BAB 26 - I'M LOSER

5K 269 37
                                    

LOSER - BIG BANG

Loser, loner. A coward who pretends to be tough,
A mean delinquent.
In the mirror, you're just a loser,
A loner, a jackass covered in scars,
Dirty trash.

🌸🌸🌸🌸🌸

HADIF membuang pandangan ke arah tasik dihadapannya. Dia bersandar lemah di bangku kayu itu. Darah kering yang tersisa di buku limanya dibiarkan. Rasa berdenyut sakit ditahan. Hatinya lagi sakit. Mengapa nasib dia malang dari dulu? Hendak ceraikan Afeefa? Tidak mungkin. Dendam yang dahulu belum dibalas, ditambah dengan berita pagi tadi.

Selepas sahaja dia menghantar Afeefa ke rumah mereka berdua, dia terus kesini. Melepaskan amarahnya.

"Kau okay tak?" soal Thaqif disebelah. Laju Hadif menoleh ke tepi.

"Macam mana kau tahu aku ada sini?" soal Hadif pelik.

"Kau kan kawan aku, mestilah aku tahu Dif. Kau kalau ada masalah mesti lepak dekat tempat sunyi macam tasik ni" ujar Thaqif sambil tersenyum.

Hadif menoleh semula ke hadapan. Malas ambil tahu. Dia serabut.

"Tu tangan kenapa? Tumbuk dengan siapa?" soal Thaqif. Kura-kura naik perahu, pura-pura tidak tahu pula.

"Tu..." Hadif menoleh ke belakang kemudian dia kembali melihat tasik di hadapan.

Thaqif menoleh ke belakang, ingin melihat apa yang Hadif tumbuk tadi. Terdapat pokok besar dibelakang mereka. Disitulah Hadif melepaskan rasa marahnya.

"Hahaha, pokok tu tak salah pun. Kesian dia" Thaqif tergelak kecil.

Muka Hadif masih bengis. Dia betul-betul serabut. Dia tidak sangka Afeefa sekotor itu. Patutlah Afeefa menolaknya untuk berhubungan intim semalam.

"Kau ada masalah dengan Efa ke?" soal Thaqif. Dia masih tidak berputus asa untuk mencungkil rahsia.

"Aku tak sangka dia macam tu-"

"Perempuan teruk, bohsia? itu maksud kau kan?" pintas Thaqif.

Hadif diam. Nampaknya Thaqif memang sudah tahu. Dia masih memandang ke hadapan.

"Dari dulu aku dah pesan dekat kau Hadif, Efa bukan perempuan biasa. Kau siap kahwin dengan dia lagi? Kau bodoh Hadif. Dia takkan setia dengan seorang lelaki. Dia takkan pernah puas. Dulu aku pun dia pernah goda. Kawan sendiri kot"

Hadif mendengus. Dia meramas kasar rambutnya. Bengang mendengar ucapan Thaqif. Dia sudah berkahwin dengan perempuan hina dan kotor.

"Apa aku nak buat? Aku ingatkan bila dah kahwin dengan dia, aku dapat balas dendam tapi aku pula yang terkena. Aku memang loser Thaqif. Tak pernah menang untuk kalahkan seorang perempuan tak guna macam dia" soal Hadif lemah. Matanya merah menahan tangis. Kenapa dunia tak pernah adil baginya?

Bibir Thaqif terjongket sinis. Ini soalan yang dia tunggu.

"Kau lepaskan dia. Ceraikan dia. Dia bukan perempuan sempurna untuk kau. Kau layak dapat yang lebih baik." jawab Thaqif selamba. Mata Hadif membulat, dia bangun mengejut.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now