BAB 63 - JEJAK

4.5K 321 164
                                    

HADIF tiba di perkarangan rumah ibu bapanya. Dahinya berkerut melihat kereta bapa mertuanya ada disitu. Ada apa yang berlaku ya? Jarang mentuanya datang kesini sejak mereka membenci Afeefa. Hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.

Bouquet bunga rose putih yang berada di sebelahnya dipandang sekilas. Dia beli untuk Afeefa. Harap Afeefa menyukainya. Dia tak pandai mahu beromantik bagai. Dia memang kayu. Erti bunga rose putih pun dia tak tahu, dia beli suka hatinya sahaja. Tidak tahu mahu memilih bunga apa. Nak bertanya segan.

Hadif mengetuk pintu rumah. Beberapa saat kemudian muncul pembantu rumah yang membuka pintu. Bouquet bunga itu segera disorokkan ke belakang badannya. Segan orang lain lihat. Dia ingatkan Afeefa yang akan buka.

"Hadif!" mata Makcik Limah terbuntang. Dia terkejut melihat anak majikannya tiba-tiba muncul setelah hilangkan diri selama lima bulan.

Hadif berdehem. "Lea mana?" soalnya perlahan. Mereka masih di muka pintu. Dia mahu membuat kejutan pada Afeefa sekaligus meminta maaf.

Makcik Limah tergamam. Mukanya serba salah untuk menjawab soalan Hadif. Hadif belum tahu Afeefa sudah diculik selama 3 hari. Dan lagi parah, Hadif tak tahu isterinya sedang sarat mengandung.

"Efa... Dia.. Emm..."

Hadif mengangguk dengan senyuman hambar. "Dia marah saya kan? Tak apa, saya tahu" Dia faham, pasti Afeefa tidak mahu berjumpa dengannya kerana dia sudah menyakiti perasaan isterinya itu. Tidak apalah, dia akan tetap usaha.

"Tak apalah, saya masuk dulu. Dia mesti dalam bilik kan?" ujar Hadif sambil tersenyum nipis.

Makcik Limah tidak tahu menjawab apa. Dia membuka pintu lebih luas supaya anak majikannya boleh masuk ke dalam. Biarlah Hadif tahu sendiri.

Hadif melangkah masuk ke ruang tamu. Dahinya berlapis melihat semua yang berada disitu agak bersedih. Keluarga mentuanya turut bersedih dan menangis. Dan ada juga lelaki yang pernah mengaku Afeefa itu teman wanitanya. Kenapa dia juga ada disini? Wajah lelaki itu turut tegang dan merah seperti sedang sedih dan marah.

"Mana Efa ni abang?"Wardah mengeluh, dia menyembamkan mukanya pada bahu suaminya. Dia risau dan serba salah kerana meninggalkan Afeefa untuk menjawab panggilan. Dia cuai.

Perasaan Hadif makin tidak enak. Kenapa semua orang seperti risaukan Afeefa? Bukankah dia yang hilangkan diri?

Hadif segera melangkah menuju ke arah mereka. Bouquet bunga tadi diserahkan ke Makcik Limah.

"Azalea pergi mana?" soalnya tiba-tiba.

Semua orang tersentak. Mereka semua memandangnya dengan riak yang terkejut.

"H-Hadif?" Wardah terpampang. Setelah 5 bulan akhirnya anak lelakinya balik juga.

Wajah mereka Hadif perhati satu persatu. Dari wajah ibu bapanya, mentuanya kemudian wajah Raihan. Tetapi Afeena, adik iparnya tidak ada pula. Elok dia tak ada pun, Hadif sendiri rasa nak mencekik leher perempuan itu. Perempuan talam dua muka. Dia tak menyangka Afeena tergamak menuduh Afeefa dan membunuh anaknya.

"Lea pergi mana? Dia dekat mana?" soal Hadif bingung. Dia berdiri di sebelah ibunya. Mereka semua menunduk kecuali Raihan yang memandang tajam ke arahnya.

Wardah bangun berdiri lalu memeluk tubuh Hadif. Akhirnya Hadif pulang juga. Dia rindu sangat dengan Hadif. Cukuplah mereka pernah terpisah lama dahulu. Dia tidak mahu terpisah lagi.

Hadif mengambil tangan ibunya. Tangan ibunya dicium lama dengan air mata. Dia terlalu mengikut egonya sehingga buatkan ibunya turut sedih atas kehilangannya.

"Hadif minta maaf sebab hilangkan diri. Sekarang Hadif dah balik dan Hadif akan jaga Azalea. Hadif janji takkan tinggalkan dia lagi."

Raihan menarik bahu Hadif ke belakang. Belum sempat Hadif berkata apa-apa Raihan sudah menumbuk wajahnya.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now