Bab 10

10.2K 562 11
                                    

TEPAT jam 10 malam. Dah 3 minggu 1 hari dan 22 jam tapi tubuh kurus Airil masih tak kelihatan. Takde call, takde mesej.

Lya mengeluh lagi.

"Kata 3 minggu je! Ni dah lebih 1 hari. Tipu je!"

Bantal di katil ditumbuk-tumbuk menunjukkan betapa tak puas hatinya dia sekarang ni.

Bunyi pintu dibuka, Lya terus pergi ke depan dan nampak suaminya dengan beg baju. Terpaku Lya sekejap.

Airil mengangkat sebelah kening. Tangan didepakan luas oleh Airil.

Lya tersenyum sayu dan terus lari lalu peluk tubuh Airil. Muka disembamkan pada dada Airil.

"Rindu awak. Kenapa lama sangat?" Tanpa Lya sedar dia dah menangis.

Airil mengusap kepala isterinya lembut.

"Manjanya kau ni. Baru pergi 3 minggu, apa jadi kalau aku pergi berbulan-bulan."

Mendengarkan itu terus Lya tumbuk dada Airil perlahan.

"Takmo lah! Orang tak suka. Orang rindu awak lah." Kepala Lya angkat dan pandang Airil.

Airil tersenyum nipis, air mata Lya diusap. Nasiblah dapat isteri cengeng dan manja macam ni.

"Sorry. Tadi aku hantar Emir balik kampung dulu sebab ayah dia sakit." Bisik Airil sambil pandang Lya.

Lya pulak naik segan bila Airil pandang dia macam tu. Dia lepaskan pelukan dan tarik tangan Airil sampai bilik.

"Awak lambat hampir 2 hari. Jadi awak kena denda."

Airil pandang Lya yang dah senyum sinis. Dia kena ikut arahan Dania, Huda dan Eza. Lya pegang sebelah pipi Airil.

"Saya rindu awakk.."

••••

AIRIL tersenyum-senyum melihat gambar yang diberikan Puan Putri. Gambar Lya sedang memasak di rumah mamanya.

Lya masih lagi belajar memasak dengan Puan Putri. Dia kata dia tak akan berhenti selagi masakannya tak sebijik macam mama.

Kepala Airil tergeleng-geleng melihat kegigihan isterinya itu.

Emir tengok dari luar pejabat. Berkerut kening melihat kawannya tersengih-sengih.

"Ehem!" Kepala ditoleh dan Emir terkejut melihat ketuanya.

"Tuan!" Tegur Emir.

Ketuanya dikenali sebagai Hassan, mengangkat sebelah kening. Kemudian, mata dialihkan memandang Airil.

"Kenapa dengan Airil tu?" Soal Tuan Hassan pada Emir.

"Airil tu? Saya pun tak pasti tuan. Lepas balik dari Terengganu terus mereng macam tu." Balas Emir selamba.

"Angau kut dia. Orang dah kahwin tuan." Ujar Emir lagi.

Hassan mengangguk faham. Dia memandang Emir yang masih fokus melihat Airil.

"Yang awak tu bila nak kahwin?"

Soalan Tuan Hassan hanya dibalas dengan sengihan.

"Jodoh belum sampai tuan."

Tuan Hassan menggelengkan kepala. Dalam hati, dia doa agar Emir cepat-cepat dapat jodoh. Takdelah kerja asyik nak bawang sana sini.

••••

"LYA, bangunlah. Kau tak pergi kerja ke hari ni?"

Lya menguap perlahan. Rasa malas sangat nak pergi kerja hari ni. Sebab hari ni dia kena ambik stok buku baru kat syarikat penerbitan.

Dah lah semalam tidur lambat. Nasib baik tak terlepas Subuh.

Dia duduk di atas birai katil. Airil dipandang.

Airil tidak berbaju hanya dengan berseluar membuatkan Lya terpaku. Bukan tak pernah nampak, tapi entah kenapa Airil nampak extra handsome.

"Awak dah nak pergi kerja ke?" Soal Lya.

"Hmm."

"Ouh, baju awak saya dah gosok. Saya ada gantung kat sana. Awak tengoklah."

Tanpa banyak bicara, Airil pergi ke tempat gosok baju di bilik sebelah.

Lya ekori Airil. Dia bersandar di tepi pintu bilik dan melihat Airil yang sedang pakai uniform polis. Sebenarnya, lebih kepada usyar badan Airil.

'Bahu bidang, dada sasa. Ada abs tapi tak berapa jelas. Sesuai dengan taste aku.'

"Erm.. Awak dulu memang suka workout ek?"

Airil pandang Lya sekejap. Dia angguk dan kemudian sambung butang baju.

"Patutlah awak ni kacak gila-"

"Lya. Pergi mandi."

Lya mencebik mendengar arahan Airil. Dia senyum nakal.

"Patutlah awak ada abs-"

"Lya."

Airil pandang Lya tajam. Lya memuncung.

"Yelah. Yelah. Puji sikit pun nak marah." Lya menjeling Airil.

"Tak payah puji sangat. Pergi mandi. Kerja." Arah Airil lagi.

Lya pergi bilik mandi sambil mulut membebel kutuk Airil.

"Eleh, puji pun salah. Tak puji pun salah. Puji laki lain nanti baru tahu. Nasib baiklah orang ni setia. Eei! Geram je rasa."

Airil menggeleng mendengar kutukan Lya. Asal lah gatal sangat isteri aku ni?

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now