Cerita ini tidak digalakkan untuk bawah umur. Mengandungi bacaan matang seperti penderaan.
______________
"Wey, kau tengoklah lelaki yang tengah jalan tu.. Sombong betul! Tak pernah aku nampak dia bercakap dengan perempuan"
Afeefa terus berpaling ke arah yang ditujukkan oleh rakannya. Tersenyum sinis dia melihat lelaki yang memegang buku itu. Matanya menyorot melihat lelaki itu berjalan sehingga ke perpustakaan.
"Tapi kan.. Aku dengar cerita, dia ni anak orang kaya.. Ada rupa, not bad lah tapi macam gay.. Hahahahh" sambung Thaqif.
Kesemua rakannya gelak ketawa. Lelaki dan perempuan sama sahaja.
Lagi suka Afeefa mendengarnya. Di dalam otaknya sudah memikirkan seribu satu cara untuk mengenakan lelaki itu.
"Apa kata, kau acah-acah baik dengan dia lepastu..." Thaqif berbisik pada Afeefa. Tersenyum meleret mereka berdua.
"korang bisik apa?" dua lagi rakan mereka, Qisha dan Adli bertanya.
"aku akan buat dia jatuh cinta dekat aku supaya aku boleh kikis duit dia. Kita boleh enjoy guna duit dia kan?" ujar Afeefa sambil mengerling ke arah lelaki yang sedang membaca buku di sudut meja itu.
"lepas tu, aku bawa dia pergi party birthday Thaqif and boom.. Aku akan malukan dia dekat situ"
"kita rakam video dia dan sebarkan!" pintas Thaqif.
Mereka berempat ketawa berdekah-dekah. Mereka memang pelajar yang popular dia kolej itu tapi.
Setan.
Bunyi pintu dikuak membuatkan mereka kembali merenung Hadif yang baru sahaja keluar dari perpustakaan. Mungkin dia baru sahaja memulangkan buku.
Afeefa tersenyum sebelum matanya bersabung dengan mata lelaki itu. Dalam tidak sedar, lama dia merenung mata lelaki itu yang berwarna hazel itu. Cantik.
"Hadif..." Bisik Afeefa separuh sedar. Dia seperti terpukau dengan ketampanan lelaki itu. Bermata hazel, kening lebat, bulu mata panjang dan rahang yang tajam. Ah, tak percaya lelaki ini begitu tampan.
Dan, Hadif tersenyum padanya! Macam tak percaya lelaki yang pendiam dan sombong itu senyum padanya.
Baru nak berkata hai, Hadif sudah bangun dan menuju ke pintu keluar. Termalu Afeefa sendiri.
"takpe Hadif. Aku akan buat kau jatuh dekat tangan aku jugak satu hari nanti!"
Itu nekadnya!
"Kakak baru balik?"
Afeefa membuat muka menyampah sebaik sahaja dia ditegur oleh adiknya, Afeena.
"dah pukul 3 pagi, kakak buat apa sampai balik lewat?"
Segera pintu rumah ditutup kasar sebelum dia naik ke tangga tanpa membalas soalan Afeena.
Dia muak. Dia menyampah melihat muka naif itu. Muka acah baik.
"kenapa kakak jadi macam ni?!! Benda dah lama dah kak! Sampai bila kakak nak hukum Feena macam ni?!!"
Langkah Afeefa terus terhenti. Dia berpaling ke belakang dengan muka yang kemerahan menahan marah.
"Bagi aku, benda tu baru jadi semalam!! Setiap malam aku akan ingat apa yang kau buat! Apa yang jadi! Kau punca mama dengan papa tak percayakan aku!! Aku takkan maafkan kau sampai aku mati!" ujar Afeefa sinis sebelum dia meninggalkan adiknya dalam keadaan tergamam.
Afeefa menghumban kasar begnya ke atas katil. Dia geram! Dia marah!
"Tak guna betul, bodoh!" Sumpah Afeefa.
Baru sahaja dia mahu mencampakkan telefonnya ke cermin, telefonnya berdering.
"kau nak apa?!" jawab Afeefa separuh marah. Rambutnya diraup kebelakang. Tengah mood marah ada pulak orang telefon.
"asal marah-marah ni, period?"
"tak lawaklah Thaqif! Aku bunuh kau nanti" ucapnya sebal.
Thaqif tergelak kecil. "haha, relaxlah.. Macam mana dengan budak lelaki tadi? Dia bagi kau berapa?"
"Biasalah.. Dalam 2000 macam tu lah.. Aku pujuk sikit dah cair. Dasar budak lembab"
"lain kali aku cari anak tengku pulak hahahahhh, jangan lupa share duit tu tau.." Thaqif mengingati Afeefa.
Memang menjadi kebiasaan, mereka berempat akan berkongsi wang yang Afeefa dapat. Semuanya dirancang agar mereka mendapat wang daripada mangsa dengan rela.
"aku tahu lah, bodoh" jawab Afeefa malas.
"Pasal budak baru tu, Hadif kan namanya? Aku dah siasat siapa dia, memang kalau kau dapat dia.. memang kau hebat wey"
Dahi Afeefa berkerut. Dengan menggunakan paras rupanya memang lelaki akan cair tapi kenapa Thaqif berkata begitu?
"asal pulak? Aku goda lelaki kaya dekat luar tu sekejap je-"
"hey bitch, dengarlah dulu.. Hadif tu bukan calang-calang lelaki tau. Dia tu anak orang kaya. Lebih kaya dari lelaki-lelaki yang kau pernah goda dulu. Masalahnya, dia memang susah nak jatuh cinta. Banyak perempuan yang nak pikat dia tapi satu pun dia tak layan. Aku rasa dia tak percaya pada perempuan.."
Afeefa tersenyum herot, lagi lelaki itu jauh, lagi dia mahukan lelaki itu.
"guess what? Dia senyum dekat aku"
"what?!!" suara Thaqif naik seoktaf kerana terkejut.
"yeeeeee...."
"kau memang ada peluang Efa! Aku rasa kau memang boleh buat dia jatuh cinta dekat kau!" ujar Thaqif yakin.
"Hadif. Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku, demi duit"
"kalau kau tak suka perempuan goda kau, aku akan jadi perempuan paling baik dan munafik untuk dapatkan kau"
Itu tekadnya.
❤️Please vote and comment. Thank you ❤️
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...