BAB 66 - HADIAH

4K 267 53
                                    

HADIF termenung panjang sambil duduk bersandar di tepi almari pakaian milik Afeefa. Pipinya masih basah dengan airmata. Berhari-hari dia menyalahkan diri. Dia menyesal. Dia penyebab Ayla meninggal dan Afeefa koma. Dia juga menyesal dan bersalah kerana memperlakukan Afeefa seperti binatang selama ini. Kalaulah dia tidak menangkan egonya selama ini.

Di dalam pelukannya terdapat sebuah kitab terjemahan al-Quran yang dihadiahkan oleh Afeefa dahulu. Hari ini, hatinya meronta-ronta untuk balik ke rumah mereka dan menjenguk bilik Afeefa. Buka sahaja pintu bilik Afeefa, dia terus melangkah ke meja kecil di sudut bilik Afeefa. Dia atas meja itu semua barang yang dia belikan dan berikan untuk Afeefa dahulu.

Ada rantai leher, jam, pakaian dan duit nafkah yang diberikan olehnya setiap bulan. Bencikan Afeefa kepadanya? Kenapa wanita itu memulangkan semula pemberiannya selama ini?

Di sebelah kanan meja itu pula ada bungkusan hadiah. Hadif masih ingat, itu hadiah yang Afeefa berikan padanya dahulu. Tetapi dia tegarnya menolak dan mencaci Afeefa.

Apabila bungkusan itu dibuka, Hadif sebak. Tergetar jarinya menyentuh buku-buku yang dihadiahkan oleh Afeefa itu. Ada terjemahan al-Quran, buku panduan solat dan pelbagai lagi buku islamik untuk dia belajar islam dengan lebih mendalam. Dia terlalu jahil selama ini.

Dia masih ingat betapa kejamnya dia menolak hadiah pemberian dari Afeefa dahulu.

"Saya tak tahu nak hadiahkan awak apa. Hanya itu sahaja yang saya mampu beri. Harap awak akan manfaatkannya suatu hari nanti. Happy birthday Hadif"

Tetapi dia tidak hargai langsung pemberian Afeefa. Dia terlalu ego.

"Nak tengok muka kau pun aku rasa nak pijak. Ini pulak nak terima hadiah dari kau. Tak kuasa aku terima hadiah buruk kau."

Hadif memukul kepalanya.

"Bodoh!"

"Aku bodoh, tak guna!"

"Kau pembunuh!"

"Tak-tak! Aku tak bunuh Ayla!" Kalut Hadif menafi. Dia menggeleng laju.

"Tapi kau punca, kau punca segalanya!"

"Tak! Aku tak bunuh sesiapa! Aku sayang baby, aku sayang Lea!" Hadif mencengkam rambutnya. Dia mahu suara itu keluar dari kepalanya.

Namun bisikan itu terus menerus bersama ingatannya bagaimana keadaan Afeefa dan bayi mereka berlumuran darah.


******

Sebulan kemudian.

Afeefa masih tidak sedarkan diri lagi.

Hadif tekun membaca sebuah buku. Sebelah tangannya memegang buku manakala sebelah lagi tangannya menggengam tapak tangan Afeefa. Rutin hariannya setiap hari, selepas balik kerja dia akan melawat Afeefa di hospital.

"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka, dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.



Hadif berhenti membaca. Wajah Afeefa dikerling. Dia selalu buat Afeefa menangis. Entah beribu kali Afeefa menangis kerananya.
Nampak sangat dia memang suami yang tidak baik untuk wanita sebaik Afeefa.

Halaman sebelah diselak. Dia membaca secara rambang sahaja.

Selesai membaca, buku itu ditutup dan diletakkan di atas meja sisi katil Afeefa. Hari ini apa yang dibacanya seperti sebuah teguran dan nasihat kepadanya. Macam kena setepek pada muka dia.

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now