Bab 35

8.8K 434 1
                                    

OKEY. Sekali tu je, satu hari tu je Airil masak untuk Lya. Hari seterusnya Lya yang masak macam selalu.

Lya kesian dekat Airil bila Airil balik dari kerja, dah terus kena masak. Jadi dia berunding dengan Airil.

Airil benarkan Lya masak, dengan syarat. Bila kandungan dah masuk 4 bulan, Airil pulak yang akan masak.

Dan Lya setuju.

Sekarang ni, Lya tengah tengok televisyen sambil makan asam. Dia baru je selesai mengemas rumah dan masak.

Telefonnya berbunyi buatkan fokus Lya terganggu. Dilihat siapa yang memanggil sebelum angkat.

"Apa kau nak?" Malas sahaja suara Lya.

"Kau dekat mana ni?"

"Rumah lah. Apahal?"

"Airil dekat mana?"

Berkerut dahi Lya. Tanya pasal laki orang pulak. Nak cari gaduh ke?

"Kenapa kau cari dia."

Huda dengar suara Lya dan dia tahu nada tu.

"Aku tanya bukan sebab nak cari dia. Aku just nak tanya.. Dia ada bagitahu kau tak dia pergi mana?"

Lagi lah berkerut dahi si Lya. Berlapis-lapis jadinya.

"Tak. Kenapa?"

"Tak de lah. Aku tengah keluar dengan dan Dania ni kat mall. Pastu ternampak laki kau."

"Okey. So?"

"Tapi dia bukan sorang. Dia ada teman. Dan ianya perempuan!"

"O....Key?"

Mengeluh kuat Huda di sebelah sana.

"Bagi aku lah."

Bunyi bergelut kedengaran dan suara sangat dikenali bersuara

"Kau tak rasa pelik ke? Dia keluar dengan perempuan. Yang peliknya, kitorang tak kenal. Jap aku send gambar, in case kau kenal ke." Suara Dania pula kedengaran.

Ting!

Lya buka chat Dania dan nampak Airil yang sedang duduk bersembang dengan seorang perempuan.

"Korang. Aku gerak sana."

"Eh eh! Tapi tak sure lagi! Kau nak serang ke apa woi-"

Ditutup panggilan tersebut. Lya bersiap dan cepat-cepat pandu kereta ke mall.

Dia tahu Airil tak akan curang, cuma dia nak kenal siapa perempuan tu. Sebab rasanya macam pernah nampak.

••••

"LYA!" terjerit Huda dan Dania bila Lya muncul dari belakang.

"Shh!"

Tangan Huda dan Dania ditarik sehingga mereka mencangkung bersama Lya.

"Bila masa kau datang sini?!" Berbisik Dania menjerit.

Lya abaikan soalan itu dan pandang Airil dan perempuan itu.

"Laju gila kau bawak kereta. Aku rasa aku call tadi dalam 10 minit lepas."

"Kau speed ke Lya?!" Huda pula yang menjerit berbisik.

Lya tutup mata. Pening kepala.

Dia pusing belakang dan pandang dua orang sepupunya.

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now