Bab 2

10.9K 560 64
                                    

"You're my sýzygo!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You're my sýzygo!"
.
.
.

AIR jus epal itu dihirup sambil mata memerhati Putra Airil tanpa penat. Tangan ditongkatkan di atas meja. Pandangan Aunty Putri tidak langsung dihiraukan.

'Minah ni dah kenapa? Tak betul agaknya' dengus hati Airil. Pelik dengan sikap selamba gadis itu.

Bunyi telefon Airil kedengaran. Airil memandang nama pemanggil sekilas sebelum memandang mamanya.

"Ma, ibu pejabat call. Ril angkat dulu." Melihatkan anggukan Puan Putri, terus sahaja Airil keuar dari restauran itu.

Mata Lya masih melekat pada Airil. Sehingga pintu restauran tutup, dia tetap melihat jejaka itu. Sampai terdongak-dongak kepala mahu melihat.

Puan Putri ketawa kecil dengan telatah Lya. Dirasakan comel baginya.

"Lya?"

"Ya, aunty?" Barulah pandangan dialihkan pada Puan Putri.

Mereka dah berkenalan tadi waktu nak beli baju. Baru sekejap berjumpa wanita itu, dirasakan macam dah jumpa lama. Peramah betul Aunty Putri.

Tak macam anak dia. Sombong semacam. Tak kena langsung dengan perangai mamanya. Sepanjang mereka membeli belah, lelaki yang dia kenal sebagai Putra Airil tu, sikit pun tak tegur dia.

"Berkenan ke?''

Terkebil-kebil Lya mendengar soalan Puan Putri. Dia nak marah aku ke? Tapi kenapa dia macam suka je.

"Aunty tak suka ke?" resah mula menyapa Lya.

Tak naklah kisah macam ni. Memang ada drama dan novel yang ibu mertua tak boleh terima menantu perempuan. Tapi dia tak nak kisah macam tu untuk diri dia.

"Sape kata? Kalau Lya dah suka Ril. Aunty nak lamar Lya untuk Ril. Lya nak tak jadi isteri Airil?" jawapan Puan Putri buatkan Lya rasa nak ketawa bahagia.

'Apasal lah kisah hidup aku ni mudah sangat. Bagus! Senang aku nak buat kerja!'

"Aunty tak kisah. Aunty lagi suka! Ril tu pun bukannya muda lagi. Dah 29 tahun. Patutnya sekarang ni, aunty dah ada cucu dah. Rupa dah ada, kerja pun stabil. Tapi, awek. Sorang pun takde."

Ketawa Lya mendengar bebelan Puan Putri. Dah serupa emak dah, tak habis-habis cakap pasal cucu.

"Airil takde adik beradik yang lain ke?"

"Dia ada abang. Tapi, dah meninggal 9 tahun lepas. Kemalangan. Tinggal lah Airil sorang. Sebab tu, kalau boleh aunty nak perempuan yang boleh jaga Airil. Sebab aunty tahu, Airil tak kahwin sampai sekarang sebab tak nak aunty dan suami aunty sunyi."

Keadaan jadi sayu seketika. Lya pegang tangan Puan Putri. Senyuman diukir buat wanita itu.

"Tentang lamaran tadi. Masih buka tak aunty?" Selamba Lya bertanya.

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now