SELESAI sarapan, Lya teman Airil keluar dari pintu rumah.
"Aku nak pergi kerja ni."
Tangan Airil disalam Lya. Badan dipusingkan Airil, bersedia ke tempat kerja.
"Awak!" Jeritan Lya buatkan Airil berpaling.
"Awak ada lupa sesuatu tak?"
Airil berkerut.
"Takde." Yakin dia tak tertinggal apa-apa.
"Adalah. Sini!" Airil mendekati Lya semula.
Jaket Airil ditarik kuat dan bibir Airil dilekapkan beberapa saat. Senyum Lya tarik lebar.
"Okey dah. Bye!"
Berlari Lya masuk ke dalam rumah. Airil gigit pipi dalam agar tak senyum tetapi akhirnya senyum dia terukir.
"Gedik betul." Jaket pakaiannya dibetulkan dan dia bergerak melangkah ke dalam lif.
••••
"MACAM kurang garam." Lya memejamkan matanya merasa masakan.
Garam ditambah lagi dan digaul. Diletakkan beberapa titis di atas tangan dan dirasa.
Mata melilau sampai terpejam-pejam cuba mencari lagi kekurangan.
"Argh!" Terjerit Lya apabila rasa ada tangan yang memeluk pinggangnya.
"S-siapa?!"
Tak berani nak menoleh. Jerit pun takut. Buatnya penyamun dan dia ada senjata. Tak ke bahaya!
"Aku lah." Perlahan je suara.
Bulat mata Lya. Pantas dia menutup api dan menoleh. Terlihat Airil yang sedang memejamkan mata.
"Eh?! Awalnya balik awak tak kerja ke?"
Airil menggeleng. Ditarik Lya rapat.
Lya dah berkerut dahi. Tak pernah-pernah Airil peluk dia macam ni. Nak bermanja-manja. Pelik ni.
Muka diletakkan pada leher Lya buatkan Lya rasa sesak nafas dengan sikap Airil yang nak menggedik tiba-tiba ni.
Terasa kehangatan pada tubuhnya. Tangan menyentuh dahi Airil.
Tahulah dia yang Airil demam. Patutlah buat perangai yang dia tak pernah-pernah nak buat.
"Awak demam ni. Jom naik atas dulu. Awak rehat."
"Hmm." Airil bergumam tapi tangan masih melilit pinggang si isteri.
Lya senyum. Rasa seronok pula bila Airil peluk dia macam ni. Dahi diletakkan pada bahu Airil.
Dan masa berlalu dengan mereka berpelukan lama di dapur.
Happy reading tau✌🏻
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...