BAB 60 - HILANG

4.6K 376 120
                                    

5 BULAN KEMUDIAN

AFEEFA merenung kosong makanan yang terhidang di hadapannya. Teringat semula kejadian 5 bulan lepas, saat Hadif tinggalkan dia. Dia tidak tahu mahu gembira atau sedih. Tiada Hadif yang akan menyeksanya lagi, tetapi Hadif sudah tinggalkan benih di dalam rahimnya. Dia gembira dengan berita itu tetapi bila fikirkan anaknya yang tidak akan mendapat kasih sayang dari bapa membuatkan dia sedih.

Hadif menipu mengenai butiknya. Katanya sudah dijual tetapi tidak. Hadif mengubai suai rekaan dalaman butiknya menjadi lebih besar dan moden. Afeefa kembali membuka butik pakaian muslimah itu. Duit nafkah juga akan dimasukkan oleh Hadif setiap bulan. Kemana suaminya pergi pun dia tidak tahu. Sudah puas ibu bapa mertuanya cuba menelefon Hadif tapi lelaki itu tidak pernah mahu mengangkat panggilan.

Sewaktu Hadif tinggalkan dia, sebenarnya dia sudah hamil 4 bulan. Period tak datang pun dia boleh tak perasan dek kerana terlalu takut dengan Hadif. Dia memang tidak menyangka langsung kerana tiada perubahan pada susuk tubuhnya seperti kehamilannya yang pertama. Mungkin disebabkan faktor badannya yang semakin kurus.

Ibu bapa Hadif orang yang pertama dia kongsikan berita itu. Terubat rasa rindunya pada ibu bapanya. Dia kini tinggal di rumah mereka kerana desakan ibu bapa mertuanya.

Bagaimana ibu bapa mertuanya tahu dia ditinggalkan oleh Hadif?

Hadif sendiri yang menelefon Qayyum, memberitahu yang dia tinggalkan Afeefa seorang diri di rumah dan menyuruh membawa Afeefa tinggal bersama ibu bapanya. Bila ditanya mengapa Hadif hanya diam dan terus menutup panggilan.

"Termenung pulak dia..."

Afeefa tersentak. Dia tersenyum nipis ke arah Wardah. Perutnya yang sudah membuncit itu diusap lembut.

"Dah makan?"

Afeefa mengangguk.

Wardah mengeluh. Afeefa sudah jarang berbual dengannya sejak ditinggalkan oleh Hadif. Hanya termenung dan muram sahaja.

Dahulu dia dan suaminya ada juga bertanya apa yang terjadi? Namun Afeefa hanya diam dan menangis. Buntu mereka berdua dengan masalah anak menantunya. Walhal, sebelum itu hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Bila mahu menelefon ibu bapa Afeefa, Afeefa merayu-rayu supaya tidak memberitahu mereka. Afeefa juga dipaksa tinggal disini. Tidak mungkin dia benarkan Afeefa tinggal seorang diri di rumah dalam keadaan berbadan dua.

Dia pernah juga menelefon ibu bapa Afeefa senyap-senyap tanpa diketahui oleh Afeefa namun mereka tidak peduli langsung mengenai Afeefa. Lagi disuruh Afeefa diceraikan adalah. Sakit hati dengan biras dia. Patutlah Hadif suruh Afeefa tinggal di rumah mereka. Hubungan Afeefa dengan ibu bapanya tidak baik rupanya. Dia sangat simpati dengan Afeefa.

"Tak sabar nak tengok cucu ibu ni keluar." ucap Wardah, cuba untuk menceriakan keadaan.

"Nama anak dah pilih kan?"

Afeefa mengangguk.

"Dulu ingat baby boy, rupanya girl." Afeefa senyum nipis.

"Nama dia Ayla Erina, kalau tak dulu Efa nak namakan dia Aysar Eidlan. Scan-scan perempuan pulak. Tapi takpe, Efa tak kisah pun"

Kalau bicara pasal anak pasti Afeefa akan ceria. Kerana anak itu adalah kekuatan baginya. Sumber untuk dia terus hidup.

"Kalau ikutkan 2 minggu lagi Efa bersalin kan? Efa kena banyakkan berjalan, senang nak bersalin nanti. Petang esok kita jalan-jalan dekat taman, ibu pun dah lama tak pergi sana."

Afeefa mengangguk. "Nanti Efa suruh Raihan bawa kita kesana"

Raihan sahajalah saudara yang datang melawatnya. Nak harapkan yang lain? Tunggu dia mati nanti agaknya.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now