Bab 5

9.7K 540 14
                                    

"You're my sýzygo!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You're my sýzygo!"
.
.
.

MATA dibuka perlahan-lahan. Orang di sebelahnya yang sedang tidur pulas dipandang. Lya nyenyak tidur sambil memeluk bantal. Rambut telah sepenuhnya memutupi muka.

'Lasaknya. Dah tak serupa perempuan.' kutuk Airil dalam hati.

Walaupun perkahwinan bukan lah apa yang diinginkan Airil, tapi dia taklah macam hero-hero dalam drama lain.

Yang minta si isteri untuk tidur berasingan. Dia tak kisah tidur bersama dengan Lya, cuma Lya tak boleh melebihi batas walaupun Lya berhak.

Airil memegang perut yang kosong. Menyesal pulak tak habiskan makanan tadi. Lya dijelingnya lagi.

Pasti yang Lya takkan bangun. Perlahan-lahan Airil keluar dari bilik tanpa buat bising. Terjengket-jengket kakinya mengintai dapur.

Tudung saji dibuka. Senyuman terukir melihat sambal jering  kesukaannya dan ulam diraja masih ada. Maklumlah, tekak orang melayu.

Dengan pantas dia menyeduk nasi dan setelah membaca basmallah, Airil menyuap sesuap nasi.

'Taklah sesedap mama. Tapi okeylah.'

Lampu dapur tiba-tiba dibuka. Terhenti kunyahan Airil melihat Lya yang sedang tersengih.

"Ouh, tadi kata tak nak. Sekarang dia pula yang makan malam-malam. Dah macam tikus." Sindir Lya bersama sengihan.

Airil menjeling. Kunyahan tadi ditelan. Dia mengabaikan Lya yang sedang memandangnya lama.

"Asal? Nak makan pun kena bagitahu kau?"

Lya menggelengkan kepala.

"Tak. Tak. Saya cakap je. Nasib baiklah saya tak buang sambal ni. Kalau tidak, kempunan awak tak dapat nak merasa." Lya sengaja mengejek Airil yang sedang makan dengan berselera.

Airil berdiri dan membasuh tangannya. Sebelum dia bergerak naik ke bilik, Lya dipandang.

"Aku nak kau belajar masak dengan mama dan makanan kau tu tak sedap mana pun. Aku makan sebab lapar je."

Lya mendengus sambil melihat pemergian Airil. Pinggan suaminya dilihat. Dia tergelak kecil.

"Tak sedap pun awak habis makan. Licin pinggan tu."

Lya mengambil pinggan Airil dan basuh. Dia berfikir mungkin esok dia akan ke rumah ibu mertuanya untuk belajar memasak.

"Kalau nak pikat suami, kena pikat perut dia dulu."

Teringat kata-kata Dania sewaktu Lya mengutarakan masalahnya dengan Airil. Ya, Lya ceritakan masalahnya pada Dania dan Huda serta adiknya, Eza Zaira memandangkan mereka memang rapat.

••••

LYA mendekati Airil yang sedang elok siap beruniform polis. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan kononnya ada habuk kat bahu Airil. Padahal dia saje nak manja-manja.

Airil mengangkat sebelah keningnya.

"Pahal?"

Lya hanya tersenyum. Mesti suaminya sekarang ni pelik dengan perangai dia yang tetiba je nak manja-manja.

"Awak nak pergi kerja nanti, awak balik makan tengah hari tak?" Soal Lya sambil mata memandang pada lencana di bahu Airil. Ada 3 lencana menunjukkan betapa tingginya jawatan seseorang.

'Tingginya jawatan husband aku ni. Bangga lak kite!'

"Tak kot."

Mendengarkan jawapan Airil, terus senyumannya mengendur. Airil perasan dengan riaksi Lya. Dia cuba menyembunyikan senyum.

"Ouh. Takpelah."

Lya melepaskan tangan di bahu Airil dan mahu melangkah keluar dari bilik. Tapi, kepalanya yang berbalut tudung ditarik sikit menyebabkan Lya berhenti berjalan dan terjerit kecil.

"Aku gurau jelah. Ye, aku lunch kat rumah."

Lya terus tersenyum lebar. Tubuh Airil terus dipeluknya erat.

"Yeah! Sayang awak!" Jerit Lya gembira. Gembiralah dapat ambil kesempatan.

Airil terkaku. Tak tahu nak balas pelukan atau tak. Kejung terus badan dia. Lya menahan ketawa melihat riaksi Airil.

Kesian pula rasa, Lya lepaskan pelukan. Tangan Airil disalam dan tanpa amaran terus dicium bibir Airil sekilas.

Terbutang mata Airil dengan tindakan berani mati wanita itu. Dia memandang Lya dengan muka memerah. Lya tersenyum dengan sangat lebar.

"Okey awak! Saya keluar dulu, nak pergi rumah mama. Bye! Love you!" Pantas Lya melarikan diri. Terasa merah pipinya. Aduh! Berani betul aku tadi.

Sampai di pintu depan, sempat dijeling bilik yang terdapat Airil. Tak nampak pun lagi batang hidung laki tu. Terkejut sangat tu.

Bibir dipegang. Lya menjerit suka dalam diam. Dia menyanyi perlahan sambil menyarungkan kasut tumit kecik dan masuk ke dalam kereta.

"Hari yang paling aku suka!! I love you Putra Airil!" Kuat jeritan Lya bergema dalam kereta Viva miliknya.








Bersambung....

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now