AIRIL baring dan letakkan lengan di atas dahi sambil mata dipejamkan. Penat.
Lya masuk dalam bilik. Menggeleng kepalanya melihat Airil yang sudah lelap.
Punggung dilabuhkan di birai katil. Lengan lelaki itu ditepuk perlahan.
"Awak. Bangun. Solat Asar dulu."
Angguk je.
"Awak. Solat lah dulu." Ditepuk lagi lengan suaminya.
Mata Airil dibuka sebelah dan pandang Lya.
"Pukul berapa?"
"5 sepuluh."
Airil angguk dan pejam mata semula. Ternganga Lya tengok respon Airil. Ingatkan nak terus solat.
"Awak."
"Diam." Arahan Airil buatkan Lya mendengus geram.
Lya baring sebelah Airil.
"Awakkk." Meleret suara Lya memanggil.
"Hmm."
"Saya sayang awak tau."
Airil diam kejap.
"Hmm."
Mencebik Lya mendengar Airil bergumam.
Tangan Airil ditarik dan diletakkan di belakang lehernya. Lya rapatkan diri dengan Airil dan tangan dililitkan pada perut suaminya.
"Love you!" Ucap Lya sebelum kepala diletakkan di dada Airil dan tanpa sedar dia sudah lena.
Beberapa saat kemudian, mata Airil buka. Tubuh Lya ditarik lebih rapat. Dahi isterinya dicium.
"Sayang kau jugak." Perlahan Airil bersuara sebelum dia tidur semula.
Terima ajelah..
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...