"APA yang Lya cari?"
Lya pandang Kak Andak yang sedang makan kuih donut.
"Kak Andak ada nampak Airil tak? Lepas je solat Asar terus lesap."
Kak Andak angguk.
"Ada. Cuba tengok kat depan pool tu."
Mendengarkan itu, terus Lya bergerak pada kolam renang dan terlihat lah suaminya yang sedang elok main air di antara kolam renang kanak-kanak dan dewasa.
Lya senyum bila nampak Airil yang tengah jaga Kasturi dan Nadim. Dua-dua anak Kak Ngah. Sambil tu dia agah Zhia anak Kak Yana.
Bibir digigit. Nampak sangat ciri-ciri ayah. Entah kenapa Lya rasa Airil nampak seksi sangat.
Lya datang dekat dan labuhkan punggung tepi pool. Kaki dicelupkan dalam air. Tak berniat nak mandi sebab dia dah mandi tadi.
"Kenapa?" Soal Airil hairan nampak isterinya kat sini.
"Takde. Saje datang. Rindu awak." Lya kuntum senyum.
Airil tak bagi riaksi pun. Dasar mamat heartless. Kutuk Lya dalam hati.
Airil berenang ke tengah. Lya pandang Airil sesekali matanya dihala pada anak-anak buahnya. Risau apa-apa jadi. Dia jugak yang kena nanti.
Lya dah mula bosan bila Airil leka berenang. Dipercikkan air kepada Airil. Tak dilayan.
Dipercik lagi. Airil pandang dia dan kemudian sambung berenang.
Ternganga Lya dengan respon suaminya. Dipercikkan lagi dengan lebih banyak.
Airil terus berenang ke arahnya laju. Baru je Lya nak bangun, pehanya ditahan.
Mata Lya dan Airil bertembung. Lama Airil pandang Lya buatkan Lya rasa tak selesa.
"Ke-kenapa?"
"Kau tahu kenapa."
Lya mencebik. Tangan disilangkan ke dada.
"Memang lah. Dah awak tu tak nak layan saya."
"Dah tu kau nak apa?"
Lya diam. Fikir sekejap. Dia nak apa sebenarnya ek?
"Perhatian awak?" Polos Lya jawab.
"Pandai berenang?" Soal Airil rawak. Rambutnya diusap kebelakang.
Lya geleng buatkan Airil tarik senyum senget.
Pinggang Lya ditarik dan menyebabkan Lya terus jatuh ke dalam kolam. Menjerit Lya kuat.
"Awak! Saya baru je mandi tadi!"
Lelaki tu ketawa kecil. Lya dah terleka pula pandang Airil.
Lengan ditongkat pada bahu Airil dan diletakkan kepalanya. Sebelah lagi pegang baju Airil supaya tak terjatuh. Dalam tu kolam, Lya pula jenis yang pendek.
Dipandang wajah Airil lama. Tengok dekat-dekat, handsome betul laki aku ni. Tapi kenapa orang kata dia tak handsome ek?
Airil pandang Lya. Tiba-tiba Airil senyum nipis.
Sampaikan Lya pun terikut senyum sekali. Tapi lebih lebar. Bibir digigit tahan daripada rasa nak cium wajah Airil.
"Awak..Nak cium."
Tanpa tunggu balasan Airil terus dicium pipi kanan Airil. Bila nampak Airil yang macam tak kesah, terus dicium pipi kiri pula.
"Awak ni... Nape comel sangat?" Soal Lya bila dia rasa nak menggedik lagi.
Airil senyum nipis dan angkat bahu. Lya pun turut senyum. Lama-lama boleh kena kencing manis aku dibuatnya. Manis sangat! Padahal senyum sikit je.
Puncak hidung Airil dicium dua kali sebelum Lya letakkan kepala pada leher Airil.
"Awak comel!!" Jerit Lya pada leher Airil.
Tapi tak kuat sebab Lya dah sembamkan muka dia kat situ. Jadi, hanya Lya dan Airil je dengar.
Airil angguk. Iya kan aje apa yang isterinya tu kata. Dia tak faham mana yang comel, tapi dah Lya suka. Dia pun suka jugak.
"Aku dah kata diorang tengah buat benda tak elok."
Suara seseorang buatkan Airil dan Lya tersentak. Lya angkat muka dan nampak sepupu-sepupunya sedang pandang.
Aduh! Malu pula rasa.
"Diamlah kau! Sibuk jeee!" Jerit Lya kuat pada Shameer.
Airil bawa Lya ke tepi kolam. Dia dah mula rasa segan sebab sepupu Lya nampak mereka.
"Orang suruh jaga budak-budak. Yang korang dua dating ni dah kenapa." Sindir Syabil selamba.
Pipi Airil dah merah teruk. Lya nampak riaksi Airil. Kesian pula bila Airil kena usik. Kalau Lya tak apa. Dia memang muka tembok.
"Dah lah korang. Bawa budak-budak masuk. Aku nak sambung date dengan Airil. Byeee."
Usai kata begitu, lengan Airil dipeluk Lya dan Lya heret Airil masuk bilik mereka. Nak tukar baju.
Terpinga-pinga sepupunya yang lain.
"Takde. Takde. Adam. Kau bawa masuk budak-budak. Daaa."
Eza, Huda, Dania dan Sofia terus berlari tinggalkan Adam, Syabil, Deam dan Shameer sendiri.
"Woi! Korang!"
Adam dah jerit tak puas hati bila Syabil, Deam dan Shameer pun tinggalkan dia.
Dah. Settle.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...