"KALAH lagi!" Syaf merengus tak puas hati. Pandangan dihala pada Airil.
Abang iparnya itu, menang pun tak senyum. Kalau kalah lagi lah tak senyum. Pelik.
Nasib baik aje abang iparnya itu jenis yang baik walaupun tak suka senyum.
"Abang. Ajar lah Syaf skill tadi tu."
Kali ni baru Airil senyum. Itupun sesaat je dan dia angguk.
Lya pandang je dari dapur. Tiba-tiba dia rasa Airil tu nampak seksi pulak. Padahal main PS4 je. Parah dah Lya ni.
"Lya!"
"Ya mak?" Pandangan terus dihalakan pada emaknya. Berkerut dahi orang tua tu.
"Pandang apa? Emak panggil tak dengar-dengar."
Lya sengih. Kepala digelengkan tanda tiada apa.
"Letak ni kat depan. Jap lagi Eza dengan laki dia nak datang." Arah Puan Asz.
Tanpa batahan, dulang yang berisi jag air oren dan kuih muih diangkat ke depan.
••••
SEKARANG semua dah ada kat ruang tamu. Termasuk Eza, Ilman dan Encik Edy.
Seronok mereka bermain dengan anak Eza iaitu baby Ham singkatan dari Ilham.
Peha ditepuk buatkan Lya pandang Puan Asz.
"Eza dah bagi mak cucu. Kau tu bila?"
Semua beri perhatian pada Lya kecuali Airil. Dia pura-pura tak dengar sebab nak lari dari kena soal.
Lya pandang emaknya lama. Dia senyum.
"Insya Allah, tak lama lagi tu. Sekarang pun Airil dah makin selalu kat rumah. Tak lama lagi mak dengan ayah dengar lah berita. Kan awak?" Mata dikenyitkan pada Airil yang sedang elok minum air.
Tersedak Airil dengar jawapan Lya. Gatal.
"Gatal lah akak ni. Miang!" Ejek Syaf.
"Kau diam. Kau kecik lagi. Tak payah sibuk." Dijeling adiknya itu. Asyik nak sakat orang aje.
Lya tengok jam di dinding. Dah masuk tengah malam. Airil yang sedang berbual dengan Syaf, ayahnya dan Ilman dipandang.
Tiba-tiba Lya menguap. Peha anak sulungnya ditepuk.
"Iyapun tutuplah mulut tu dulu."
Lya sengih je.
"Erm awak. Jom tidur." Ujar Lya dengan berbisik di telinga Airil.
Airil pandang Lya dan nampak Lya tengah senyum seram. Meremang bulu roma Airil melihat.
Airil angguk teragak-agak. Dia berdiri dan lengannya ditarik Lya.
"Nak pergi mana tu?" Tegur Syaf.
Lya dah gulingkan biji mata. Sibuk aje.
"Nak pergi buat anak!"
Usai kata begitu, lengan Airil terus ditarik berlari masuk bilik mereka.
Membulat mata Syaf mendengar. Tak malu punya kakak. Merah pipi Syaf dibuatnya, menyesal tegur tadi.
Eza, Ilman dan Puan Asz ketawa besar. Encik Edy menggeleng dengan perangai tak senonoh anak sulungnya.
Saya terharu pada yang support saya. Thankies sangat sebab vote and sudi baca story nih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kisses (Love You!)✅
De TodoLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...