Bab 14

9.8K 531 16
                                    

MATA dibuka apabila deringan tekefon tidak berhenti berbunyi. Nombor tak diketahui terlihat di skrin.

Lya berkerut.

"Assalamualaikum, ni Lya ke?"

"Waalaikumussalam, ye. Ni siapa?"

"Ni Emir, kita pernah jumpa waktu majlis kau dengan Airil."

"Ouhh. Ada apa ek?"

"Nak bagitahu yang Airil sekarang ada kat hospital. Dia cedera sebab terjun dari bangunan masa nak kejar penjenayah."

Membulat mata Lya dengar.

"Terjun?!"

"Dia terjun dari bangunan tinggi ke bangunan rendah sikit. So, injured dia tak serius mana."

Lepas tanya hospital mana, terus menggelabah Lya keluar dari pejabat kecilnya.

Dia tersenyum pada beberapa orang pelanggan yang sedang membayar di kaunter.

"Mia. Aku nak pergi hospital. Kau tolong tutup kedai tau nanti."

Mia angguk dan kemudian sambung buat kerjanya di kaunter.

••••

AIRIL pandang pintu dan nampak Emir.

"Kau dah bangun."

Airil angguk je. Dia baru bangun beberapa minit tadi. Tak lama pun.

Airil pandang kaki dia yang berbalut. Dia mengeluh perlahan.

Emir yang seakan faham riaksi itu terus bersuara.

"Doktor kata kaki kau terseliuh je. Yang lain semua cedera ringan je."

Kemudian diam antara mereka beberapa saat.

"Aku tak sangka yang kau terjun dari bangunan tu semata-mata nak kejar dia. Nasib baik dapat tangkap dia, kalau tidak, tak ke sia-sia je kau lompat. Kau nilah."

Airil senyum je. Emir sahabat dia yang paling lama dia berkawan. Daripada sekolah menengah lagi.

Jadi, dia faham kalau Emir ni kuat bebel. Walaupun, Emir ni susah nak difahami dan sangat suka menyakat, Emir lah antara orang yang paling dia percaya.

Lama mereka berdiam sebelum Airil bersuara lagi.

"Aku nak minta tolong kau supaya jangan bagitahu Lya yang aku cedera sebab terjun bangunan. Kalau dia tahu mesti teruk aku kena bebel."

Emir terkebil-kebil pandang Airil.

"Pasal tukan. Aku..."

Pintu tiba-tiba dirempuh masuk menyebabkan Emir dan Airil terus pandang orang tu.

"Awak! Awak okey tak? Emir kata awak terjun bangunan." Kelam kabut Lya mendekati Airil.

Airil pandang Emir dengan mengangkat sebelah keningnya. Emir tersengih tak bersalah.

"Aku keluar dulu. Ada hal."

Setelah meninggalkan mereka berdua, Lya duduk di tempat Emir iaitu d sebelah katil Airil.

"Jangan bebel. Soal satu-satu." Kata Airil sebelum sempat Lya bersuara.

"Awak terjun bangunan?"

"Ya."

Membulat mata Lya mendengar. Bibir diketap. Dan sesaat kemudian, Lya terus memukul Airil perlahan.

"Au! Au! Sakitlah." Adu Airil.

"Padan muka. Geram betul saya. Awak terjun bangunan tu kenapa? Awak ingat awak Jackie Chan ke?"

Tak puas hati betul Lya dengan suaminya itu.

"Aku cuma guna jalan pintas untuk kejar penjenayah tu."

Balasan Airil buatkan mata Lya mengecil. Kemudian, dia mengeluh. Benda dah jadi, dia bersyukur sangat takde kecederaan teruk.

"Doktor kata apa kat awak?" Soal Lya lepas dia dapat bertenang.

"Kaki terseliuh. Yang lain cuma cedera biasa. Tak serius pun"

Lya pandang kaki Airil yang terseliuh. Dia kemudian pandang Airil yang memang tengah pandang dia dari tadi.

Ada parut kat dahi. Tak besar tapi jelas kelihatan merah-merah parut tu.

Air mata bertakung. Lya pandang mata Airil. Terangkat kening Airil melihat air mata isterinya.

"Kenapa ni?" Soalnya lembut kali ni.

Air mata itu diseka dengan tangan kiri.

"Huwaaa!!"

Kepala diletakkan pada dada Airil. Teresak-esak Lya nangis sampai basah baju pesakit.

"Awak jangan lah buat macam tu lagi. Saya risau tau! Kalau jadi benda lain macam mana?"

Ditumbuk perlahan dada suaminya. Airil tahan senak, sakit juga kalau kena pukul banyak kali.

Dipegang tangan Lya yang berada di dadanya.

"Sakitlah."

Lya angkat muka. Diusap dada Airil yang ditumbuk tadi.

Airil seka air mata Lya.

"Saya sayang awak lah. Janji jangan buat lagi."

Airil diam.

"Aku tak boleh janji. Aku kan polis. Ini perkara biasa lah."

Kali ni Lya pula diam. Dia mengeluh.

Airil tahu mesti Lya geram dengan dia. Dia depakan tangan pada Lya dengan muka tak berperasaan.

Lya pandang pelik.

Airil ke tepi sedikit dan menepuk ruang di atas katil pesakit itu.

Tanpa banyak bicara, Lya baring di sebelah Airil dan peluk Airil.

Lya senyum manakala Airil terus pejamkan mata.

"Awakkk." Meleret panggilan Lya.

"Hmm." Gumam Airil dengan mata tertutup.

"Kalau saya nak cium bol-"

"Dah dibagi betis nak peha pulak. Tidur."

Lya mencebik tapi dia dengar arahan Airil. Dan mereka tidur sambil berpelukan di atas katil pesakit.

Airil terbangun bila dia nampak jururawat sedang periksanya. Dia biarkan je dan pandang Lya yang masih lena.

Tangan kiri yang menjadi bantal Lya mengusap tudung si isteri yang dah senget sikit sebab tidur.

Selesai je, jururawat tersebut tunduk menandakan dia ingin beredar. Airil angguk dan jururawat tersebut keluar dari wad.

Harap pembaca enjoy dengan cerita ni ketika masa lapang pada tahun yang baharu ni.😉

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now