EMIR termenung lama. Sesekali air yang dipesannya tadi dihirup. Dia seorang diri sebab Huda masih marah.
"Memang salah aku pun. Pergi suka dekat orang yang memang tentu tak suka aku buat apa." Emir mengeluh.
"Emir?" Suara itu dipandang Emir malas.
"Eh, Suri." Emir senyum melihat wajah yang sudah lama tidak dilihatnya.
"Sorang je ke? Mana awek?" Suri bertanya buatkan Emir mencebik.
Teringatkan Huda buatkan Emir rasa tak selesa. Move on boh.
"Mana ada awek. Orang single okey. Duduk lah. Boleh kita lepak." Suri senyum dan akur.
Diambil tempat duduk di depan Emir. Kemudian mereka bercerita tentang sesama sendiri setelah lama tak berjumpa.
"Macam mana Pak Anjang? Sihat?" Emir bertanya.
"Sihat. Macam gitu jelah."
Emir dan Suri ni sepupu. Mereka ni rapat dengan sepupu yang lain. Tapi, lepas dah mula berkerjaya, memang jarang dah lepak sama-sama.
Kedai makan Huda masuk bersama rakan-rakan kerjanya yang lain. Tempat diambil mereka.
Setelah pesanan sampai, mereka makan sambil berbual. Suara gelakan buatkan Huda pandang.
Di sudut tepi kedai makan, Huda nampak Emir.
Dia sedikit terganggu bila melihat Emir sedang berbual selesa bersama dengan seorang gadis yang Huda tak pernah jumpa.
"Siapa perempuan tu?" Hati Huda bertanya sendiri.
••••
AIRIL mencebik melihat Lya yang dari tadi asyik dengan K-Pop nya.
"Lya." Airil bertanya setelah hampir setengah jam berdiam diri di atas katil.
Telefonnya yang dari tadi digunakan untuk main game, diletakkan ke tepi.
"Hmm." Balas Lya. Dia ketawa kecil melihat adegan kumpulan korea kegemarannya itu.
Mengecil mata Airil dengan respon Lya.
"Dia baru je palau aku ke tadi? Serius lah? Ke aku mimpi ni?" Airil bergumam sendiri.
Kemudian, pandangannya kembali beralih pada Lya yang masih ketawa seronok dengan earphone dan telefon sambil makan biskut dan susu kotak yang berada di tepi katil.
"Lya. Pandang lah sini." Airil berkata lagi. Entah kenapa dia nak sangat perhatian Lya sekarang.
"Ya?" Lya pandang Airil sekilas dan melihat telefon kembali.
Airil ternganga. Dia memang tak puas hati bila Lya buat macam tu.
Badan didekatkan pada Lya. Dijeling cerita yang Lya tonton sampai kusyuk sangat.
"Eee! Comelnya!" Lya fangirl sendiri.
Airil mendengus tak puas hati.
"Lya."
"Lyaa."
"Lya~"
"Hmm?" Balasan Lya tu buatkan Airil mencebik.
"Ni kes balas dendam ke apa ni?" Gumam Airil perlahan.
"Comel! Rasa nak gigit je!" Lya tersengih sendiri melihat mereka buatkan mata Airil membulat.
'That's it.' Airil merengus.
Telefon di tangan Lya dirampas.
"Apa awak ni.. Bagi balik." Tangan dihulurkan di depan Airil
Airil menggeleng. Telefon Lya disorakkan belakangnya.
"Alaa.. Saya nak tengok diorang lah. Bagi lah balik."
Airil geleng lagi. "Siapa suruh kau tak layan aku."
Tangan Lya disilangkan ke dada.
"Dah awak yang dari tadi main game. Salah ke saya nak tengok K-Pop?" Lya berkata merengus.
"Salah. Sebab kau langsung tak layan aku bila aku panggil kau. Tau tak ianya tak elok?" Airil mula mengugut.
Lya mengecilkan mata.
"Ke..."
Didekatkan dirinya dengan si suami.
"Awak jeles?" Kening diangkat sebelah. Senyum di bibir wanita itu mula terukir.
"Tak okey. Takde masa aku nak jeles dengan group K-Pop kau ni." Kata-kata Airil buatkan senyum Lya pudar.
Mencebik Lya dibuatnya.
"Tak jeles kan? Tak jeles sudah. Awak nak telefon tu? Hah. Ambik. Saya nak pergi tengok K-Pop kat TV!"
Lya bangun dari katil dan pergi ke arah pintu bilik.
Airil cemas kejap. Tak akan aku nak kalah dengan K-Pop dia tu kut? Apa aku ni tak cukup comel untuk dia gigit!
Kepala Airil geleng.
"Aku ni dah tak waras ke?" Pipi ditepuk-tepuk perlahan.
Airil keluar dari bilik dan pergi pada Lya. Kali ni, dia sendiri yang duduk rapat dengan Lya.
Siaran di TV dijeling Airil. K-Pop lagi.
Dipandang tangannya di atas peha. Kemudian, tangan Lya di sebelah tangannya dijeling.
Airil mengeluh. Telefon Lya tadi diletakkan pada peha Lya tanpa pandang si isteri.
Dia pandang sekeliling sebelum berdiri dari duduknya. Nak masuk bilik.
Lya senyum kecil.
Bila Airil nak gerak, Lya tarik tangan Airil sampai Airil terduduk kembali.
Lengan Airil dipeluk dan tangan Airil disatukan dengannya. Disandarkan kepala pada bahu Airil.
Airil berdehem. Pipi dalam digigit untuk tahan dari senyum.
Tangannya yang digenggam Lya dipandang.
Mata kemudian meliar pada sekeliling sambil genggamannya dieratkan.
Lya sudah tersengih lebar. Bukan selalu Airil nak bersweet dengan dia.
Mata Airil tertancap pada channel di TV sekarang.
"K-Pop pun K-Pop lah." Airil berkata perlahan.
Dan kemudian masa mereka berdua terlaung bersama sambil menonton kumpulan kegemaran Lya.
Hello! Ha. Update jugak akhirnya. Terima kasih lah yang tunggu story ni.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
OverigLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...