PEN di tangan terpusing-pusing. Mata memandang komputer yang menunjukkan rekod jenayah terbaru. Fokus betul Airil melihat.
Ketukan di meja menyentakkan Airil. Dia mendongak dan terlihat wajah rakan sekerja merangkap kawan baiknya, Emir Arif.
"Sebelum kau nak marah aku, aku dah ketuk dah pintu bilik kau. Tak dengar-dengar. Jadi aku masuk jelah." Tanpa izin terus dia duduk dekat kerusi yang tersedia.
"Kau kenapa ni? Fokus semacam je tenung komputer tu. Macam angau je. Gaya macam baru lepas kena cium. Kena cium dengan isteri ke?"
Airil yang baru nak minum terus tersedak. Gelabah Emir jadinya. Airil menarik nafas dalam setelah tenang. Emir dipandang. Macam tahu-tahu je mamat ni. Stalked aku ke apa?
"Kau ni mengarut je. Takde kerja ke?"
Emir mencebik.
"Ala kau ni. Aku nak lepak-lepak jap." Airil tak kata apa, dia hanya membiarkan Emir.
Apabila teringat kejadian pagi tadi, tangan diletakkan pada bibirnya. Mata terpejam seperti menghayati semula apabila bibir lembut dan suam itu melekap di bibir Airil meskipun hanya sesaat.
Apabila sedar dengan kelakuannya, Airil pantas menggelengkan kepala.
"Gila. Aku pun dah nak gila sama macam perempuan tu."
••••
BAHAN di depannya dipandang lama. Ada lobak, sayur, timun, bawang dan cili serta beberapa lagi bahan asas. Puan Putri dipandang.
"Kita nak masak apa ni ma?"
"Kata nak masak makanan kegemaran Airil. Takkan dah kahwin 3 minggu, Lya tak tahu makanan kegemaran dia?"
Lya tersengih. Macam kena sindir dengan Puan Putri, padahal takde apa pun.
"Tak. Tapi biar Lya teka. Airil tekak dia memang tekak orang melayu. Kita nak masak... Nasi Lemak!"
"Betul!" Tersenyum lebar Lya apabila tekaannya betul.
"Jadi. Kita nak masak nasi lemak lah ni?"
Melihat anggukan Puan Putri membuatkan Lya tersenyum lagi. Mudah betul tersenyum, lain dengan suaminya.
"Dah, Lya pergi masak nasi dengan daun pandan tu."
Lya mengikut arahan Puan Putri dengan teliti. Cara masakan mama mertuanya lain sikit dari apa yang dia belajar dalam YouTube.
"Mama nak ajar masak sambal yang diajar oleh nenek Airil. Resipi ni turun temurun dan memang sedap. Airil suka sangat bila mama masak nasi lemak sebab resipi ni lah."
Terangguk-angguk Lya mendengar. Kiranya sekarang dia akan terima resipi tu yang telah digunakan bertahun-tahun.
Resipi yang diberitahu Puan Putri disimpan di dalam telefon. Kemudian, dia buat seperti yang Puan Putri suruh.
Bila nak potong bawang, menangis-nangis Lya dibuatnya. Nak potong lobang pulak, luka di jari. Waktu nak masak sambal tu, minyak terpecik kat tangan habis ada kesan hitam.
Menggeleng kepala Puan Putri melihat. Memang tak suka masuk dapur budak ni. Nasib baiklah rajin dan pandai kemas rumah. Kalau tidak, memang kena diajar sampai mahir.
Setelah lama Lya memasak sambil diperhatikan Puan Putri, siap juga nasi lemak turun temurun.
Bau nasi lemak yang sedap membuatkan Lya terjerit gembira. Tubuh Puan Putri dipeluknya.
"Terima kasih mama sebab ajar Lya masak. Lya sayang mama! Mama yang terbaik." Puan Putri tergelak dengan gelagat anak menantunya itu.
"Apa-apa je. Janji dengan mama satu perkara." Lya melepaskan pelukan.
"Janji apa?"
"Janji untuk ikat Airil ketat-ketat hanya untuk Lya dan ajar dia supaya senyum banyak sikit. Airil tu lepas abangnya meninggal, memang dia dah jarang senyum." Puan Putri tiba-tiba sendu.
Lya memeluk lagi Puan Putri.
"Tak mo lah sedih-sedih mama. Baik, Lya janji. Lya akan pastikan Lya ikat Airil seketatnya dan ibu akan dapat cucu cepat dan Lya akan pastikan Airil untuk selalu senyum!"
Gelak tawa Puan Putri bergema di dalam dapur rumahnya. Geli hati dia dengan perangai selamba anak menantunya itu.
Wait ah...
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...