PROLOG

17.9K 623 103
                                    

Cerita ini tidak digalakkan untuk bawah umur. Mengandungi bacaan matang seperti penderaan, kejam dan seksaan.

_________________

HADIF masuk ke dalam rumah dengan langkah perlahan. Matanya melilau sekeliling ruang tamu itu lalu jari telunjuknya dilap pada meja kaca di hadapannya.

Dia mengangkat jarinya lalu mengecilkan matanya untuk melihat jika ada habuk yang menempel dijari kasarnya.

Namun tiada sekumit habuk dan debu pun dijarinya.

Lengan bajunya dilipat sambil rahangnya diketap. Beg bimbitnya dicampak kasar ke atas sofa kulit sebelum dia merebahkan diri ke atas sofa empuk itu.

Bunyi rantai besi bergeseran perlahan dengan lantai menyebabkan bibir Hadif tersenyum. Bukan senyuman yang biasa, tapi senyuman mengejek. Tubuhnya dipeluk menantikan orang yang memang dibencinya.

"Kau memang kurang ajarkan? Kenapa kau tak tunggu aku depan pintu masa aku balik tadi?" ujar Hadif senada sebaik sahaja perempuan itu tiba disisinya.

Afeefa takut-takut kehadapan. Menunduk sahaja dia sambil bermain dengan jarinya.

"aku cakap dengan tunggul ke?"

"t-tak-tak, saya minta m-maaf.. S-saya tertidur, s-saya m-minta maaf" ujar Afeefa gagap. Bukannya Hadif menggertaknya tapi memang jika Hadif sudah berkata begitu maknanya Hadif sedang marah.

"apa kau cakap? Tertidur?" soal Hadif sambil matanya memandang Afeefa tajam.

"s-saya tak larat, Sa-saya letih sangat.. Saya minta m-maaf" jawab perempuan itu laju. Hatinya sudah berdegup kencang apabila Hadif memandang tajam ke arahnya. Dahinya sudah berpeluh beserta gigilan dijarinya.

"tak cukup dengan kaki kau, aku rantai. Kau nak aku potong kaki kau?" ujar Hadif sinis. Kedua-belah tangannya diletakkan di sisi.

Afeefa menggeleng laju bersama linangan airmata ketakutan. Kakinya dirantai kerana dia cuba lari dari rumah neraka ini. Jadi pergerakannya terhad sahaja di dalam rumah ini. Hanya dapur dan ruang tamu.

"saya betul-betul tak larat nak bangun tadi". Getaran pada suaranya menyebabkan Hadif tergelak kecil. Ini yang dia mahukan. Dia hanya mahu orang tunduk pada dirinya.

Cukuplah pergelangan kakinya melecet kerana rantai besi itu sudah berada di kakinya sejak dua minggu yang lalu. Cukup pedih.

"sini jap sayang" ujar Hadif tersenyum lalu tangan Afeefa ditarik lembut supaya duduk berlutut dihadapannya.

Perempuan itu hanya mengikut. Tangan kasar Hadif mengelap airmata di pipinya. Terpaku dia sebentar. Sudah lama dia tidak melihat raut lembut muka Hadif.

Sentuhan lembut dari Hadif membuatkan dia terbuai sebentar. Sudah lama rasanya dia tidak merasa kelembutan Hadif.

Pang

Pang

Pang

Tiga kali muka Afeefa ditampar kuat sehingga bibir itu mengalirkan darah. Mulut Afeefa dicengkam kuat sebelum mukanya diludah.

"jadi kau nak salahkan aku sebab rogol kau semalam sampai kau tak larat nak bangun lah?!!" soal Hadif berang sambil menguatkan lagi cengkaman di mulut Afeefa.

Menggeleng laju Afeefa bersama airmata yang sudah deras. Dia sudah ketakutan.

"kau ni..." dia berdecit.

Hadif berdiri lalu berjalan mengelilingi Afeefa yang melutut tadi.

"...kena ajar sikit"

Secara tiba-tiba rambut Afeefa dicekak kuat lalu diseret menuju ke dapur. Meronta-ronta Afeefa kesakitan kerana kakinya bergesel dengan lantai.

Sampai sahaja di dapur, tubuh Afeefa ditolak ke bawah. Hadif mengambil sisa lauk semalam yang masih belum dibuang lalu dia datang menghampiri Afeefa.

"kau tak larat sebab tak makan semalam, sini aku suapkan"

"tak nak-"

Belum habis dia bercakap, mulutnya disumbat kasar dengan makanan basi itu. Kedua-dua belah tangannya dipegang kuat oleh tangan kanan Hadif manakala tangan kiri Hadif menyumbat makanan basi itu ke dalam mulutnya.

Sesudah itu, Afeefa ditinggalkan dalam keadaan terbatuk-batuk. Hadif hanya membiarkan sahaja "perempuan kesayangannya" itu tersedak.

Dia hanya membutakan matanya saat melihat perempuan itu sakit.

Dia hanya tulikan telinga saat mendengar perempuan itu menjerit sakit dan meminta tolong.

Dimana rasa sayangnya dulu? Dimana sifat kemanusiannya?

"kau perempuan celaka dalam hidup aku"

"sampai mati, aku benci kau Efa"

-----

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now