"HAI cik bunga. Apa khabar cinta hati saya ni?"
Lelaki itu dengan selamba membuka pintu pejabatnya dan duduk di hadapan Afeefa dengan bibir yang tidak henti-henti tersenyum.
Afeefa mendengus. Matanya dijulingkan keatas. Dah datang dah lelaki tak tahu malu ni. Terus terbantut aktiviti menaipnya.
"Raihan nak apa? Setiap minggu datang sini, ganggu akak" Sudah dia bilang, dia tidak suka. Berkali-kali dia sudah reject lelaki dihadapannya ini.
"Takdalah. Saja je datang melawat. Salah ke?" Raihan mencebik. Setiap hari cakap benda yang sama. Bosanlah.
"Hari ni hari Selasa. Raihan tak pergi sekolah ke? Ponteng?" soal Afeefa.
Raihan tersengih. "Orang dah habis kelas lah. Dah pukul 5 petang dah ni. Akak ni merenglah"
"Akak bagitahu maklong nanti. Awak tu dah form 6. Exam nak dekat. Boleh pulak main-main. Duduk jelah rumah, ini asyik melepak dekat butik akak je" Afeefa berleter.
"Jom keluar nak? Raihan nak beli hadiah untuk kawan Raihan lah"
"No. Akak banyak kerja" ucap Afeefa. Lantas dia kembali menaip tanpa menghiraukan muka comel sepupunya itu. Raihan merupakan sepupu dan adik susuannya juga. Dulu ibu saudaranya sakit, dek kerana itu Raihan pernah dijaga oleh keluarganya.
"Alaa.. Akak. Please. Orang sikit lagi nak exam nanti tak dapat jumpa akak kesayangan Raihan ni" pujuk Raihan.
Afeefa berhenti menaip. Ya, dia lemah mendengar suara rayuan Raihan. Dia sayangkan Raihan seperti adiknya sendiri. Semenjak dia berubah, hatinya menjadi sangat lembut dan mudah kasihan. Bila diingatkan kembali zaman jahilnya membuatkan dia malu dengan diri sendiri.
"Ishh. Yelah-yelah. Tunggu sekejap akak kemas"
Raihan tersenyum gembira.
-------
HADIF memasuki salah satu kedai yang menjual kasut perempuan. Dia membelek susunan kasut yang tersusun rapi itu.
"Yes sir. May i help you?" soal pekerja perempuan itu.
"I want this shoes" ucap Hadif sambil menunjuk ke arah kasut yang berjenis wedges itu tanpa menghiraukan pandangan wanita itu. Tahu gadis itu asyik melihat mukanya sahaja tanpa berkelip.
"And also this" jarinya ditunjuk secara rambang ke arah 2 pasang kasut yang lain. Dia pun tidak tahu ibunya menyukai kasut berjenis apa jadi dia pilih yang 3 pasang jenis kasut yang berbeza.
"Beli untuk ibu ke teman wanita encik?" soal gadis itu sambil tersengih.
Hadif mendengus.
"No need to know" ucap Hadif pendek. Mukanya beriak tenang tapi bicaranya sinis.
Mati senyuman gadis itu. Terus mukanya beriak biasa menahan malu.
"Size apa encik mahukan?"
Hadif membuka document pdf yang dihantar oleh penyiasatnya di whatsapp beberapa hari lepas. Segala butiran peribadi Wardah ada disitu termasuklah saiz kasut Wardah. Bagus betul penyiasat itu.
"Size-"
Suara gelak ketawa wanita yang dikenalinya kedengaran di belakangnya mematikan bicaranya. Dia berpusing ke belakang untuk memastikan itu suara wanita itu atau tidak.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...