LATELY ni Lya rasa tak sedap badan. Rasa macam makin kuat makan dan badan makan naik. Naik mendadak pulak tu.
Dan disebabkan itu, Lya berada di dalam tandas. Pegang ujian kehamilan.
Benda tu dia dah lama simpan, teringin nak guna dari dulu tapi tulah. Tak de sebab.
Sekarang bila dah ada simptom, boleh lah cuba guna.
Keputusan dilihat dan dua garis biru kelihatan.
"Betul ke benda ni?"
Perut dipegang.
"Ada baby ke dalam perut ni?"
Diketuk-ketuk perut perlahan.
"Hello? Ada isi ke tak?" Ujar Lya dan diam. Seolah menunggu respon.
"Tak akan lah terus ada respon. Perut pun kecik lagi."
Lya pandang pregnantcy test sekali lagi. Dahi berkerut.
"Nak bagitahu Airil tak? Ke pergi buat check up dulu? Tapi kalau aku bagitahu, dan keputusan negatif. Tak ke kecewa laki aku?"
Terkebil-kebil mata Lya. Tangan menahan di singki dan mata didongak ke atas. Cuba untuk buat keputusan.
"Lya! Lama lagi ke kat dalam?" Teguran Airil dari luar buatkan Lya tersentak.
Cepat-cepat dia buka pintu dan nampaklah Airil yang elok tercegat depan pintu.
"Sorry." Ujar Lya bersama sengih.
Airil tak kata apa terus dia masuk dalam bilik air. Lya mencebik dengan respon Airil.
Kaki melangkah ke arah dapur dan dia berhenti berjalan. Berfikir sekajap.
Tunggu jap.
Airil masuk bilik air tadi. Okey. Kenapa aku ada dalam bilik air tadi?
Untuk buat ujian. Ujian kehamilan. Okey.
Habistu... MANA BENDA TU?
Bulat mata Lya. Habislah.
"Lya." Suara Airil buatkan Lya terkaku.
Dipusingkan badannya perlahan menghadap Airil.
Airil angkat tangannya dan nampaklah pregnantcy test tu. Dan keputusannya adalah positif.
"S-saya memang nak bagitahu awak. Serius!"
Airil tak kata apa tapi dia terus peluk tubuh Lya buatkan Lya kelu sekejap.
"Awak.. Tapi saya tak sure tau. Kita kena check dulu. Kalau salah nanti awak jugak yang kecewa."
Lya berkata perlahan. Airil angkat muka dan angguk. Kemudian, dia sambung peluk Lya.
Lya senyum lebar.
"Awak jangan terlalu berharap tau." Pesan Lya. Takut nanti Airil sedih.
"Hmm." Balas Airil. Padahal dalam hati dia dah doakan agar semuanya adalah kenyataan dan bukan mimpi.
Late update...
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...