BAB 39 - BAHAGIA

3.7K 181 3
                                    

HADIF merenung belakang badan Afeefa yang sedang menukar langsir. Dia duduk menyandar di atas sofa berhadapan dengan Afeefa. Dahinya berkerut melihat bentuk badan Afeefa yang sedikit berubah. Tubuh Afeefa sudah agak berisi. Bukan gemuk tetapi lebih kepada besar sedikit di bahagian anggota tertentu.

"Lea..."

Afeefa berpaling ke belakang.

"Ya..."jawab Afeefa.

"Sini sekejap"

Afeefa menghampiri Hadif sambil tersenyum manis. Sampai sahaja di hadapan lelaki itu, Hadif terus menarik tangan Afeefa sehingga Afeefa terduduk di atas pehanya.

"Awak!" Afeefa terjerit kecil. Takut jatuh.

Hadif diam. Dia mengelap peluh di sekitar dahi dan leher Afeefa menggunakan belakang tapak tangannya. Wajahnya hanya kosong.

Afeefa tersenyum lagi apabila melihat perlakuan Hadif. Manakala Hadif sendiri tidak mengerti mengapa dia berbuat begitu.

"Kau ada apa-apa yang nak beritahu aku?" soal Hadif tiba-tiba.

Afeefa mengangguk laju sambil tersenyum.

"Apa?"

Afeefa diam seketika sebelum dia berbicara.

"Saya mengandung! Masa beli barang dekat supermarket kelmarin, saya terus check dekat klinik sebab dah lama saya tak datang haid..." Ujar Afeefa sambil tersenyum.

Hadif diam terkedu. Dia tidak tahu mahu gembira atau marah. Gembira mahu menjadi bapa atau marah kerana wanita yang dibencinya mengandung benihnya? Tetapi dia sudah lama mahukan zuriat. Adakah dia patut memberi peluang kepada Afeefa?

Rasa gembiranya disembunyikan dengan riak muka kosong.

"Berapa bulan?"

Afeefa tersenyum suka. Teruja. "Baby kita dah dua bulan."

Afeefa mengambil langkah berani. Dia menarik tangan Hadif lalu diletakkan di atas perutnya.

Hadif diam tak membantah. Lama dia berdiam melihat tangannya di atas perut Afeefa sebelum dia menarik kembali tangannya.

"Anak siapa? Aku ke jantan lain?" Soal Hadif tidak berperasaan. Dia tidak memandang ke wajah Afeefa.

Afeefa tergamam. Dia fikirkan Hadif akan gembira.

"Kotlah masa aku tak ada dekat rumah atau masa kau keluar beli barang dapur, kau sempat menjalang" sinis Hadif bertanya.

Afeefa bangun berdiri. Muka yang gembira tadi mula bertukar menjadi sedih.

"Tak. Ini anak awak. Sumpah" ujar Afeefa perlahan. Tubir matanya mula berair. Hatinya agak sensitif.

Hadif turut bangun berdiri. Dia menarik pinggang Afeefa supaya tubuh wanita itu rapat ke tubuhnya sehingga kesemua lekuk badan wanita dapat dirasa. Sengaja dia merapatkan kedudukan mereka supaya perutnya menempel dengan perut Afeefa.

Afeefa menahan tangannya di dada bidang Hadif tetapi Hadif lagi menarik Afeefa rapat ketubuhnya.

Dia mengusap perut Afeefa? Tidak mungkin kerana egonya masih meninggi. Dia tidak mahu Afeefa nampak riak teruja dan gembiranya. Dia tidak mahu Afeefa mengambil kesempatan jika dia berbaik dengan wanita itu.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now