Cerita ini tidak digalakkan untuk bawah umur. Mengandungi bacaan matang seperti penderaan, kejam dan seksaan
________________
"kau pergi mana Efa? Aku call tak jawab, kau tahu tak kami semua risau!" ujar Qisya separuh risau bercampur geram. Seminggu yang lepas, Afeefa hilang tanpa khabar berita. Sudah telefon tapi sengaja dimatikan. Rumah sewanya juga tiada penghuni. Kata jiran Afeefa. Afeefa sudah berpindah.
"aku serabut. Nanti tak pasal-pasal lelaki tu cari aku" ujar Afeefa sambil matanya memandang keliling.
"siapa? Hadif?"
"Ye lah..siapa lagi, aku dah lah kenakan dia kaw-kaw. Mesti dia nak cari aku kan?"
Dalih Afeefa. Padahal dia menjauhi semua orang kerana dia rasa serba salah ke atas Hadif. Dia cuba lupakan rasa itu.
Qisya mengerutkan dahinya.
"Hadif-"
"Dia dah lama tak datang kolej. Dengar khabar dia dah berhenti sebab kena buang. Ramai tuduh dia gay, yelah dah video dia dah tersebar satu kolej ni. So, pihak atasan buang dia" sampuk Adli.
Afeefa mengetap bibirnya. Salahnya kah? Hadif tak pernah salah. Tapi dia yang buatnya begini.
"Aku rasa-" Baru sahaja Afeefa ingin membuka kata, kereta polis yang berhenti tidak jauh dari mereka menyentaknya.
"kenapa polis datang?"
Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.
USAI sahaja Hadif memandikan bapanya, dia masuk ke dalam biliknya. Dulu dia sering tidur di dalam bilik bapanya, namun sekarang dia memencilkan diri di dalam bilik lamanya. Dia tidak mahu bapanya melihatnya begini.
Gambar-gambar Afeefa yang berada di dindingnya dipandang tajam. Tangannya memegang pisau lipat itu menoreh salah satu foto Afeefa bersama kawan-kawannya.
"tak guna kau Afeefa. Kau patut terima balasan dari aku"
Giginya diketap kuat sehingga rahangnya bergerak. Ketara yang Hadif begitu membenci Afeefa.
Hadif berdiri kemudian membuka bajunya. Dia melangkah perlahan ke arah cermin besar itu. Ditenung lama, parut dan luka di tubuhnya. Afeefa menambahkan parut baru di tubuhnya.
Perlahan-perlahan pantulan di cermin itu berubah menjadi muka Afeefa yang tergelak sinis.
Tiba-tiba dia teringat kejadian semalam. Kejadian dimana Thaqif datang ke rumahnya.
Kerana tindakan drastik, Hadif menumbuk cermin itu sehingga pecah. Dia tidak akan percaya kata-kata Afeefa. Dia sudah tahu kebenarannya!
Tompokan darah di cermin itu dia tidak hiraukan.
"tunggu aku, Azalea" ujarnya sinis sebelum dia ketawa terbahak-bahak.
Darah menitis-nitis di lantai.
Dia menjilat darah di tangannya sambil memandang cermin. Memandang wajah Afeefa yang terbias di situ.
SAMPAI sahaja Afeefa di rumah sewa barunya, telefonnya berdering.
Dengan malas, Afeefa melangkah keluar dari keretanya dan menjawab panggilan tersebut.
"erm, kau nak apa? Aku baru balik dah call" ujarnya sambil menutup pintu kereta, sebelah tangannya mencari kunci pintu rumah di dalam beg tangannya.
"Efa! Aku ada berita buruk!" jerit Qisya.
"kau kenapa?"
"geng botak semua kena tangkap termasuk yang rakam video Hadif tu!"
"Video dia semua dah hilang, yang dekat media sosial pun dah kena remove"
Membulat mata Afeefa. Tangannya mengigil. Bagaimana semua ni boleh berlaku? Gugusan kunci terus digenggam.
Macam mana kalau dia pun dituduh bersubahat? Tapi bukan dia yang menyuruh si botak tu pukul dan liwat Hadif!
"K-kita macam mana?" soal Afeefa. Rambutnya diramas kasar.
"kita tak jadi masalah Efa. Polis cuma berkas mereka sahaja atas tuduhan meliwat. Aku tak tahu macam mana video original boleh ada dekat polis. Yang pasti, polis dah ada bukti yang mereka meliwat Hadif." ujar Qisya perlahan. Dalam masa yang sama, dia terasa sedih kerana kawan-kawannya yang terlibat turun diberkas. Cuma mereka berempat sahaja selamat.
"Aku tak sangka Hadif akan bertindak macam ni. Aku ingat dia tu budak bendul bodoh" ujar Afeefa keras. Dia mengeluh perlahan.
Usai sahaja panggilan dimatikan, Afeefa memulas pintu. Kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dia mengurut dahinya.
Serabut dengan masalah.
Tiba-tiba Afeefa bangun drastik. Matanya membulat sambil memandang gugusan kunci di tapak tangan.
Dia masuk tadi, rasanya dia tidak memasukkan kunci pada tombol pintu. Dia terus pulas.
"Siapa yang bukak pintu? Bukan aku dah kunci pintu ke sebelum pergi kolej tadi?" soal Afeefa separuh berbisik.
"aku... " satu suara sinis berbisik dari belakang.
Afeefa tersentak mendengar suara itu dibelakang telinganya. Dengan pantas dia mahu menumbuk lelaki yang berada di belakangnya. Tapi malang, lehernya sudah dicucuk sesuatu. Pandangannya berpinar.
"too late, Efa" ujarnya sinis sebelum dia mencempung tubuh Afeefa ke dalam bilik.
BUKA sahaja matanya, Afeefa tersentak apabila melihat wajah lelaki itu memandangnya tidak berkelip.
Baru sahaja dia hendak bangun, tangan dan kakinya terasa diikat di penjuru katil.
"kau buat apa ni?!! Lepaskan aku!!"
Lelaki itu hanya tergelak kecil.
"dah lama aku tunggu saat ni Efa"
"kenapa kau buat aku macam ni? Lepaskan aku. Kau bukan macam ni!! Kenapa kau berubah macam ni? Lepaskan aku... " ujar Afeefa separuh merayu. Matanya mula bergenang apabila melihat lelaki itu memandang liar tubuhnya.
"jangan buat benda bodoh-"
Pang!
Belum sempat Afeefa berkata, pipinya terasa pijar.
"shut the fuck up! Aku dah lama sabar dengan kau!!!"
Afeefa menggelengkan kepalanya berulang kali, tak sanggup melihat apa yang akan dilakukan pada tubuhnya nanti.
"just enjoy sayang, sakit sikit je" bisik lelaki itu.
"No!!! Lepaskan aku! Kau tak guna!!!" jerit Afeefa sambil meronta-ronta. Tak kisah tangannya terasa melecet kerana ikatan tali itu, asalkan dia dapat melepaskan diri. Maruah dia berharga!
Tapi malangnya, tubuhnya sudah ditindih. Bajunya direntap kasar.
Dengan sekelip mata, semuanya hilang.
Permata yang dijaganya selama ini sudah musnah.
Rayuannya, tidak dihiraukan. Lelaki itu tidak kisah mendengar rayuan kesakitan Afeefa. Dia bagai melepaskan amarahnya pada tubuh Afeefa.
Ini ke balasan dosanya.
Vote and comment
Thank you 😀❤️Siapa agaknya "lelaki" tu ye?
Nak vote anyak-anyak oleh ta ? Penat kita perah otak kitew tau uuuuu. ><
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...