BAB 38 - HAMIL

4.1K 201 13
                                    

SAMPAI sahaja di rumah mereka. Masing-masing mendiamkan diri. Selepas sahaja pulang dari rumah tadi, Afeefa hanya diam termenung. Tiada langsung air mata yang keluar tetapi wajahnya sugul.

"Masuk dalam. Tunggu dekat ruang tamu" arah Hadif. Soalan tentang Rafael diabaikan dulu.

Afeefa menggangguk perlahan tanpa memandang Hadif lalu dia membuka pintu kereta.

Manakala di dalam kereta, Hadif termenung. Hatinya rasa resah apabila teringat kata-kata Afeefa tadi.

Dia tidak suka apabila mendengar kata-kata Afeefa yang seakan mahu pergi dari dunia ini. Dia tidak bersedia lagi. Memang dia membenci, tapi untuk kehilangan... Dia tidak mahu.

'Kau masih sayangkan dia ke Hadif? Kau lupa? Aku siapa? Kau siapa? Kau dan aku itu satu. Kita dah janji nak balas dendam pada dia kan?'

Hadif menutup kedua-dua belah telinganya. Dahi sudah berpeluh menahan debaran dan melawan suara asing.

"Tolonglah. Aku tak nak! Aku tak mahu jadi macam kau. Aku tak nak Lea tinggalkan aku..." ucap Hadif separuh merayu.

'kalau kau takut perempuan tu tinggalkan kau. Kau jangan lepaskan dia. Kau kurung dia dalam rumah ni. Kau boleh buat apa sahaja pada dia'

Hadif menggeleng kuat seraya itu dia keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu masuk.

Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali sebelum pintu rumah dipulas.

Hadif! Lawan dia Hadif!

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

Afeefa masih duduk termenung di sofa ruang tamu. Dia masih teringat peristiwa tadi. Hadif masuk ke dalam rumah pun dia tidak sedari kerana terlalu melayan perasaan.

Selang beberapa minit, Hadif datang semula dengan membawa krim luka. Tempat di sebelah Afeefa diambil.

"Lea..."

Afeefa masih diam. Dia masih mengelamun.

Hadif mengeluh perlahan. Dia menarik kasar lengan Afeefa lalu diletakkan di atas pehanya.

Afeefa tersentak. Dia hanya memandang Hadif yang sedang menyinsing lengan bajunya ke atas sehingga sikunya terlihat. Hadif membelek-belek sikunya.

"Siku kau luka. Mesti sebab tergesel dekat lantai tadi" ucap Hadif perlahan.

Afeefa hanya diam tidak bersuara. Risau jika dia bercakap, air matanya akan merembes keluar. Bibir diketap.

Hadif membuka penutup krim luka lalu menyapunya ke atas luka di kedua-dua belah siku Afeefa dengan berhati-hati.

Usai menyapu krim luka, suasana kembali menjadi janggal. Hadif menatap wajah sugul Afeefa. Lama, sehingga Afeefa sendiri menyedarinya namun Afeefa hanya menunduk.

Hadif memegang dagu Afeefa dengan sebelah tangannya, mendongakkan kepala wanita itu supaya memandang ke arahnya.

Afeefa tersentak, tindakan refleks membuatkan dia sedikit berundur ke belakang kerana takut dipukul.

Hadif mengeluh. Dia menarik lengan Afeefa kedepan.

Afeefa bingung.

"Lepaskan semuanya... Jangan simpan" ucap Hadif perlahan.

"Menangislah, aku tak marah kau menangis hari ni"

Usai Hadif menyebut perkataan itu. Afeefa terus menangis sehingga tersedu-sedu.

Hadif membiarkan Afeefa yang sedang menangis teresak-esak di hadapannya. Dia memandang dengan hati yang berbolak-balik.

Satu,

BUNGA AZALEA 1 ✅Where stories live. Discover now