BAB 19 - BUTIK

3.2K 242 83
                                    


Empat tahun kemudian.

Airpods diletakkan di kedua-dua telinganya lalu aplikasi Spotify dibuka. Apabila salah satu lagu kegemarannya muncul lantas dia memainkannya.

She don't wanna tell lies
She just wanna feel alive
She just wanted more time
I'm looking for a long ride
She just want a test drive (what do you want, babe?)
Now you on the west side (what do you want, babe?)
I'll see you in the next life (who do you want, babe?)

Hadif menghayati bait lagu itu, dia tersenyum sinis. Lagu ini mengingatkan dia kepada kesayangannya dahulu. Bagaimana perempuan jahanam itu mempermainkan hati tulusnya dan menghancurkan hidupnya. Dia ibarat tempat persingahan sahaja. Kisah lalu membuatkan dia terkesan seumur hidup.

Azalea Afeefa.

Teringat kembali sehari sebelum dia berangkat ke Amsterdam. Afeefa ada menghantar pesanan mesej pada dirinya.

Ting.

Hadif melihat notifikasi whatsapp dari Afeefa. Dia mengetap rahangnya. Apa lagi perempuan ini mahu?

"Hadif, I'm sorry. I'm sorry for everything..."

Mesej itu terlalu panjang. Hadif mendengus. Terus mesej itu dipadam tanpa membacanya sehingga habis. Dia tidak mahu membacanya lantas nombor Afeefa disekat dan dibuang. Dia muak!

"Takkan semudah itu Azalea. Takkan" bisiknya perlahan.

"Kau mengelamun apa?"

Hadif tersentak lantas kedua-dua belah airpods ditarik perlahan dan dia memandang wajah sahabat baiknya. Dia menggeleng perlahan.

"Kau mesti tak sabar nak jumpa papa kau kan?" Hadif diam. Tak angguk, tak geleng.

Rakannya yang berada di sebelah hanya tersenyum kelat. Empat tahun duduk serumah dengan Hadif membuatkan dia lebih kenal dengan sikap Hadif. Hadif seorang yang pendiam dan dingin. Namun Hadif seorang yang pemurah, Hadif selalu menolongnya dalam masalah kewangannya.

Di sana, ramai yang meminati Hadif kerana Hadif seorang yang tampan dan seorang yang bijak namun Hadif tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Hadif akan mengatakan dirinya homeseksual. Itu perkara yang mengejutkan kerana dia sendiri tidak menyangka Hadif yang pendiam ini merupakan golongan terlaknat ini.

"Kau sambunglah balik dengar lagu tu. Kalau dah landing, kejut aku. Aku nak tidur" ujarnya lalu terus dia memejamkan mata.




KELIHATAN seorang perempuan sedang berlari anak menuju ke arah kereta sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Masuk sahaja di dalam badan kereta dia bersandar di tempat duduk sambil tercungap.

"eh Efa. Kenapa kamu lambat hari ni?" soal lelaki berumur 50-an itu.

"Cepat Pak Yaakob. Efa dah lambat nak masuk butik ni. Bangun lambat hari ni" Kalut dia hari ini kerana lambat bangun. Itulah siapa suruh tidur selepas solat subuh!

Pak Yaakob tersenyum sambil menggelengkan kepala. Afeefa dan kekalutan tiada beza. Dia merupakan pemandu peribadi keluarga Encik Fakhrul sejak Afeefa kecil lagi. Dia memulakan pemanduannya sambil mengucapkan basmallah.

"Efa lambat sebab tertidur lepas subuh tadi. Bangun-bangun dah pukul 9.45 pagi. Hari ni sudahlah ada pelanggan nak ambil tempahan baju pukul 10.30 pagi ni." adu Afeefa sambil membetulkan lipatan shawl dari cermin pandang hadapan kereta. Sudahlah keretanya rosak, terpaksa menyusahkan Pak Yaakob.

"Sekarang baru pukul 10 pagi. Butik Efa bukannya jauh sangat. Dalam 15 minit dah sampai"

"Efa ni punctual tau. Efa tak mahu pekerja Efa tengok boss mereka ni tak berdisiplin tau." ujar Efa. Sekejap. Macam ada yang pelik je ni.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now