"
Lagi sekali Afeefa cuba memancing. Tapi Hadif malah berura-ura pergi.
Baru sahaja Hadif berjalan beberapa langkah, Afeefa terbersin lagi. Tak jadi Hadif melangkah, dia berhenti seketika.
Afeefa mula menangis, sudahlah dia memang sedih kerana rindukan Rafael, sekarang Hadif pula boleh tinggalkan dia disini. Dia mahukan teman untuk mendengar luahannya. Ah, kenapa dia sensitif sangat ni? Mesti sebab nak datang bulan ni!
Kerana tidak sampai hati, Hadif berpatah semula ke belakang. Pertama kali dia duduk rapat dengan perempuan. Dilihatnya gadis itu menangis sambil menggumam kecil.
Comel!
Pakaian yang dipakai Afeefa dipandang. Hanya memakai baju tidur nipis paras bawah lutut. Patutlah gadis itu kesejukan.
Baju hoodienya dibuka, meninggalkan baju t-shirt putih di dalam lalu dia melangkah ke arah Afeefa.
Kerana mendengar derap langkah seseorang, Afeefa mengangkat mukanya. Dilihatnya Hadif menghampirinya sambil membawa baju hoodie hitam ditangannya.
Tanpa kata, Hadif memakaikan baju itu pada Afeefa. Sekadar menutup bahu sahaja.
Terpaku Afeefa saat Hadif meletakkan baju itu dibahunya. Dia berdiri betul-betul dihadapan Hadif. Mendongak kepala Afeefa memandang Hadif yang jauh lebih tinggi. Jantungnya berdegup kencang sama seperti Hadif. Dapat didengari degupan jantung lelaki itu.
"thank you"
Hadif mengangguk perlahan tanpa memandangnya. Hadif memang seorang yang pemalu dan pendiam lagi-lagi dengan perempuan.
"tapi ni awak punya, nanti awak sejuk pulak" ujar Afeefa dengan tersedu-sedu mencebik.
"takpalah, pinjamlah dulu. Baju awak nipis nanti sejuk"
Afeefa tersenyum kelat. Padanlah muka dia kena tegur depan-depan. Kemudian baju tadi disarungkan ke tubuhnya.
"temankan saya dekat sini boleh?" pinta Afeefa.
Hadif memandang mukanya seakan tidak percaya.
"t-tapi t-tak manis orang nampak" ujar Hadif tergagap. Dia segan dengan Afeefa. Lagi-lagi Afeefa gadis yang popular dan cantik di kolejnya.
Lagi kuat esakan Afeefa.
Hadif menggaru lehernya yang tidak gatal. Dia buntu, sudahlah lewat malam dan tempat ini sunyi. Risau pula kalau gadis ini terkena apa-apa.
"ok" jawab Hadif perlahan. Dia memandang muka Afeefa yang sudah basah itu.
Baru berani nak pandang Afeefa, tadi seksi sangat. Segan dia.
Terus tubuh Hadif dipeluk erat oleh Afeefa.
"err Afeefa" Hadif tidak selesa. Ini kali pertama dia dipeluk bahkan ibunya juga tidak pernah memeluknya.
Tidak jadi Hadif menolak Afeefa apabila terasa dada bidangnya basah dengan air mata Afeefa. Tahulah dia bahawa gadis ini sangat-sangat sedih. Perlahan-lahan dengan tangan yang mengigil dia mengusap lembut belakang kepala Afeefa. Tubuh Afeefa hanya separas dadanya sahaja.
Dia tahu Afeefa seorang yang liar dan sosial. Afeefa, memang satu kolej sudah tahu tentangnya kerana kecantikannya dan seorang yang sombong.
Kenapa Afeefa menangis? Gadis itu seorang yang kasar.
Berbagai soalan yang terpancul di mindanya. Tapi mulutnya berat bertanya.
Perlahan-lahan tangan Hadif meleraikan pelukan Afeefa setelah hampir sepuluh minit wanita itu memeluk tubuhnya. Hatinya dari tadi tak berhenti berdegup kencang. Pasti Afeefa mendengar. Dia malu.
"dah lewat" ujar Hadif lalu dia mengambil sapu tangan di poket seluarnya.
Diletakkan sapu tangan itu diatas tangan Afeefa.
Afeefa bagaikan tersedar. Dia dah buat perkara yang memalukan. Dah kenapa dia peluk Hadif? Jatuh sahamnya. Selalunya lelaki yang tergilakan dia.
"s-saya balik dulu. Ada hal penting" tergesa-gesa Afeefa berlari pergi.
Hadif pula tercengang. Dia yang nak balik tapi Afeefa yang pergi dulu.
Dari jauh Hadif memerhati Afeefa menuruni bukit itu sampailah Afeefa sampai ke rumah sewanya.
Di rumah Afeefa tersenyum. Dia mengambil sapu tangan yang diberi oleh Hadif tadi. Dihidu lama-lama.
"wangi macam dia" bisiknya sendiri sambil mengigit bibir.
❤️Please vote and comment. Thank you ❤️
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomansaHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...