LYA duduk bersila di atas katil. Dia nak tanya Airil lepas Airil keluar dari tandas.
"Saya ada benda nak tanya awak." Ujar Lya dengan muka serius.
"Apa dia?" Tanya Airil setelah dia juga turut duduk bersila di hadapan Lya.
Telefon Airil yang dari tadi dipegang, dibuka. Perbualan Wafa ditunjukan pada si suami.
"Siapa dia? Kenapa dia mesej awak? Macam mana dia dapat nombor telefon awak? Siapa perempuan ni?" Soal Lya. Matanya lekat pandang Airil.
Airil teguk air liur. Serba salah nak buka mulut.
"Cakaplah." Gesa Lya tak sabar.
Airil mengeluh.
"Aku takde pape dengan dia."
"Bukan tu saya nak dengar. Saya tanya siapa dia?"
Airil diam kejap.
"Dia kawan sekerja. Pindah bulan lepas dari balai polis kat Kedah. Dapat nombor aku dari Emir sebab dia yang minta."
Lya berkerut dahi. Masih tak puas hati dengan apa yang dikatakan Airil.
"Kenapa Emir bagi? Confession tu? Apa tu? Kenapa dia kata dia suka awak? Dengan emoji bagai."
Airil perasan suara Lya mula meninggi. Marah betul ni.
"Aku tak tahu kenapa Emir bagi. Pasal confession tu pulak... Aku tak tahu kenapa dia suka aku."
Kali ni Lya semakin beremosi. Bila dia tengok muka tenang Airil buatkan dia masih tak puas hati.
Mata dikelip-kelipkan banyak kali. Tangan mengibas wajahnya yang semakin terasa panas sebab nak nangis. Bibir diketap supaya air mata tak mengalir keluar.
Cemburu dia memang tak boleh disembunyikan lagi. Sampaikan emosi pun terganggu.
"Lya. Lya. Look, look okey. Listen to me." Kedua tangan Lya dipegang.
Terlepas telefon tu dari genggaman Lya.
"Aku tak suka dia. Sumpah. Kau nampak cara aku balas kan? Kau baca semua kan? Aku tak suka dia. Aku sumpah tak tahu kenapa dan macam mana dia suka aku. Tapi, aku tak pernah layan dia."
Lya diam sambil pandang mata Airil lama.
"Aku tak pernah layan dia walaupun kat tempat kerja. Kecuali kalau ada tugasan yang perlu aku dan dia berkomunikasi. Kau boleh tanya Emir kalau tak percaya."
Ujar Airil lagi bila Lya masih tak kata apa-apa.
"Awak tak bagitahu ke awak dah kahwin? Kenapa? Sebab nak dia sukakan awak? Sebab tak nak buat dia kecewa?" Tuduh Lya sebarangan dengan suara yang mula perlahan.
"Aku lupa. Betul. Aku memang lupa. Sebab dia tak penting. Jadi aku memang lupa nak bagitahu." Kata Airil dengan suara yang lembut.
Melihat kerutan di dahi Lya buatkan Airil bersuara. Dia tak nak Lya kecewa.
Telefonnya dipegang.
"Aku telefon dia sekarang dan bagitahu dia. Listen here."
Tak sampai beberapa saat, panggilan Airil terus diangkat.
"Hai Airil! Kenapa awak call saya tiba-tiba ni? Tak pernah lagi. Ada apa?"
Lya dapat dengar betapa terujanya suara Wafa bila Airil call dia. Lya pandang Airil dengan air mata yang dah mula jatuh ke pipi.
Airil pandang Lya dan mula bersuara.
"Wafa."
"Ye Airil?"
Mendengar suara Wafa mula menjadi manja, Lya tutup matanya buatkan air mata mengalir lagi laju.
"Aku dah kahwin."
Diam. Tiada balasan dari Wafa.
"B..Bila?"
"Dah hampir setahun. Aku harap kau tak hantar lagi mesej yang tak sepatutnya. Aku tak nak isteri aku salah faham."
Lya buka mata dan Airil masih lagi sedang pandang dia. Tapi kali ni dengan senyum nipis.
Tiada balasan lagi. Kemudian, Wafa terus end call.
Airil pandang telefon dia sekilas dan dia letak telefon kat tepi dan pandangannya dialihkan semula pada Lya.
Air mata Lya diusap.
"Puas?" Soal Airil dengan senyum.
Lya senyum dan angguk laju. Airil senyum lagi.
Pipi Lya dipegang dan tanpa disangka dia lekapkan bibirnya dan Lya beberapa saat sebelum dijauhkan.
Terpinga-pinga Lya sekejap. Airil tergelak dengan riaksi Lya.
"Aku takkan suka orang lain. Sebab aku suka kau. Kau sorang je yang aku pernah suka serius macam ni. Kalau ada orang yang aku tak nak dia kecewa, orang tu adalah kau."
Malu Lya dengar luahan Airil. Dia sembamkan muka pada dada Airil buatkan Airil ketawa lagi.
Hailah suami. Apa yang saya buat sampai dapat suami macam awak ni?
Perah otak habis untuk bab ni. Enjoy ye😌
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...