KOKORONASHI (SOMEHOW) - GUMI
No matter how much you love me
My heart is still lonelyStop, please stop, you didn't have to be nice
I've tried but still can't understandIt hurts, I'm in pain, teach me with your words
I don't know any of this, please don't leave me aloneHorrible, it's horrible; Just take my corpse
Destroy it, shred it apart, do what you pleaseI'm screaming, I'm struggling, and my eyelids are swelling
But you're still holding me close, and won't let go
And it's fine nowHey, what if I had a heart
How do I fill that hole?
With a little smile, you say
"I've found it"🌸 🌸 🌸 🌸 🌸
Malam 8.30 p.m
AFEEFA melangkah ke arah bilik kerja Hadif di sebelah. Kelihatan Hadif sedang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia menelan air liurnya. Serba salah untuk berkata. Risau menganggu kerja Hadif.
Tok, tok, tok.
Dia mengetuk pintu yang memang terbuka separuh itu.
Hadif berhenti menaip. Dia memalingkan mukanya ke arah pintu. Apabila melihat Afeefa di muka pintu lantas dia mengangkat sebelah keningnya, tanda apa yang Afeefa mahukan.
"Ibu telefon rumah tadi, dia suruh kita bersiap ke hotel."
Hadif melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mengeluh perlahan. Kerja dia masih banyak, apa hal yang penting sangat tu? Namun memikirkan ibunya menyuruh, dia tidak sampai hati menolak. Minggu lepas lagi, papa menyuruhnya menghadiri satu majlis di hotel bersama Afeefa.
"Pergi siap sekarang" arah Hadif.
Afeefa tersenyum, lantas dia masuk ke bilik sebelah dan bersiap.
Selang beberapa minit, Hadif masuk ke bilik. Dia mengurut lehernya yang terasa lenguh kerana asyik melihat skrin laptop. Dari pantulan cermin, dia melihat Afeefa yang sedang melilit selendang di kepala. Ayu dan menutup aurat dengan betul. Bukannya sekadar melilit leher tetapi menutup sepenuhnya dada.
Baguslah begitu, tidak perlu dia cemburu apabila melihat lelaki lain melihat tubuh Afeefa. Kalau Afeefa tak pakai pakaian longgar dan labuh memang dia sendiri akan paksa. Dia tidak mahu berkongsi apa yang dia lihat dan rasa pada lelaki lain. Afeefa miliknya seorang.
Tubuh Afeefa pula dikerling atas bawah. Pakai dress labuh bewarna biru gelap. Siap pakai make-up, tetapi nipis sahaja.
"Kau pakai cantik-cantik nak pergi mana?" soal Hadif tiba-tiba. Terkejut Afeefa. Dia mati kata. Takkanlah mahu beritahu hal sebenar. Nanti tak jadi kejutan.
Baru sahaja mahu menjawab, telefon Hadif berdering. Hadif segera menjawab.
"Ya. Hadif tengah siap ni. Sekejap" jawab Hadif sambil mengerling ke arah Afeefa.
Sejurus sahaja panggilan tamat, Hadif mengarahkan Afeefa menunggunya di dalam kereta.
🌸 🌸 🌸
SAMPAI sahaja di depan pintu masuk ballroom, langkah Hadif terhenti. Kenapa sunyi sangat? Macam tiada event langsung. Tetapi pintu dibuka luas. Hadif berpusing ke belakang, dia mendail sesuatu di telefon pintarnya. Nombor bapanya dihubungi. Namun tidak diangkat.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA 1 ✅
RomanceHadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia t...