"You're my sýzygo!"
.
.
.LYA membuka pintu rumah perlahan-lahan. Salam diberi dan dia melangkah masuk ke dalam rumah kondo yang telah diduduki selama dia bergelar isteri kepada Putra Airil.
Plastik yang dipenuhi barang basah diletakkan atas meja. Tudung dibuka dan dengan pantas dia menukar pakaian kepada baju T-shirt lengan pendek dan seluar trecksuit.
Lya mengeluh perlahan memikirkan masakan yang harus dimasak. Dia ni sejujurnya bukan orang yang mahir memasak. Kebanyakan masakan Lya semuanya ikut resipi buku dan mak mertuanya.
"Nak masak apa hari ni?"
Dia memandang buku resipi yang memang tersedia di atas meja. Lama dia merenung untuk berfikir.
Nombor Airil didail. Tak betah lagi untuk berfikir lebih lama.
"Hai awak! Maaf ganggu awak waktu kerja."
"Hmm."
Lya tersenyum dengan respon Airil. Dia dah biasa dengan sikap Airil tu.
"Saya fikir dari tadi nak masak apa. Tapi saya tak tahu. Jadi, saya nak tanya awak ada tak apa-apa makanan yang awak teringin nak makan."
Diam sebentar di talian sana. Mungkin sedang berfikir.
"Sambal jering."
"Baik! Sambal jering. Saya akan buatkan untuk awak. Awak balik awal tau! Okey,bye! Muah!"
Tit~tit~
Cis! Dasar suami. Dia terus end call.
Senyuman yang mekar dari tadi kerana mendengar suara si suami terus kendur.
"Sekarang, macam mana nak buat sambal jering?"
Aplikasi Google dibuka. Resipi dan bahan dibaca dengan teliti sambil tangan menyediakan apa yang patut.
"Okey! Let's get it!"
••••
TEPAT pukul 5 petang, pintu kondo dibuka. Senyuman Lya melebar. Pasti suaminya si pendiam tu.
Dia mendekati si suami. Rutin yang dia amalkan sepanjang 3 minggu ini, Lya menyalam tangan kanan Airil.
"Selamat pulang awak!"
"Hmm."
Lya meletakkan segala barang kerja Airil di atas sofa dan tangan milik Airil ditarik.
Airil hanya membiarkan dengan rela. Sampai di tempat duduk, Lya mengarahkan Airil untuk duduk.
"Ni sambal jering khas untuk awak sayang!" Ceria sekali suara Lya.
Airil memandang lama. Seperti sedang memberikan markah pada hasil makanan Lya melalui pandangan dan bau. Tiba-tiba Lya rasa berdebar pulak.
Setelah beberapa saat, pandangan di hala pada Lya.
"Pinggan."
Lya dengan pantas mengambil pinggan bersih dan menyendukkan nasi dan sambal jering serta ulam-ulaman untuk Airil.
Airil merasa sesuap. Lya memandang penuh gementar. Tengah menunggu sebarang komen dari mulut Airil.
Kali pertama sejak berkahwin, Airil makan bersamanya. Selalunya Airil langsung tak ingin. Apabila diajak, pasti Airil menolak. Selalunya mereka akan makan berasingan.
Sebab itu, Lya rasa berdebar sangat bila masakannya dimakan oleh Airil di hadapannya kini.
Nasi tadi telah selamat ditelan oleh Airil. Dia terdiam sebentar. Lya menggigit bibirnya. Tak sedap ke? Takkanlah. Aku tiru sebijik macam dalam Google kut.
"Macam mana?" Terus Lya bertanya sebab tak tahan.
"Okey."
Dengan itu, Airil makan lagi tanpa bicara. Lya tersenyum puas. Walaupun itu bukanlah rasa macam pujian pun, tapi dia cukup bangga bila Airil makan masakannya tanpa rungutan. Itu dah cukup memberi kebahagian buat Lya.
Tangan ditongkat di atas meja. Matanya leka memerhati Airil yang sedang makan.
Airil berhenti makan kerana rasa tak selesa diperhati. Tanpa memandang Lya, dia bersuara.
"Aku tak selesa."
"Hmm." balas Lya bersama anggukan sambil tersenyum tetapi mata masih memandang Airil.
Airil menggigit pipi dalamnya sedikit apabila melihat tiada perubahan pada Lya. Dia berdehem perlahan sebelum bersuara lagi.
"Aku nak makan."
"Hmm. Makanlah." Lya membalas tetapi tindakannya masih seperti tadi.
"Lya Zandra!" Nama Lya ditekankan sedikit. Dia memandang mata Lya lekat.
Lya seakan tersedar. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Airil yang memerah. Aik, malu ke marah ni cik abang?
"Ah, maaf. Makanlah-"
Kata-kata Lya tersekat apabila melihat Airil bangun dari kerusi. Kelam kabut Lya bila melihat Airil yang ingin beredar tanpa menghabiskan makanan.
"Awak. Makanan tak habis lagi. Kenapa? Tak sedap ke saya masak?"
Ingin dikejar Airil, tapi langkahnya terhenti apabila Airil bersuara.
"Aku tak suka bila kau pandang aku macam tu. Aku dah kenyang. Kau habiskan lah sendiri."
Setelah berkata begitu, Airil lantas meninggalkan meja makan. Tanpa sedar Lya kecewa.
Slow update gilerr
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...