BUNYI loceng bertalu-talu beserta suara perempuan memberi salam membuatkan Afeefa berjalan laju ke pintu. Dia mengintai dari tingkap, siapa yang datang ke rumah sewaktu pagi ini? Nak kata Hadif, Hadif sudah keluar.Dia risau jika ibu bapa mertuanya yang datang ke rumahnya. Dia takut disoal bermacam-macam oleh mereka. Sudah berbulan-bulan dia tidak keluar melawat mereka, keluar rumah apatah lagi. Mahu dikerat kakinya nanti. Cukuplah hukuman kakinya dirantai dulu.
"Assalamualaikum! Abang! Abang Hadif!"
Bertalu-talu loceng ditekan bersama suara teruja seorang perempuan yang memanggil nama suaminya.
Langsir ditolak sedikit untuk melihat gerangan wanita yang terpekik-pekik itu.
Afeena. Adiknya.
Afeefa mengeluh lega apabila orang itu adalah adiknya sendiri. Dia membuka pintu untuk melangkah keluar menuju ke pintu pagar. Dia tidak lagi dirantai cuma pintu pagar itu dikunci dan dia tidak boleh membuka pintu pagar itu kerana hanya Hadif sahaja yang memegang kunci pagar rumah ini.
Riak wajah ceria Afeena berubah masam apabila melihat kakaknya yang keluar. Bukan Hadif. Dia memeluk tubuh sambil berpaling ke tepi.
"Feen nak apa?" soal Afeefa. Hanya pagar yang memisahkan mereka berdua. Dia di dalam manakala wanita tak tahu malu itu diluar.
Afeena memalingkan mukanya tidak mahu menatap wajah kakaknya. Dia menyampah.
"Mana abang Hadif. Aku nak jumpa dia."
Apabila tidak mendengar sebarang balasan daripada kakaknya, Afeena berpaling ke depan.
"Aku nak keluar dengan dia-"
Kata-kata Afeena terhenti. Dia terkedu melihat wajah Afeefa yang cengkung. Bibir kakaknya juga luka dan lebam. Pandangan meliar menurun ke tubuh kakaknya.
Dia menekup mulutnya dengan hujung jarinya. Matanya membulat memerhati tubuh dan wajah Afeefa bersilih ganti.
Kenapa Afeefa terlalu kurus dan badannya mempunyai kesan lebam-lebam? Lengan dan pergelangan tangan Afeefa membiru. Wajahnya juga hanya pucat dan cengkung. Setahunya semasa Afeefa berpantang keguguran dahulu pun tidak seteruk ini.
Afeena terkedu seketika namun hanya sesaat sebelum dia tergelak kecil.
"Mesti kau sengaja cederakan diri kau sendiri kan? mongok tak nak makan semata-mata nak bagi abang Hadif simpati dengan kau, kesian dekat kau, and kau nak dia rasa bersalah." sindir Afeena.
Dia tak percaya Hadif akan memukul dan menyeksa Afeefa kerana Hadif itu dimatanya sangat baik dan sopan dengan ibu bapanya. Memanglah nampak Hadif agak dingin namun Hadif sangat baik hati. Hadif tak pernah meninggikan suara terhadapnya langsung. Walaupun Hadif tahu perbuatan terkutuk Afeefa namun lelaki itu masih tidak mahu melepaskan Afeefa. Nampak tak betapa mulianya hati lelaki pujaannya ini. Takkanlah Hadif akan memukul kakaknya pula? Mustahil.
Lagipun, kakaknya memang sejenis suka mencederakan dirinya sendiri. Dia masih lagi ingat kejadian Afeefa mengelar pergelangan tangannya sendiri kerana terlalu stress dan tidak menerima kenyataan yang arwah Rafael meninggal dunia.
Afeena itu bodoh dan bebal kerana terlalu taksub dengan Hadif. Tengok pun dah tahu didera. Tapi kerana terlalu cintakan Hadif dia menafi hal itu.
"Kau tahu tak kau ni macam mayat hidup. Hodoh dan jijik!" ujar Afeena sinis tanpa memikirkan betapa tergurisnya hati Afeefa.
Afeefa mengemam bibirnya sambil memerhati tubuhnya atas bawah. Memang tiada langsung yang dibanggakan. Tubuhnya yang dulu berisi sudah menampakkan tulang rangka, tubuhnya penuh dengan "karya-karya" yang dihadiahi oleh Hadif tempoh hari. Mujurlah Afeena tidak nampak karya-karya itu dibawah lapisan pakaiannya. Jika tidak Afeena pasti menyesal memuji Hadif.
"Patutlah abang Hadif asyik berkepit dengan aku sejak akhir-akhir ni. Mungkin dia muak tengok muka kau yang hodoh ni. Aku terus terang dekat kau.." Afeena mendekatkan lagi tubuhnya kehadapan sehingga mukanya betul-betul menghadap wajah kakaknya yang berada di pintu pagar.
"–aku suka abang Hadif dan abang pun sayangkan aku. Mama dengan papa pun sokong aku dengan abang Hadif" ujarnya yakin sambil memeluk tubuh.
Afeefa mengangkat mukanya. Jadi selama ini Hadif keluar dengan Afeena? Patutlah Hadif selalu keluar pada hujung minggu. Hatinya mula rasa cemburu.
"Feena jangan tipu kakak. Hadif tak mungkin keluar dengan Feena. Kakak kenal Hadif, dia susah nak rapat dengan perempuan" ujar Afeefa dengan mata yang mula berkaca. Tidak mungkin Hadif sudah berubah hati secepat ini.
Afeena memutar bebola matanya. Menyampah dengan sikap polos kakaknya. Baginya kakaknya itu pura-pura naif. Tangannya ligat menarik keluar telefon pintarnya dari beg tangan.
Galeri dibuka lalu skrin telefon itu ditunjukkan betul-betul dimuka Afeefa. Biar kakaknya lihat sendiri dan nilai sendiri.
"Tengoklah sendiri. Kau scroll-scroll satu folder ni" ujar Afeena sinis. Tidak sabar mahu melihat kakaknya meroyan. Siap letak gambar mereka dalam folder khas.
Afeefa mengambil telefon pintar itu dari Afeena dengan hati yang meronta-meronta untuk menidakkan apa yang dikatakan oleh Afeena.
Sejurus sahaja telefon beralih tangan, dia melihat skrin telefon itu. Jari telunjuknya ligat meleret permukaan skrin kekiri untuk melihat semua foto dan video di dalam aplikasi galeri itu.
Mata yang berkaca tadi mula menurunkan air mata. Ada video Hadif memeluk erat tubuh Afeena yang diambil secara senyap-senyap, ada foto Hadif tersenyum berswafoto bersama Afeena, ada gambar keluarganya bersama Hadif, memang nampak seperti Afeena dan Hadif itu pasangan suami isteri. Kebanyakkannya banyak foto mereka keluar berdua untuk makan dan pergi berjalan-jalan.
Hadif tak pernah senyum kepadanya. Hadif tidak pernah membawanya keluar berjalan-jalan. Dan lagi menyedihkan, ibu bapanya turut menyokong hubungan Afeena dan Hadif. Hatinya terasa dihiris-hiris. Sedihnya ya tuhanku. Kenapa semua orang melayannya begini?
Telefon di pegangannya dirampas kasar oleh Afeena.
"Dah. Takpayah lebih-lebih. Kang meroyan pulak"
Afeefa menangis kuat. Mulutnya tetap menafi walaupun hatinya sudah percaya dengan kata-kata Afeena.
"Hadif tak mungkin sukakan Feen. Dia sayangkan kakak. Feen tipu je kan?"
"Lantaklah kau lah nak cakap apa. Jangan lupa minta cerai dekat dia. Aku rasa abang Hadif tak lepaskan kau lagi sebab dia rasa bersalah. Dia tu terlalu baik untuk perempuan kotor macam kau"
"Kau tengoklah diri kau sekarang. Itulah balasan dosa kau dulu. Seksi nak mampus, kurang ajar mama papa, marah-marah aku. Heh. Sekarang kau tak ada apa-apa. Kau cuma perempuan hodoh, sundal, jijik. Kau tak layak langsung untuk abang Hadif aku. Patutnya dia dengan aku, bukan kau" ucap Afeena puas sebelum dia bergerak menuju ke keretanya.
Afeefa terduduk di lantai dengan emosi yang berkecamuk. Air matanya tidak berhenti dari tadi.
"Kenapa? Kenapa awak berubah Hadif?" Afeefa menyoal sendiri.
Bisikan halus mula kedengaran.
Kau tu hodoh
Jijik
Perempuan sundal
Dia menghentakkan dahinya pada dinding. Rambutnya yang dicengkam kuat bersama jeritan amukan di dalam hati. Dadanya ditumbuk-tumbuk seiring dengan rasa sakit yg menggila.
Kurang apa lagi dirinya?
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...