BAB 51- AFEENA

3.5K 257 54
                                    

HADIF berdiri menyandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh melihat Afeefa yang sedang mandi sambil duduk di atas kerusi plastik. Habis dikerjakan wanita itu semalam sehingga tidak boleh bangun dan lemah.

Dari mula mandi sehingga selesai mengambil wuduk, tidak ada satu pun terlepas dari pandangan Hadif. Dia tahu Afeefa malu tapi dia tidak kesah. Baginya itu semua kepura-puraan. Dulu Afeefa menjual tubuhnya kepada lelaki-lelaki di luar sana, mengapa Afeefa hendak malu? Dusta sahaja semua itu.

Tubuh Afeefa yang dibaluti kain basahan itu diperhati lagi. Kulit putih itu penuh dengan kesan libasan tali pinggang kulitnya. Ada juga luka-luka kecil dan lebam di sekitar bahu dan peha. Mungkin terkena kepala tali pinggang dan kesan lebam itu pula mungkin kerana dia terlalu kuat mencengkam tubuh wanita itu.

Entah kenapa, dia suka menyakiti tubuh wanita itu dan membuat Afeefa terseksa.

Kedua-dua telapak tangannya dibuka dan diperhati lama. Tidak percaya tangan ini menyakiti wanita yang pernah dicintainya dahulu.

"Betul ke apa yang aku buat? Parut yang dia dapat lebih teruk daripada parut dari tubuh aku"

Satu suara mula berbisik keras.

"Tapi parut dihati kau lagi parah daripada dia. Dia menyakiti kau, khianati kau, permainkan kau, hina kau. Dia tak pernah cintakan kau. Itu hanya dusta"

Hadif mengepal penumbuknya.

"Awak..." lembut suara Afeefa memanggil. Dia sudah siap mandi.

Hadif mengangkat mukanya. Dia  mencerlung tajam ke arah Afeefa yang sudah siap berpakaian. Dia maju ke arah Afeefa.

"A-da wuduk"

Tangan Hadif yang bersedia untuk mencempung tubuh terhenti. Dia mengangguk faham. Bukannya dia bodoh agama sangat. Dulu sekolah rendah ada belajar. Tapi dia yang jahil tidak mempraktikalkannya. Lagipun dulu Camelia melarang dia daripada melakukan apa-apa yang berkaitan islam.

Berhati-hati tubuh itu dicempung tanpa terkena kulit mereka. Sampai sahaja di bilik dia terus mendudukkan Afeefa di atas kerusi. Telekung diambil lalu dicampak perlahan di atas peha Afeefa.

"Lepas solat. Rehat terus. Aku nak keluar. Tak payah masak"

Dia perlu bertemu Afeena. Gadis itu mengajaknya berjumpa di luar. Takut pula Afeena merajuk kerana dia menolak.

**************

"Kak Efa!"

"Raihan tahu Kak Efa kat dalam!"

"Please keluar! Raihan nak jumpa kakak!"

Raihan menekan loceng rumah Afeefa berkali-kali. Tapi tiada sahutan langsung daripada Afeefa. Dia yakin Hadif tiada kerana dia baru nampak Hadif keluar dengan Afeena tadi. Bukan sekali dua dia terserempak. Dah banyak kali. Atas sebab itu dia mahu penjelasan daripada Afeefa.

Raihan juga sudah hadir ke rumah ini beberapa kali namun tetap sama. Afeefa tidak mahu keluar berjumpa dengannya. Afeefa keguguran beberapa bulan lepas pun dia baru tahu itupun Afeena yang terlepas kata. Dia dan Afeena memang tidak sebulu.

"Kak Efa!..."

"Raihan ada untuk kakak. Raihan boleh dengar semua masalah kakak. Raihan tahu kakak sedih. Raihan tahu semuanya kak. Please angkat call Raihan!" laung Raihan kuat dari luar pagar.

Dia tahu Afeefa ada di dalam. Mungkin Afeefa tidak bersedia lagi mahu berjumpa dengannya. Telefon pun tidak di angkat-angkat. Risau dia.

"Nanti Raihan datang lagi. Assalamualaikum" ujar Raihan dengan muka hampa.

Mendengar bunyi motorsikal berkuasa tinggi Raihan sudah beredar, Afeefa pantas menyelak langsir. Sebelah tangan yang digunakan untuk menekup mulutnya dibawa ke bawah. Dari tadi dia menahan esakannya daripada keluar. Tersedu-sedu dia menangis di muka tingkap. Setiap kali Raihan datang, dia pasti begitu. Mengelak untuk berjumpa.

"Bukan kakak taknak jumpa Raihan..." lirih suaranya menahan esakan.

Dengan keadaan dirinya yang begini mustahil dia akan munculkan diri. Dia tidak mahu Raihan risau dan menyerang Hadif sekali gus mengeruhkan keadaan.

Dia rindu Raihan. Rindu keluarganya. Rindu semuanya. Tapi semua itu terhalang kerana dia tidak mahu susahkan mereka semua. Lagipun Hadif pasti akan menghalangnya.

---------------

"Ada apa Feena nak jumpa abang?"

Afeena mencebik. Bunyi macam tak ikhlas sahaja Hadif keluar dengannya. Straw dikacau malas.

"Abang macam tak suka je Feena ajak keluar. Macam tak biasa je"

Hadif mengeluh. Tangan Afeena yang berada di atas meja dicapai dan digenggam perlahan.

"okay. Sorry" ucap Hadif perlahan tetapi bunyinya agak mendatar dan kaku.

Afeefa mendecit. Tangannya ditarik kasar dari pegangan Hadif. Dia tidak suka cara Hadif. Sudah dia ajarkan cara Hadif menjadi manusia romantik! Tetap juga dingin dan kaku!

"Ishh abang ni! Tak ikhlas cakap tak ikhlas! Kalau tak nak keluar dengan Feen cakap awal-awal!"

Hadif mendengus. Dia duduk bersandar di kerusi. Telefon dicapai dan dibuka. Malas melayan karenah Afeefa. Mengada-ngada dan kuat merajuk. Lepas tu mengadu dengan mama papa dia.

"Abang!!!" suara nyaring Afeena menarik perhatian orang sekeliling mereka. Hadif mengeluh lagi. Dia menutup telefon pintarnya dan diletakkan di tepi.

"Abang betul-betul minta maaf okay. Abang penat hari ni. Feen nak apa? Nanti abang belikan. Abang–"

Afeena tersenyum dan memintas. "Nak abang suap Feen makan harini? Boleh?"

Hadif mengangguk perlahan.

"Feen nak abang senyum"

Hadif tersenyum terpaksa. Demi buatkan dirinya beralih daripada mencintai Afeefa dia sanggup belajar mencintai Afeena. Dia tidak mahu terus mencintai dan menyayangi Afeefa lagi. Perlahan-perlahan dia cuba menerima Afeena dalam hidupnya.

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

"Bila abang nak lepaskan dia?"

Hadif diam. Dia tiada jawapan untuk soalan itu walaupun sudah berkali-kali diasak dengan soalan itu. Setiap minggu Afeena bertanya tapi dia hanya diam atau mengubah topik. Sejujurnya dia rasa berat mahu melepaskan Afeefa walaupun benci.

"Abang jangan nak mengelak daripada soalan Feena. Feen cintakan abang! Abang sedar tak yang kakak tak pernah cintakan abang? Bodohkan abang selama ni? Anak sendiri pun dia gugurkan..." ucap Afeena sambil berpeluk tubuh.

"Jangan tanya soalan ni lagi kalau Feen taknak abang pergi dari hidup Feen. Abang taknak dengar soalan ni lagi. Abang tahu apa yang abang buat." ucap Hadif mendatar. Dia berlalu meninggalkan Afeena dibelakang.

Afeena menghentakkan kakinya.

"Tak guna!"

"Kalau abang taknak lepaskan dia. Feen akan lenyapkan dia terus. Biar tiada siapa boleh halang cinta kita!"

Kalau jadi madu pun dia sanggup. Tapi disebabkan dia adalah adik kandung Afeefa. Jadi, perkara itu amat mustahil. Nak tak nak, doa perlu menyingkirkan Afeefa.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now